BAB 45

389 23 0
                                    

BAB 45

"You nak tanya apa sayang...baik you tanya je waktu I kat sebelah you ni," Qaizer bukan tak nampak sejak tadi Aafiya curi pandang dia. Dia yang tengah memandu pun dah hilang fokus.

"Tak ada apa-apa...pandai-pandai je you," Aafiya cepat-cepat pusing kepala ke luar tingkap. Alamak! Tertangkap la pula. Dia mengaku sejak tadi mata dia asyik nak menatap muka Qaizer saja. Tiba-tiba Qaizer nampak begitu sempurna pada pandangan matanya. Sepanjang hari ni dia dapat lihat sisi Qaizer yang sangat berbeza daripada biasa. Layanan Qaizer, perilaku Qaizer macam dah lama sangat kenal dengan adik-adik angkat dia. Aihhhh...makin lama dia makin tak boleh nak kawal perasaan sendiri.

"Oh! I kalau berkaitan dengan you...semua benda I pandai, sayang. Semua I tahu...sampaikan sekarang ni pun I tahu I dah tak bertepuk sebelah tangan kan?" Sengaja Qaizer menduga. Dan dia sebenarnya yakin dengan apa yang keluar dari mulutnya sebentar tadi.

Serentak dengan itu Aafiya dah toleh pandang Qaizer semula. Jatungnya dah berdetak hebat. Nak pecah dada. Yalah! Tekaan Qaizer tak meleset sebenarnya. Dia macam nak mengiyakan tapi masih lagi takut kalau perkara ini terlalu awal untuk dia simpulkan.

"I tanya satu soalan boleh?"

"Kan tadi I dah suruh you tanya saja apa yang you nak tahu," sekilas Qaizer pandang Aafiya dengan sebuah senyuman. Tengok! Dia memang hebat kalau benda yang berkaitan dengan Aafiya.

"Apa yang I nampak dekat rumah adik-adik I tadi...semua tu ikhlas ataupun you sengaja buat macam tu sebab nak ambil hati I?" daripada dia pendam baik dia tanya. Matanya bukan buta tak mampu nak melihat keakraban Qaizer dengan adik-adik angkatnya tadi. Walaupun tak sampai sehari, Qaizer dah mampu mengambil hati mereka. Semua sukakakan Qaizer. Bukan main lagi duduk bersila bersama, dan bercerita. Haziq siap duduk atas riba Qaizer lagi dan yang paling dia tak sangka sekali, Fadila yang sedikit pasif tu pun boleh banyak bercakap dengan Qaizer. Biasanya Fadila payah nak mesra dengan orang yang baru dia kenali. Dengan Amar dulu pun bukan main susah nak rapat. Setelah beberapa kali Amar datang barulah Fadila tidak kelihatan kekok dengan adik bongsunya itu.

"Aihhh...you ni sayang. Nasib baik la I tengah drive, kalau tak dah lama I cubit mulut you tu...tarik hidung ke? Dalam kepala you tu boleh tak sekali jangan menaruh syak pada I. Kenapa? I ni jahat sangat ke?"

"I tanya sajalah. Dah memang patut I tanya pun kan?" risau pula Aafiya sekiranya soalannya sebentar tadi telah mengguris hati Qaizer. Eh! Sejak bila pula dia fikir soal hati Qaizer ni? Adui! 'Terima sajalah Aafiya, dah memang Qaizer dah mula jadi seseorang yang istimewa dalam hati kau!'

"You rasa...I ikhlas ke I menipu?"

"I tanya you...you pula tanya I balik, kenapa?"

"Sebab I tahu sayang...dalam hati you, you dah ada jawapan, tapi you cuba nak menafikan. Betul tak?"

"Kenapa sekarang baru you muncul?" soalan lain pula yang terpancul dari bibir Aafiya. Soalan yang langsung tak berkait dengan apa yang mereka sedang bincangkan. Berkerut dahi Qaizer. Dia toleh pandang Aafiya tapi renungan gadis itu seperti sedang menunggu jawapan darinya.

"Dah kenapa pula you tanya soalan tu?"

"Saja."

"Kenapa? Kalau I muncul awal-awal kita boleh kahwin awal-awal? Umur you pun tak adalah dah nak masuk three series baru nak kahwin ye?" jawapan tu spontan sebenarnya. Sengaja nak mengusik. Sebab dia tak ada jawapan yang pasti dengan soalan kabur Aafiya.

