BAB 67

441 21 0
                                    

BAB 67

Aafiya tarik nafas dalam-dalam. Mencari sedikit kekuatan sebagai bekal untuk dia ketemu dengan Datin Farida. Rasa bersalah yang ditanggung rasanya dah tak boleh nak simpan lama-lama. Dia tahu dalam hal ini dia yang bersalah. Dia yang kena mengalah. Tetapi untuk menjejakkan kaki ke rumah Qaizer, dia tidak punya kekuatan yang cukup untuk ke sana, jadi dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Datin Farida di rumah anak-anak yatim.

"Fi," belum pun lagi Aafiya melangkah, dia sudah ditegur. Segera dia menoleh. Secalit senyuman yang terpamer di bibir wanita itu tetap tidak mampu melindungi gundah yang cuba disembunyikan. Aafiya mengerti sudah tentu ia ada kena mengena dengan apa yang terjadi antara dia dan Qaizer.

"Assalamualaikum ummi. Ummi sihat?" Aafiya melangkah. Menyalami tangan Datin Farida sebelum tubuhnya diraih pantas dan dalam masa sesaat dia sudah kemas berada di dalam pelukan wanita itu.

"Ummi sihat. Ummi rindukan Fi. Fi tak rindukan ummi?" tanya Datin Farida sebaik sahaja pelukan mereka terlerai. Aafiya senyum. Perlahan dia mengangguk. Tidak mampu untuk dia menafikan hakikat itu. Sewaktu Qaizer menguruskan perkahwinan mereka yang tidak jadi itu hampir setiap hari juga dia ketemu dengan Datin Farida. Rumah Qaizer pula dah macam rumah kedua dia. Tetapi selepas kejadian malam itu, segala-galanya berubah mendadak.

"Jom kita masuk ke dalam. Ada banyak perkara yang ummi nak bincangkan dengan Fi," tangan Aafiya ditarik lalu melangkah masuk menuju ke ruangan pejabat Datin Farida.

"Fi nak minum apa-apa?" Datin Farida ingin melangkah meninggalkan ruangan pejabat namun terlebih dalulu ditahan oleh Aafiya. Tangan wanita itu digenggam erat. Mata bertentang mata. Aafiya sekali lagi tarik nafas dalam-dalam.

"Ummi...please, jangan layan Fi macam ni. Fi datang sini bukan sebagai tetamu, tapi Fi datang sini sebagai seorang anak. Sejak dulu lagi, Fi dah anggap ummi macam ibu Fi sendiri. Sebelum Fi kenal Qaizer lagi Fi dah anggap ummi sebahagian dari hidup Fi," tutur Aafiya lembut. Semakin menebal pula rasa bersalah melihat 'kekalutan' Datin Farida. Aafiya mengerti kenapa Datin Farida berkelakukan sebegitu. Pertemuannya dengan Qaizer beberapa hari yang lalu sudah menjelaskan segala-galanya.

"I dah tahu perkara sebenar," itu kata Qaizer apabila muncul depan dia tiba-tiba. Tempat parkir kereta pula tu. Sejauh itu lelaki itu gigih untuk ketemu dengannya setelah kedatangannya di pejabat langsung tidak diendahkan. Siap pesan dengan setiausahanya agar menahan lelaki itu dari berjumpa dengannya.

"Perkara apa pula ni?" dia menyoal semula. Pandang Qaizer dengan muka tak ada perasaan. Sejak malam itu, dia sendiri tidak mengerti dari mana dia mendapat kebolehan dalam mempamerkan wajah 'beku' apabila berdepan dengan Qaizer.

"Perkara malam tu,"

"So?"

"Fiya please. Sampai bila you nak macam ni? Sampai bila you nak marahkan I? Nak hukum I?" jelas terpancar wajah serabut Qaizer saat itu. Serabut pasal dia ke serabut pasal rasa bersalah duk melayan adik susuan dia yang tak berapa betul tu? Dan macam mana pula Qaizer tahu apa sebenarnya yang terjadi pada malam itu? Humaira beritahu? Ah! Buat apa dia nak sakitkan kepala fikirkan benda tu semua. Dia tak peduli. Apa saja hal yang berkaitan dengan Humaira dia tidak mahu ambil tahu.

"Encik Qaizer...aku rasa dah banyak kali kut aku beritahu kau yang aku tak marahkan kau pun. Kalau kau datang sini sebab nak minta maaf pasal apa yang jadi malam tu, nak ulang tayang semua kata-kata maaf kau yang sebelum ni, tak payahlah. Dah bosan tahu tak. Aku dah lama maafkan kau, dan dalam hati aku ni memang dah tak ada ruang nak simpan rasa marah aku pada kau pasal isu malam tu. Sebab aku tahu, apa yang jadi pada malam tu sebenarnya salah aku. Jadi tak payah nak serabutkan kepala kau dengan benda-benda ni semua. Semua dah selesai. Dah habis," jelas Aafiya panjang lebar. Penjelasan yang sama, tapi mungkin ayat saja yang berbeza.

ZER & FIYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now