BAB 26

389 27 1
                                    

BAB 26

"Dia ni memang suka putuskan talian macam ni ek? Adui!" Qaizer ketuk kepala sendiri dengan telefon bimbit. Tapi saat itu bibir tetap merekah dengan senyuman. Hati berbunga riang. Jiwa tenang tak reti nak cakap macam mana. Lapang sangat. Walaupun jawapan Aafiya masih lagi samar-samar. Macam nak main tarik tali lagi pun ada juga. Tak apa. Nanti dia tarik tali yang Aafiya pegang tu sampai rapat dengan dia lepas tu ikat mati tali tu siap-siap. Lepas tu jangan harap Aafiya dapat lari lagi.

Teringat pula peristiwa selepas dia kantoi dengan ayah dia. Siapalah dia nak menipu orang yang sememangnya lebih dulu makan garam. Kan dah kena setepek.

"Zer nak menipu siapa sebenarnya ni?" itu soalan yang ayah dia tanya selepas dia cuba sedaya-upaya cipta alasan yang kedengaran logik. Logik la sangat kalau awal-awal dah kantoi.

"Eh...Zer tak tipu la ayah. Betullah. Ada hal yang tak boleh nak elak masa tu. Insya-Allah Zer janji itu kali pertama dan kali terakhir benda macam tu jadi."

"Hal apa? Hal perempuan?"

Nampak macam ayah dia main serkap jarang, tapi muka dia dah tak mampu nak tunjuk reaksi yang macam mana. Tak biasa menipu dengan 'jeneral' kut. Pangkat yang dia dan Fawwaz berikan. Tegas, garang dan sangat hebat. Dengar suara anak-anak pun dah dapat kesan sama ada jujur mahupun tidak. Akhirnya dia hanya mampu sengeh. Garu kepala. Malu la pulak. Dah tua bangka pun masih nak menipu hal-hal begini. Lepas tu kantoi. Dah macam budak remaja kantoi bercinta. Hadui!

"Zer jumpa Fiya kejap...tak rancang pun nak jumpa dia. Terjumpa. Lepas tu...

"Teralit...sampai tak sedar ada meeting? Macam tu? Nampaknya kali ni anak ayah dah betul-betul jatuh cinta ya?" soalan ayah dia tetap tak mampu dia jawab dengan kata-kata. Lambat-lambat dia angguk. Nasib baik sekarang ni ayah dia boleh dikatakan jeneral bersara. Tak berapa nak tegas sangat kalau nak dibandingkan masa dia remaja dulu. Kalau dulu, teruk dia kena kalau didapati bersalah. Rotan kalau tak singgah kat tangan pasti menyinggah kat betis. Sakit Tuhan sahaja yang tahu. Tapi dia tahu kenapa ayah dia buat semua tu. Kalau dia tak dididik begitu rasanya dia tak mampu nak sampai ke tahap dia sekarang. Sebab dia akui, dulu, dia sangat nakal. Nakal yang tahap tak pernah kenal erti takut. Macam-macam hal dia buat zaman sekolah. Bergaduh dan bertumbuk itu memang 'makanan' dia. Musuh zaman sekolah tak terkira dengan jari. Sampai tahap keluar rumah pun dia kena bawa 'buku lima' dalam poket. Siapa yang kaki gaduh memang akan kenal 'buku lima' tu. Cuma, bab pelajaran, Alhamdulillah otak dia cepat 'pickup'. Walaupun tak perlu nak belajar sampai tak cukup masa nak tidur, dia dah mampu dapat keputusan yang boleh dikatakan agak 'gempak' jugalah. Lagipun dia wajib dapatkan keputusan yang membanggakan dalam pelajaran kalau tidak mahu alaun bulanan dia dicantas. Merana kut kalau keluar rumah sampai tak mampu nak bayar tea tarik walaupun segelas. Paling tak tahan, tak mampu nak beli rokok walaupun sebatang. Dia pernah rasa, dan dia perit. Sumpah! Tak buat lagi. Tapi semua tu zaman sekolah, nak tunggu dia besar, matang, pening jugalah kepala ummi, luruh jugalah rambut ayah dia.

Kini, setelah dewasa, segala-galanya sudah berubah. Bila ingat balik, dia sendiri pun payah nak percaya dia seteruk itu. Namun kata orang, semua tu pengalaman dalam masa yang sama itu adalah kenangan. Hobi suka bertumbuk buat dia libatkan diri dalam dunia kickboxing. Lagi berfaedah. Dapat la juga pingat berkeping-keping. Dapat juga paksa diri dia berhenti merokok. Dan paling penting, dapat kurangkan sedikit demi sedikit baran yang ada pada dia sehingga dia menjadi 'sesejuk' ini. Dasyat tak dunia sukan? Ye ke? Bukan sebab dunia sukan semata-mata juga kut. Sebenarnya kematangan telah membawa dia untuk lebih mendekati Tuhan. Allahuakbar! Syukur sangat-sangat semasa dia lanjutkan pelajaran ke luar negara, dia kenal dengan Rafiq, dia rapat dengan lelaki itu. Lelaki yang telah membawa dia untuk lebih mengenali Tuhan, meninggalkan segala larangan dan yang paling penting buat dia tak tinggal satu-satunya yang membezakan agama Islam dengan agama lain, iaitu solat lima waktu. Walaupun ilmu agama dia tak adalah setinggi Rafiq yang mampu mendidik seorang model menjadi wanita muslimah, tapi dapatlah juga dia merasa tempias 'aura' yang ada pada Rafiq. Minta-minta di masa depan, lebih banyak lagi aura Rafiq yang dia dapat. Boleh la dia didik Aafiya! Cewah! Berangan lagi!

ZER & FIYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now