"Tahu tak apa!" spontan juga mulut Aafiya menjawab semula. Terkedu Qaizer. Nasib baik tak brek kereta mengejut. Dia toleh pandang Aafiya lama. Dia salah dengar ke? Dia bergurau saja tadi. Takkan Aafiya pun nak bergurau juga. Tapi muka Aafiya tak nampak macam dia tengah bergurau pun! Dia baru dengar pengakuan Aafiya ke apa ni?

"Encik Qaizer pandang depanlah!" Aafiya dah tolak pipi Qaizer supaya mengadap semula ke arah jalan raya. Gila apa memandu tak pandang depan. Alahai! Belum mengayat lagi Qaizer dah terpaku macam tu. Cakap I love you kang! Mahunya terbabas kereta!

"You...I pula nak tanya soalan boleh?" setelah agak lama mereka menyepi, Qaizer kembali menyoal.

"Apa dia?"

"Masa you ambil keputusan nak jadikan mereka adik-adik angkat you, tak pernah terlintas ke dalam kepala you kalau satu hari nanti mereka akan menyusahkan you?" Qaizer sedikitpun tidak ada niat lain dengan bertanyakan soalan tersebut. Sebenarnya dia sedang menyelami hati seorang Aafiya. Rupa-rupanya kisah Aafiya sewaktu dia melihat Aafiya buat pertama kali dulu tidak hanya berakhir di situ. Sikitpun dia tidak menyangka Aafiya akan pergi sejauh ini. Ya Allah! Hari ni sekali lagi dia jatuh cinta pada gadis yang sama. Rasa dan debaran di dada sama seperti yang dia rasai tiga tahun dahulu.

"Kadang-kadang kita tak perlukan sebab untuk kita sayangkan seseorang. I tak minta semua ni, tapi I anggap semua tu anugerah Tuhan buat I. Sebagaimana I dipertemukan dengan arwah ibu dan ayah mereka, begitu jugalah I dipertemukan mereka. Hadir dalam hidup mereka, dan berkongsi kasih-sayang dengan mereka. Semua tu terlalu indah bagi I. I bahagia, dan I tenang sekali di samping mereka. Sekalipun I tak pernah rasa kehadiran mereka tu menyusahkan hidup I,"

"Kenapa you kongsikan semua ni dengan I?" kali ini Qaizer sendiri berdebar dengan soalan yang dia ajukan. Menunggu jawapan yang mungkin memberikan dia sedikit harapan tentang perhubungan mereka.

"Mereka penting buat I Qaizer. Sangat penting. I tak tahu macam mana I nak cakap. Apa yang I tahu I sayangkan mereka macam nyawa I sendiri. Mereka sebahagian daripada hidup I. Dan you...I nak you kenal dengan insan-insan yang penting dalam hidup I. Kalau you boleh terima mereka...Insya-Allah I boleh pertimbangkan hubungan kita. Sebab sekarang ni...terus-terang I beritahu you, kalau I terpaksa memilih antara you dengan mereka. I akan pilih mereka. Tanpa ragu-ragu, Encik Qaizer!" Aafiya harap Qaizer faham maksud tersirat di sebalik kata-katanya sebentar tadi. Dalam masa yang sama, bicara itu seperti memberi amaran awal kepada Qaizer supaya jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi dalam perhubungan mereka. Apatah lagi sekiranya lelaki itu enggan menerima kehadiran insan-insan istimewa dalam hidup dia.

"I tak tahu sama ada you nak percaya ke tak dengan apa yang I cakapkan ni. Tapi I nak you tahu, ini adalah sebab utama kenapa I nekad mahukan you. Nekad mahu jadikan you sebahagian daripada hidup I. Tiga tahun dulu, I dah lepaskan satu peluang yang hadir, tapi kali ni...I'm sorry sayang. I takkan lepaskan you. Never!" Qaizer tahu mungkin kata-kata itu kedengaran pelik. Tapi biarlah. Dia pun tak rasa nak beritahu Aafiya. Tak nak Aafiya fikir yang bukan-bukan. Biarlah perkara ini menjadi rahsia dahulu. Lama-lama nanti, bila Aafiya dah sah jadi hak dia, mungkin dia akan buka cerita, dan saat itu, Qaizer nak Aafiya tahu dialah lelaki yang paling bertuah kerana dapat memiliki gadis seistimewa Aafiya.

ZER & FIYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now