BAB 25

384 25 0
                                    

BAB 25

Aafiya dah garu kepala. Soalan Qaizer sebelah sana hanya dibiarkan sepi. Dia nak jawab macam mana. Penjelasan yang bagaimana harus dia berikan pada lelaki itu.

"Aafiya," Qaizer di sebelah sana dah menyeru nama dia.

"Maksud I...I setuju untuk beri you peluang kenal I," Rasanya dah ok jawapan yang dia berikan. Harap Qaizer boleh terima penjelasan tak berapa panjang dia tu.

"Setuju bagi I peluang kenal you? You tak nak kenal I?"

"Samalah! Sama-sama kenal. I nak kenal you, you nak kenal I. Bagi peluang untuk kita,"

"Yup! Ayat last tadi tu I suka. Bagi peluang untuk kita. Bukan untuk saya, bukan untuk awak tapi untuk kita. Perkahwinan ni dia melibatkan dua hati. Pernyatuan dua jiwa. Andai kita beri peluang pada diri masing-masing untuk saling menerima sesama kita, Insya-Allah kita dah bersedia untuk menempuh alam perkahwinan," seperti selalu penjelasan dan penerangan Qaizer akan lebih panjang dan lebih jelas.

Aafiya di sini dah tersenyum segaris. Qaizer ni kalau muncul sisi yang jarang Aafiya tengok, memang kalah mana-mana mat romeo kat luar sana. Ayat bukan main indah telinga mendengar. Kadang-kadang buat Aafiya keliru, mana sisi Qaizer yang sebenarnya?

"So...dah bersedia ke fasa yang seterusnya Cik Aafiya?"

"Huh? Fasa seterusnya? I cuma cakap I setuju nak bagi kita peluang saling kenal je. I tak kata nak ke fasa yang seterusnya," saat itu dalam kepala Aafiya hanya terbayang sebuah perkahwinan. Gila! Nak kahwin dah ke? Sungguh, dia belum bersedia untuk itu. Banyak benda yang menganggu kepala dia bila sebut tentang kahwin.

"Sama la tu. Kalau sebelum ni you macam nak lari dari I, tapi sekarang ni you dah tak boleh nak lari dari I lagi. Jangan cuba nak bagi macam-macam alasan kalau I ajak jumpa...kalau I call tu tolonglah jawab. Tak nak cakap banyak sekurang-kurangnya I tahu you sihat pun dah cukup memadai buat I. Kalau I WhatsApp you tu tolonglah balas walaupun sekali, balas dengan emoji marah berapi pun I tak kisah. Sekurang-kurangnya I tahu bakal isteri I di sebelah sana masih sihat dan masih mampu nak pegang handphone!"

Aafiya terfikir sejenak. Sekejap? Qaizer ni tengah kongkong dia ke apa? Tak boleh lari dari dia? Wajib jumpa dia kalau dia nak jumpa? Call mesti berjawab? Mesej mesti berbalas? Euuuww! Qaizer ni dah hilang ingatan ke apa? Ini Aafiya bukan perempuan lain yang asyik nak berkepit dua puluh empat jam. Yang mesti bagi laporan setiap kali buat apa-apa aktiviti. Oh! Tolonglah. Tak kuasa dia nak melayan semua benda ni.

"Kenapa diam?"

"Errmm...tak ada apa-apa. Nampak gayanya you memang tak kenal I lagi. Tak apa. I akan bagi you peluang untuk kenal I. Sama la...I pun akan cuba untuk kenal you," Aafiya harap keputusan yang baru dia buat aka memberi sedikit perubahan kepada hubungannya dengan Qaizer. Tak adalah nampak macam musuh saja 24 jam. Padahal tak ada sebab pun untuk dia layan Qaizer seperti musuh. Cuma sikap Qaizer yang kadang-kadang sedikit menjengkelkan buat dia berangin satu badan.

"But!"

"But what?" Laju saja suara Qaizer di sebelah sana. Menggelabah semacam saja dia dengar suara lelaki ni.

"Kalau dalam tempoh perkenalan ni kita tak serasi...dan tak boleh nak teruskan hubungan kita ni, kita kena terima apa saja yang jadi lepas ni dengan hati yang terbuka? Boleh?" Alahai! Macam banyak sangat pula yang singgah dalam kepala Aafiya saat ini. Macam-macam benda pula yang dia fikir. Takut dan bimbang dalam masa yang sama. Susah kut orang sekeliling nak terima sikap dia selama ini. Kawan-kawan yang rapat dengan dia pun, semua hati kental. Itu pun kadang-kadang ada juga sampai bergaduh. Mulut dia yang paling semua orang tak tahan. Mulut yang sentiasa berapi! Buat telinga yang mendengar berasap!

"Ok!" Qaizer dah bersetuju di sebelah sana. Tapi hati Aafiya di sebelah sini masih lagi serba-salah. Sekarang baru dia nak fikir semula. Kenapa dia boleh bersetuju dengan semua kerja gila ni. Bukan ke selama ini dia memang bersungguh-sungguh untuk tolak kehadiran Qaizer sebagai calon menantu daddy? Aduh!

"Good! Sekarang you dah faham. So benda pertama yang you kena tahu pasal I, I tak suka diganggu bila I nak rehat hujung-hujung minggu macam ni. I tak suka orang kacau ketenangan I bila I nak rehat dengan secukupnya. Ok! Encik Qaizer! Tak payah call. Tak payah mesej. Nanti apa-apa biar I yang call you! Bye!" Aafiya terus matikan talian. Letak telefon bimbit atas meja sebelum lempar diri sendiri ke atas katil. Capai bantal dan serkup kepala. Rasa nak menggelumpur. Rasa nak menjerit. Sah! Tadi dia kena sampuk. Kena sampuk sampai dia dah terlanjur sejauh ini dengan seorang Qaizer. Ok! Ayat memang melampau nak mati. Macamlah dia dah buat dosa besar sangat hanya bersetuju nak berkenalan dengan lebih mendalam dengan lelaki itu. Oh! Aafiya. Kau sangat propa!

ZER & FIYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now