BAB 28

376 27 1
                                    

BAB 28

Aafiya lambat-lambat melangkah masuk ke dalam sebuah cafe yang ada di Jalan Mesui, Bukit Bintang. Sudah menjadi tabiat rasanya, kalau masuk ke tempat yang baru, mata pasti tak berkelip melihat hiasan dalaman. Setiap penjuru dia perhatikan sampai dia tak sedar Qaizer dah jauh melangkah ke depan.

Dalam hati, mula terdetik. Boleh tahan citarasa lelaki ini. Tempat makan yang dia pilih tampak selesa dan agak mewah. Ya! Dia tak hairan. Sebab Qaizer mampu. Dah tentu la lelaki poket penuh macam Qaizer akan pilih tempat yang memberikan dia lebih privacy dan selesa.

Prang! Aafiya terkejut bila dia terdengar seperti cawan yang baru menghempap lantai. Leher dipanjangkan dan apabila matanya terpandang ke satu arah, dia terperanjat. Pantas kaki disusun menghampiri tempat kejadian.

"You ok?" tanya Aafiya sedikit cemas. Belek badan Qaizer seketika.

"Yea. I'm ok. Sikit je ni," Qaizer menjawab pantas. Menyapu tumpahan kopi yang terkena lengan baju. Boleh basuh saja ni. Tapi melihat wajah tegang Aafiya dia pula yang bimbang apatah lagi melihat pandangan bakal isteri dia tu dah beralih ke arah pekerja yang baru sahaja tumpahkan kopi ke bajunya. Dalam hati! Oh sayang! Janganlah mengamuk kat sini. Bakal suami you baik-baik saja. Tak cacat kat mana-mana. Mata-mata yang berada di situ sudah memberikan tumpuan kepada mereka. Kalau Aafiya mengamuk, memang naya!

"Sorry Encik...sorry sangat! Saya tak sengaja," pelayan yang kelihatan begitu cemas dah bangun sambil tertunduk-tunduk beberapa kali depan Qaizer. Manakala dua orang pekerja lain pantas untuk membantu mengangkat cawan yang jatuh dan membersihkan tumpahan kopi di lantai.

"Adik ok ke?" lain yang bermain dalam kepala Qaizer, lain pula yang terjadi. Aafiya bukan melenting, mengamuk jauh sekali. Tapi dia tengok Aafiya tengah panik sambil membelek badan gadis pelayan itu.

"Saya ok cik. Maafkan saya. Saya...saya tak sengaja,"

"No! Adik tak ok ni," Aafiya tengok lengan baju gadis itu sendiri dah lencun dengan kopi. Bila dia tengok cawan yang baru diangkat oleh pelayan lain, dia yakin sangat gadis itu memang tak ok! Kopi panas! Kau rasa? Kalau dah lencun macam tu, tak ke melecur lengan gadis yang sudah pucat wajahnya.

Aafiya pantas menarik kasar bahagian lengan gadis itu yang tidak terkena kopi. Mata melilau seperti mencari sesuatu. Akhirnya kakinya membawa gadis itu menuju ke satu arah. Sinki! Dekat dengan bilik air yang ada di dalam restoran tersebut. Dengan cermat lengan baju gadis itu dilipat lalu dihulurkan ke arah air paip yang sedang mengalir. Berdesis mulut gadis itu menahan sakit. Ya! Terkena air panas sangat sakit. Dia pun pernah juga merasa tapi mungkin tak seteruk ini.

"Lain kali hati-hati sikit. Nasib baik tak teruk sangat. Merah saja ni," bibir membebel sambil tangan ralit membelek lengan gadis pelayan yang dia sendiri tak tahu namanya.

"Tak apa cik...saya ok je. Saya sendiri yang lalai tadi. Saya minta maaf sebab dah kotorkan pakaian dia. Entah-entah dia cedera lebih teruk dari saya," ujar gadis itu takut-takut. Dalam hati, masih wujud ke manusia macam ni? Pelanggan lebih kalutkan pelayan yang baru tumpahkan kopi panas ke baju teman lelaki sendiri. Dia yakin lelaki tadi memang teman lelaki kepada gadis istimewa ini. Entah-entah suami! Silap hari bulan lepas ni baru dia kena marah dan diambil tindakan.

"Dia ok je dik, jangan risau. Lagipun dia lelaki. Sakit sikit-sikit tak jadi hal. Jangan bimbang. Dia boyfriend akak, akak kenal dia. Kalau dia lembik, dah lama akak reject dia!" bebel Aafiya lancar saja membalas kata-kata gadis itu. Sempat lagi bergurau sehingga mendatangkan tawa kecil di bibir gadis pelayan itu.

Qaizer yang hanya menjadi pemerhati sejak tadi dah siap menyandar ke dinding. Tersenyum bahagia. Hati semakin yakin, pilihan dia tak salah. Melihat tingkah-laku Aafiya sekarang ini seperti melihat Aafiya semasa pertemuan pertama mereka dahulu. Bezanya, situasi waktu itu lebih kronik dan jauh lebih teruk dari sekarang. Aafiya dulu dan Aafiya sekarang, tak pernah berubah. Dan dia...sumpah dia takkan lepaskan Aafiya sampai bila-bila. Hilang terus rasa marah, terlupa terus rajuknya dalam beberapa hari ini dan pandangan depan mata saat ini mampu buat dia senyum sepanjang minggu. Percayalah!

ZER & FIYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now