BAB 58

364 22 0
                                    

BAB 58

"Aku rasa aku nak bercuti la," ujar Aafiya tiba-tiba. Izzati yang baru nak menyuapkan makanan ke mulut terus terbantut. Letak semula sudu di atas pinggan. Pelik sangat dengar kenyataan sebegitu daripada seorang Aafiya.

"Kau ok beb?" soalan Izzati buat Aafiya tersenyum.

"Kau kan perempuan...pelik sungguh aku. Masa kes aku dengan jantan tu, kau diam je. Kau tak tanya apa-apa pun kat aku. Aku ok ke, aku tak ok ke. Tapi bila aku dah cool down macam ni, beritahu kau yang aku nak bercuti baru kau sibuk nak tanya aku ok ke tak? Bengong!" Aafiya hadiahkan jelingan. Sedut minuman sejuk yang masih berbaki sebelum kembali tersenyum.

"Sebab aku kenal kau la makcik. Nak mati tanya kau time-time kau panas macam tu! Dah tentu-tentulah kau tak ok. Aku sendiri nampak kut apa yang jadi. Lagipun aku tahu kau akan cari aku kalau kau nak kongsikan masalah dengan aku. Kau tahu yang aku akan sentiasa ada untuk kau kan? Sebab tulah aku diam. Sekarang ni bila kau cakap kau nak pergi bercuti, aku dah risau. Kau memang tak ok,"

"Entahlah. Aku pun tak tahu macam mana aku nak cakap kat kau. Menipu sangatlah kalau aku cakap aku ok. Kau sendiri kata kau kenal aku kan? Yang aku tahu sekarang ni...macam ada benda yang tak kena. Aku tak boleh buat apa. Nak mengadap kerja pun aku dah tak mampu. Bagi aku bercuti ek? Kejap je beb...seminggu dua pun jadilah," pinta Aafiya separuh merayu. Dia dah tak mampu nak menipu sebenarnya. Tak betah untuk terus menipu orang sekeliling yang dia sebenarnya baik-baik saja. Padahal hakikatnya, dia rasa macam nak gila. Kejadian minggu lepas benar-benar beri impak yang sangat besar pada dia. Kalau dia terus juga buat tak endah, rasanya dia boleh gila.

"Aku bukan tak bagi kau cuti, sekadar seminggu dua minggu boleh saja. Insya-Allah aku dengan staff yang lain boleh uruskan kerja-kerja kau tu. Tapi...kau tak rasa kau tengah lari dari masalah ke beb?"

"Bukan lari la...tengah selesaikan masalah la ni."

"Selesaikan masalah? Aku tak nampak kau sebenarnya tengah selesaikan masalah, beb. Nampak sangat kau tengah lari dari masalah, dalam masa yang sama, kau sebenarnya tengah lari dari Qaizer, kan?" Izaati bukan tak tahu, Qaizer dah mula mencari Aafiya semula. Dah mulakan sesi memujuk dan meminta maaf. Biasalah, manusia, tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Dia bukan nak sebelahkan Qaizer, tapi dia tahu hal yang terjadi bukan kemahuan mereka. Masing-masing merana, masing-masing derita dengan ketelanjuran diri sendiri.

"Aku tak boleh la beb. Aku takut aku cair semula. Lupakan benda yang jadi dan teruskan planning kami yang tak jadi tu...aku....

"Kau dah kenapa? Memang itu pun yang kau nak kan? Bukan kau saja, Qaizer pun. So apa masalahnya? Kau tak nak bagi peluang pada dia ke? Dalam masa yang sama bagi diri kau sendiri peluang untuk bahagia. Makcik, aku kenal kau la. Kalau kau tak nak kahwin dengan Qaizer, awal-awal dulu lagi kau dah mengelak. Kau takkan buat kerja gila ajak Qaizer kahwin. Sebab dalam hati kau dah ada dia. Kau nak hidup dengan dia. Nak bahagia sama-sama dengan dia. Jadi bila kau sengaja nak larikan diri dari dia sama jugalah macam kau tengah humban diri kau sendiri ke lembah derita," Izzati ikhlas memberi nasihat. Dia tak nak lihat sahabat yang paling dia sayang terus menderita. Dia juga tidak mahu Aafiya salah dalam membuat keputusan. Buat pertama kali dalam hidup dia, dia nampak Aafiya bahagia sangat bila bercinta dengan Qaizer. Walaupun Aafiya sering kali menafikan, tapi dia boleh rasa, yang Aafiya dah memang cintakan Qaizer sepenuh hati. Aafiya dah terjebak dalam dunia cinta, dunia yang dulunya cuba dielak oleh Aafiya sedaya mungkin. Tapi kuasa Tuhan, siapa yang dapat menghalang?

"Kau tak faham beb. Serius aku cakap, aku dah tak marah dengan apa yang dia dah buat pada aku malam tu. Kau sendiri nampak apa yang aku buat kan? Kalau aku kat tempat dia pun aku mungkin buat perkara yang sama. Sungguh. Aku dah tak marah dah pasal benda tu. Tapi hati aku sakit, jiwa kau memberontak bila dia tak endahkan aku saat aku cari dia, nak betulkan semula benda ni. Dia buat macam dia tak kenal aku beb. Dan kau tahu apa yang aku rasa saat tu...aku rasa aku nak kejar dia, belasah dia cukup-cukup. Sakit hati aku waktu tu hanya Tuhan saja yang tahu...dan disebabkan aku tak mampu nak lepaskan kemarahan aku ni pada dia, aku pergi buat kerja gila tumbuk cermin kereta semata-mata nak legakan diri sendiri. Dan lepas tu...

