BAB 77

398 24 0
                                    

BAB 77

"Sejak bila semua berpakat nak kenakan abang ni?" Qaizer henyakkan punggung atas sofa. Jeling Humaira yang sedang membuka lilitan tudung tidak jauh darinya.

"Kenakan abang? Abang cakap apa ni?" Humaira pandang Qaizer. Sebaik sahaja tudung terlerai dari kepala, dia labuhkan punggung di salah sebuah sofa yang ada di situ. Ummi dan ayah dah lama menghilang naik ke atas. Fawwaz pun dah tak menampakkan batang hidungnya.

"Yalah...bila Aira rapat dengan Fiya?"

"Rapat? Tak adalah rapat sangat...cuma ada jugalah beberapa kali kami keluar bersama...minum, makan. Tapi tak adalah sampai jadi bff. Kenapa tak boleh ke?" Humaira faham tapi buat-buat tak faham. Sebenarnya dia tak nak masuk campur urusan abang dia dengan Aafiya. Aafiya sendiri pun dah awal-awal lagi bagi peringatan. Jangan sebut atau cerita perihal Qaizer. Dia yang hormat penderian Aafiya, mengikut tanpa banyak soal.

Qaizer hadiahkan jelingan tajam. Tengok senyuman yang terukir di bibir Humaira pun dia faham, adik dia tu sedang ketawakan dia dalam hati.

"Bukan tak boleh...tapi bila?"

"Bila? Kalau tak silap Aira...tak sampai sebulan abang kat Abu Dhabi. Aira kan ada cakap kat abang, Aira selalu ikut ummi pergi rumah anak-anak yatim. Fiya pun selalu juga pergi sana, itu yang terserempak. Lepas tu hubungan kami jadi baik. Tu je la...tak ada yang menarik pun. Oh! Tapi kan...Aira yang ajar Fiya macam mana nak gayakan tudung yang dia pakai tu...cantik tak bang?" Humaira tersenyum lagi. Kali ini lebih lebar dari yang sebelumnya.

Eh! Makin panas pula hati Qaizer dengan pengakuan Humaira. Dia ni siapa? Kenapa benda sepenting itu pun tak ada orang yang nak bercerita dengan dia? Ummi pun sama. Ayah awal-awal angkat tangan tak nak masuk campur. Adeh! Bagus sungguh! Satu keluarga berpakat nak kenakana dia!

"Korang ni buat macam tak ada apa-apa yang jadi antara abang dengan Fiya kan? Memang sengaja nak kenakan abang la ni?"

"Bang! Yang ada masalah dengan Kak Fiya, abang. Bukan kita orang!" Fawwaz tiba-tiba muncul. Bawa satu mug air lalu labuhkan punggung di sisi Humaira. Kata-kata yang terbit dari bibir Fawwaz lagi kejam. Makin menambahkan rasa sebal dalam hati Qaizer.

"Tapi kenapa rahsiakan benda ni dari abang?" Qaizer masih tak puas hati.

"Rahsiakan apa?" Fawwaz menyoal balas.

"Rahsiakan yang korang semua dah ok dengan Aafiya. Dah ok dengan keluarga dia."

"Ya Allah...kan tadi aku dah cakap bang. Yang ada masalah dengan Kak Fiya tu kau. Bukan kami. Kau tu yang terlebih dulu lari dari masalah. Cepat sangat mengalah. Apa salahnya kau terus je pujuk Kak Fiya tu. Kata sayang...takkan kau tak ada idea langsung macam mana nak pujuk perempuan merajuk!" Fawwaz langsung tak tapis percakapannya. Walaupun dia tahu apa yang terbit dari bibirnya mungkin menambahkan lagi amarah abangnya itu.

"Kau senang la cakap! Kau tak ada kat tempat aku! Kau bercakap macam kau tak nampak apa yang jadi malam tu!" Qaizer bangun. Rasanya dia dah malas nak bercakap dengan semua orang. Apa yang dia tahu, hatinya benar-benar sebal. Kalau yapun dia yang bersalah, perlu ke keluarga dia buat dia sampai macam ni. Langsung tak bercerita pasal Aafiya sepanjang dia di Abu Dhabi.

"Sebab aku nampaklah aku bercakap bang. Semua orang dah tahu...malam tu dua-dua salah. Kau salah...Kak Fiya pun salah. Masing-masing dah tak boleh nak control marah. Mula-mula memang benda ni nampak rumit. Tapi bila masing-masing dah tahu cerita sebenar...masing-masing boleh terima. Kak Fiya logik la kalau dia susah sikit nak maafkan kau. Kau tampar dia kut. Tapi aku percaya...Kak Fiya pun faham kenapa kau bertindak macam tu. Tapi macam aku cakaplah...dia yang kena penampar...dari lelaki yang dia sayang pula tu. Marah dia lebih sikitlah. Nak kau pujuk dia lebih sikit...tapi kau?"

"Abang! Sorry! Rasanya dalam hal ni...Aira yang paling bersalah. Dan sekali lagi Aira minta maaf," Humaira tiba-tiba memotong kata-kata Fawwaz. Dia tak mahu adik dia dan abang dia bergaduh disebabkan hal yang tak sepatutnya. Dia percaya, hal ini akan dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Dan dia juga percaya, abang dia pasti akan menemui jalan untuk memujuk Aafiya kembali kepadanya. Itupun kalau abangnya itu masih berharap untuk memenangi hati Aafiya semula.

