BAB 5

518 32 0
                                    

BAB 5

"Hari ni daddy nak Fiya pergi jumpa Zer."

Fiya angkat kepala. Kepingan roti yang baru saja masuk ke dalam mulut dah mendarat semula ke pinggan. Dia pandang mama dia. Inginkan kepastian dengan apa yang dia dengar. Mama dia angguk. Dia beralih pula pandang Azam dan Adif. Adik-adik dia yang sekarang ni sama-sama bangunkan syarikat bersama-sama daddy. Dua-dua tersenyum nakal. Senyuman yang bisa buat Fiya sakit hati. Nak boikot satu rumah boleh? Memang sekarang ni satu rumah cuba nak kenakan dia. Nampak sangat. Lain macam juga. Pelik. Semua dah gilakan Qaizer. Apa yang ada dengan Qaizer tu pun dia tak pasti.

"Dah kenapa pula Fiya yang kena jumpa dia?" soal Fiya geram.

"Sebab dia sibuk...tak ada masa nak jumpa dengan Fiya," bersahaja Tan Sri Omar menjawab.

"Habis tu Fiya ni tak busy. Daddy ni belum apa-apa dah lebihkan lelaki tu. Fiya tak sukalah!" bentak Aafiya perlahan. Masih mengawal tutur kata. Masih menjaga adab dan tatasusila. Bicaranya memanglah berbisa. Tetapi dengan daddy dan mama, dia masih waras untuk tidak menjadi anak derhaka.

"Suka tak suka. Daddy tak nak ambil tahu. Daddy nak hari ni Fiya jumpa dia. Ajak dia makan ke, keluar ke. Janji Fiya jumpa dia," kali ni Tan Sri Omar terpaksa berkeras. Kalau dia terus menerus ikut kepala Aafiya, jawabnya anak sulong dia ni bakal jadi anak dara tua. Dia kenal sangat dengan Aafiya. Anak perempuan dia ni jenis yang berhati batu. Anak dara orang lain kalau umur dah nak mencecah tiga puluh tahun sibuk nak kahwin. Nak cari suami. Tapi Aafiya. Bersuami adalah cita-cita anak dia yang paling akhir. Entah-entah langsung tak tersenarai dalam impian hidup seorang Aafiya.

"Tadi bukan ke daddy kata dia sibuk. Tentu tak ada masa nak jumpa Fiya," otak Fiya masih ligat mencipta alasan.

"Untuk Fiya dia mesti luangkan masa dia. Cuma Fiya yang kena pergi jumpa dia," jawab Tan Sri Omar. Kopi panas di hadapannya dihirup perlahan. Menunggu alasan Aafiya yang seterusnya dengan sabar.

"Dia handsome apa! Macam aku!" Azam menjampuk.

"Kau diamlah Ngah! Handsome la sangat. Handsome pun tak guna kalau mulut tu mulut puaka!" marah Aafiya.

"Aafiya," suara Puan Sri Meriam dah kedengaran. Anak dia ni kalau tak beri peringatan awal-awal boleh terbabas. Baran anak dia boleh tahan. Kalau dah berangin kata-kata dia mampu buat telinga pekak dengan bahasa 'indah' yang meniti di bibir.

"Dengan Along je kut. Dia ok je dengan Alang. Dengan Angah pun Abang Zer ok je," Adif turut sama cuba membela Qaizer. Qaizer guna minyak pengasih apa? Belum apa-apa dah mampu beli jiwa satu rumah. Sungguh! Kali ini calon menantu daddy dia bukan calang-calang lelaki. Tak perlu terhegeh-hegeh seperti calon sebelumnya, Qaizer dah jadi buah hati semua orang dalam rumah ni.

"Kalau Fiya nak orang bercakap lembut dengan Fiya...Fiya tu dulu kena ajar diri sendiri macam mana nak berlembut dengan orang. Macam la daddy baru kenal Fiya. Mulut Fiya pun boleh tahan juga kan?"

"Tak kiralah. Fiya tak nak jumpa dengan dia. Titik!"

"Daddy pun tak kira! Daddy pun nak Fiya pergi jumpa dia juga hari ni! Noktah!" Tan Sri Omar pun dah tak mahu mengalah. Puan Sri Meriam pula yang berdenyut kepala nak melayan kerenah suami dan anak sulong dia. Sekarang ni boleh nampak Fiya ni ikut perangai siapa sebenarnya.

"Daddy," suara Fiya dah masuk versi merengek. Minta simpati. Dia nak mengadap Qaizer si naga jantan tu! Memang tak la!

"Fiya nak ikut cakap daddy ke tak nak?" suara Tan Sri Omar dah berubah. Dingin dan tegas. Renungan tajam memanah tepat ke dalam mata anaknya. Memberi amaran dalam diam.

"Kalau tak nak ikut daddy nak buat apa? Daddy nak singkirkan nama Fiya dalam senarai pemegang saham syarikat daddy ke? Oh! Please daddy...jangan nak buat drama Melayu sangat."

"Daddy tak payah nak buat semua tu. Sebab daddy tahu daddy dah didik anak-anak daddy sebaik mungkin. Kalau Fiya rasa Fiya anak daddy. Satu-satunya anak perempuan yang daddy ada, Fiya akan ikut cakap daddy. Sebab sekarang ni, Fiya belum bersuami, Fiya adalah tanggungjawab daddy sepenuhnya dan Daddy juga yang tanggung semua dosa-dosa Fiya tau!" Tan Sri Omar pun pandai juga guna pendekatan psikologi. Dia jeling isteri yang ada di sebelah. Puan Sri Meriam tersenyum penuh makna. Tak sia-sia dia dia beri tunjuk ajar pada si suami.

"Fiya dah lewat. Fiya pergi dulu!" Fiya bangun. Dengan wajah cemberut dia cium tangan Tan Sri Omar. Kemudian capai tangan Puan Sri Meriam sebelum mencium pipi wanita kesayangannya itu. Roti bakar sempat dirembat sekeping sebelum berlalu pergi. Merajuk merajuk juga. Perut tetap kena isi. Dia paling pantang skip sarapan pagi.

Puan Sri Meriam hantar anaknya dengan pandangan mata. Dia mengeluh. Toleh pandang suami. Tan Sri Omar hanya senyum. Senyum kemenangan. Sebab dia tahu anak dia dah kalah. Guna kuasa veto sekali-sekala, tak salah rasanya.

"Kalau dia tak pergi jumpa Zer tu macam mana?"

"Dia anak abang. Abang kenal dia," tenang sahaja Tan Sri Omar menjawab.

ZER & FIYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now