Perlahan-lahan tombol pintu bilik Gina dipulasnya Erika perlahan. Kelihatan Gina yang sedang tidur di atas katil cukup lena. Kaki menapak perlahan tanpa menghasilkan sebarang bunyi.
Reaksi wajahnya berubah muram pabila melihat di samping tubuh ibu saudaranya itu terdapat album. Ditarik pelahan album tersebut dan diselaknya helaian demi helaian. Gambar-gambar yang disimpan di situ diisi oleh wajah Rian dan Gina sewaktu hari perkahwinan mereka.
Keluhannya dilepaskan. Dia merasakan sedih apabila Gina sanggup menggadai segalanya demi mempertahankannya dan Erfan. Walaupun terpaksa meninggalkan lelaki yang dicintai wanita itu. Cukup besar pengorbanan wanita itu buat mereka adik-beradik.
Album ditutup dan diletakkan di atas meja keciil di tepi katil. Selimut ditarik buat menyelubungi tubuh Gina. Wajah itu yang cukup lena dibuai mimpi diperhatinya.
"Walaupun aku dengan kau kuat gaduh, tapi aku sayang kau. Aku nak kau pun bahagia, Gina." gumamnya sendirian. Dibetulkan hujung selimut agar terletak elok di atas tubuh ibu saudaranya itu.
Senyum kecil Erika terbit. Gina sudah dianggap persis ibunya sendiri. Hidupnya dan Erfan benar-benar tidak lengkap tanpa wanita itu. Gina yang berpenat lelah membanting tulang mencari duit untuk memberi kesenangan kepada mereka. Bagaimana dia tidak menyayangi wanita itu?
Tubuh dipalingkan ke belakang. Ingin membiarkan Gina tertidur pulas tanpa gangguan. Bahunya terhinjut kerana terkejut apabila sosok tubuh Erfan yang berdiri di ambaang pintu.
"Buat terkejut aku je." bisiknya perlahan. Sempat lengan Erfan dicubit.
Erfan menunjal dahi adiknya itu kerana geram. Ditolak belakang tubuh Erika agar keluar dari bilik Gina. Suis lampu dimatikan lalu dia turut menapak keluar. Pintu bilik tidur Gina ditutup rapat.
"Tadi masa makan malam aku tengok maksu macam murung je. Kenapa? Ada apa-apa jadi, ke?" soal Erfan ingin tahu. Sejak tadi dia tahan saja ingin bertanya. Mereka berdua menapak turun ke tingkat bawah lalu duduk di atas sofa.
"Paksu datang siang tadi." balas Erika sambil menekan-nekan alat kawalan jauh televisyen untuk mencari siaran yang menayangkan rancangan yang menarik minatnya.
"Paksu datang? Kenapa? Kau buat perangai tak? Kau tak halau paksu, kan?" Bertubi-tubi soalan dilontarkan jejaka itu. Jari telunjuk dituding ke arah Erika. Risau dia dibuatnya. Tanpanya tiada sesiapa mampu mengawal sikap buruk adiknya itu yang cukup kasar.
"Tak halau pun lah. Paksu datang sebab nak getback balik. Aku cuma bagi nasihat sikit je sebab Gina tak nak bercakap dengan paksu." terang Erika sambil menepis tangan Erfan yang masih terhala ke arahnya.
"Getback? Maksud kau nak mulakan hubungan semula? Kahwin semula?" soal Erfan menginginkan kepastian.
Erika menganggukkan kepalanya.
"Aku cakap dekat paksu, kalau keluarga dia boleh terima kita, Gina mesti boleh pertimbangkan balik. Aku katalah yang waktu tu aku pun akan sokong dia orang sebab aku nak Gina bahagia." ceritanya lagi.
Terangguk-angguk kepala Erfan. Dia turut bersetuju dengan apa yang dikatakan adiknya itu. Gina juga berhak bahagia. Dia tersenyum nipis.
"Maksu pun nampak masih sayangkan paksu." ujarnya.
Kepala diangguk sebagia tanda setuju. Benar kata Erfan. Rian dan Gina masih begitu sayang antara satu sama lain. Buktinya selepas penceraian mereka, tidak ada salah seorang dari mereka pun yang mencari pengganti. Kedua-duanya lebih memilih untuk membujang sahaja. Begitu utuh cinta mereka.
Erfan mengusap kepala Erika. Dia bersandar pada sofa lalu memandang ke arah skrin telefonnya. Membiarkan adiknya menonton televisyen.
Badan ditundukkan lalu kucingnya yang bersandar pada kakinya diangkat ke atas ribanya. Erika mengusap lembut kucingnya itu lalu dia menoleh ke arah Erfan.
"Fan."
"Hm?" Erfan menoleh ke arah Erika.
"Qif ada mesej kau?" soal Erika ingin tahu.
Kepala digeleng sebagai jawapan. Saban hari Erfan menanti mesejnya dibalas tetapi sudah berbulan berlalu. Langsung tiada notifikasi daripada Thaqif. Jejaka itu menghilang begitu saja.
"Kau tak marah?"
"Nak buat apa aku marah? Aku dah berkawan dengan Qif bertahun. Aku yakin ada sebab dia tak balas mesej aku." jelas Erfan bersama senyuman nipis.
Erfan menunduk menatap skrin telefonnya kembali. Direnung gambar graduasinya bersama Thaqif. Bohong jika dia berkata yang dia tidak berkecil hati kerana dia hanya mempunyai seorang sahabat saja. Namun, dia yakin pasti ada alasan disebaliknya. Thaqif sememangnya seseorang yang lebih suka memendam dan tidak suka meminta bantuan.
Dia cukup yakin Thaqif pasti akan kembali semula ke kota itu. Cuma dia tidak pasti bila. Apa yang dia tahu Thaqif bukan seseorang yang begitu mudah melupakan jasa. Thaqif pasti akan kembali semula nanti.
ANDA SEDANG MEMBACA
Forelsket
RomanceRomance | On going Inspired by Secretly, Secretly But Unable To Hide It _________ Erika Dayana merupakan seorang gadis yang sering menyelesaikan masalah dengan kekerasan. Malah namanya juga sudah tidak asing lagi di bilik disiplin. Kerana sudah bebe...