Qaizer dan Fawwaz sama-sama diam. Memandang Humaira yang mula tertunduk. Menahan rasa bersalah di atas perbuatannya yang lampau.

"Sorry kak...Fawwaz tak bermaksud nak ungkit hal tu..."

"Tak apa. Akak faham," Humaira angkat semula wajahnya. Toleh pandang Fawwaz dan tersenyum.

"Bang. Aku minta maaf. Aku bukan apa...aku cuma nak kau kejar cinta kau. Sebab jujur aku cakap...aku tak pernah nampak kau sayangkan perempuan sebagaimana kau sayangkan Kak Fiya. Orang buta pun boleh nampak bang kau memang dah benar-benar jatuh cinta dengan dia. Aku cuma tak nak kau mengalah cepat sangat. Kalau kau rasa kau masih cintakan dia...masih mahukan dia, kau perlu buat sesuatu sebelum terlambat. Buat masa sekarang, kata Amar...lepas putus dengan kau...Kak Fiya masih lagi solo. Amar cakap...mungkin Kak Fiya pun masih sayangkan kau."

Bicara Fawwaz buat Qaizer termenung sejenak. Ya! Dia terpaksa akui, cinta dia pada Aafiya semakin hari semakin dalam. Semakin jauh dia dengan Aafiya semakin menambahkan lagi rasa cinta terhadap gadis itu. Sebab itulah dia nekad untuk balik semula ke Malaysia. Kalau ikutkan dia, boleh saja kalau nak terus tinggal di sana buat beberapa ketika lagi, tetapi rasa rindu yang ditanggung macam dah tak boleh nak kawal. Tambah-tambah apabila Rafiq hantar gambar Aafiya dengan seorang lelaki. Konon-kononnya lelaki itu bakal merampas Aafiya daripadanya.

"Korang rasa abang masih mampu dapatkan dia?"

"Jangan tanya kami bang...tapi tanya diri abang tu. Bergantung pada abang. Macam mana abang nak menangi hati Aafiya tu semula," Humaira terlebih dahulu memberikan jawapan.

"Kau pegang ni je bang...kau tu lelaki. Kalau ikutkan logik, semua perkara kena lelaki yang mulakan dulu. Dalam rumah tangga pun, lelaki yang jadi ketua keluarga. Kau yang akan bimbing isteri kau nanti. Dalam masa yang sama, kau perlu juga rendahkan sikit ego kau...dan lepas tu gunakan sikit akal kau macam mana nak pastikan Kak Fiya tu jadi milik kau! Otak kena sentiasa cerdas bang! Guna akal bukan nafsu!"

Fawwaz senyum. Lantas bangun melangkah meninggalkan Qaizer dan Humaira yang saling berpandangan sesama mereka. Terlopong sekejap. Terkejut mendengar kata-kata sebegitu terbit daripada seorang budak lelaki yang umurnya baru saja mencecah 21 tahun.

"Sejak bila dia jadi macam tu?" soal Qaizer pelik. Dalam masa tiga bulan dia tak ada kat Malaysia. Semua orang dah berubah ke?

"Sejak dia kenal apa itu cinta kut!" giliran Humaira pula senyum.

"Huh? Dia dah bercinta ke?" Qaizer sekali lagi melopong. Macam lari saja dari prinsip seorang Fawwaz.

"Aira teka je. Sebab setahu Aira...Aira pernah dengar dia berborak dengan Amar. Pasal perempuan yang kononnya terkejarkan dia tapi dia buat tak layan!"

"Nak mati kalau dia layan. Nak kena penampar free dari ayah, buatlah! Nak jaga diri sendiri tak lepas nak jaga anak dara orang!"

"Eleh! Habis tu yang dah boleh jaga diri sendiri tapi masih tak mampu nak jaga anak dara orang, macam mana pulak?" Humaira angkat-angkat kening. Perli Qaizer yang ternyata benar-benar terkena dengan perlian tersebut. Tadi Fawwaz yang kenakan dia. Sekarang ni Humaira pula. Adik-adik dia ni memang berpakat nak kenakan dia sungguh ke apa?

"Aira jangan nak cari pasal dengan abang eh!"

"Bukan nak cari pasal. Tapi nak suruh abang tu cepat-cepat sedar. Fiya tu cantik tau. Hari tu masa dia hadir majlis amal yang ummi anjurkan, ramai gila mak-mak datin yang tanya pasal dia bang. Nasib baik ummi cantas awal-awal cakap Kak Fiya tu bakal menantu dia. Kalau tak habislah abang."

"Ye ke?"

"Tak caya tanya ummi. Nasib baik ada ummi yang tolong abang dari jauh. Aishhh...ada ke main lari-lari! Merajuk mengalahkan perempuan!" Humaira tergelak kecil. Kali ini giliran dia pula bangun dan tinggalkan Qaizer yang dah tertududuk semula sendirian di situ.

"Aihhhh...aku nak buat apa ni?" Qaizer lurut rambut sendiri. Raut muka beberapa kali sambil melepaskan keluhan berat.

ZER & FIYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now