Aafiya tarik nafas dalam-dalam. Ingin menyambung semula bicaranya. Biar Izzati tahu apa sebenar-benarnya yang menganggu dia.

"Lepas tu apa?"

"Dan lepas tu aku mula sedar...aku tak layak untuk dia, aku tak layak jadi isteri sesiapapun sebenarnya. Cuba kau beritahu aku, lelaki mana yang boleh bertahan dengan sikap baran bini dia, tambah-tambah kalau dapat bini yang barannya macam aku. Bukan baran sikit tau, baran banyak. Aku tak nak, satu hari nanti, aku tak dapat bau cium syurga gara-gara baran aku ni. Lagipun dia berhak bahagia, dia layak untuk dapat isteri yang jauh lebih baik dari aku. Yang lemah-lembut, dan kesimpulannya penyejuk jiwa dia sebagai seorang suami," akhirnya air mata yang cuba dia tahan sejak tadi mengalir juga. Ya! Itu yang menganggu dia sebenarnya. Sejak peristiwa malam tu, hatinya mula berbelah bagi. Dia tak rasa dia dah bersedia untuk berkahwin. Dia tak rasa dia mampu membina mahligai bahagia dengan Qaizer.

Kini, giliran Izzati pula yang melepaskan keluhan berat. Tangan Aafiya yang masih berbalut itu ditenung buat seketika. Dia sendiri pun terkejut dengan apa yang Aafiya buat. Nasib baik cermin kereta sendiri. Kalau cermin kereta orang lain, tak pasal-pasal kena bayar ganti rugi. Itu kira ok lagi lah. Kalau dibuatnya pemilik kereta tu mengamuk dulu, tak ke haru. Silap hari bulan tuan punya kereta tu pula yang jadi mangsa tumbukan padu Aafiya. Buat naya je!

"So...nak bercuti ke mana?" Izzati cuba ubah topik perbualan. Bukan bermakna dia setuju dengan apa yang ada dalam kepala Aafiya, dia cuma nak redakan tangisan Aafiya. Kesian pula dia melihat kawan yang selama ini jarang sangat mengalirkan air mata, menangis kerana cintakan seorang lelaki.

"Kalau aku beritahu kau, kau jangan marah tau,"

"Dah kenapa pula aku nak marah?" Izzati pelik. Eleh! Macamlah dia tak boleh nak pergi tempat yang Aafiya nak pergi. Jauh sangat ke? Jauh pun sanggup dia jejak kalau dia nak!

"Vrooommm! Vrooomm!" Aafiya tersengeh.

"Fiya!! Aku nak ikut!! Tak aci!" Izzati dah terjerit kuat. Mana boleh Aafiya seorang saja yang boleh lepaskan gian yang dia dah tahann selama bertahun-tahun.

"Alaa...bagi aku la aku can release tension sikit! Lagipun kalau kau ikut siapa nak jaga company kita! Alaa...nanti-nanti kau join la," pujuk Aafiya.

"Dengan siapa?"

"Remy!"

"Seriously! Kau nak mampus ke apa?"

"Apasal lak?" Aafiya tahu maksud Izzati tapi buat-buat tak tahu.

"Beb...budak kecik tu dah dua puluh lima. Baru habis belajar. Silap hari bulan lepas ni dia jadi engineer tau. Dah boleh cari makan sendiri. Bukan budak-budak hingusan lagi."

"So?" Aafiya angkat kening. Mencebik. Izzati tak habis-habis bimbangkan perkara yang tak sepatutnya. Huh!

"So? Kau jangan salahkan aku kalau lepas ni budak kecik tu ganggu hidup kau lagi!"

"Dah namanya budak kecik! Dah sebesar manapun dia sekarang dia tetap budak kecik. Tetap aku anggap macam adik aku sendiri! Tak payah bimbanglah! Boleh ek beb?" sempat lagi minta kebenaran walaupun benda tu tak penting pun bagi dia. Izzati bagi ke, tak bagi ke, kalau dia nak, memang dia nak la! Tapi dalam kepala dah membayangkan wajah Remy! Tak sia-sia dia lepak kedai mamak semalam. Jumpa dengan Remy semula. Serius dia sendiri pun macam tak percaya, kalau Izzati tengok boleh melopong. Baru tiga tahun mereka lost contact! Macam mana Remy boleh bertukar jadi abang sado?

"Dah lama kau tak menunggang...boleh ke beb?" bimbang pula Izzati. Yalah! Dah bertahun-tahun tinggalkan dunia motosikal berkuasa tinggi. Tiba-tiba menjerumuskan diri semula.

"Beb...benda tu dah jadi macam darah daging kita kut. Insya-Allah ok je. Wah! Tak sabar pula aku!" Aafiya dah buat muka teruja. Tapi Izzati pula tarik muncung. Serius dia cemburu!

ZER & FIYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now