BAB 85

426 19 0
                                    

BAB 85

"Fi...I tanya you satu soalan boleh ke?" Megan. Personal trainer dia menyoal. Pandang dia yang baru duduk lepaskan lelah sambil meneguk air kosong.

"Tanyalah! Nak tanya apa?" Aafiya tutup bekas minuman dan terus pandang Megan. Wanita berbangsa Cina yang sangat fasih berbahasa Melayu. Pelat ada juga. Tapi untuk sesetengah perkataan saja.

"You datang training hari-hari ni...you nak fight dengan siapa? Qaizer ke?"

Aafiya rasa nak gelak. Sungguh! Dia lucu tiba-tiba. Nampak sangat ke dia tengah berlatih sebab nak berlawan dengan Qaizer? Bahaya betul. Jangan keluarga dia pun dapat cium seperti mana Megan sudahlah.

"Kenapa you tanya?"

"Yalaa...hari-hari you training. Qaizer pun sama. Qaizer tu tak apa. Kalau dia tak nak fight dengan you pun, dia kena make sure badan dia sentiasa tough. Tapi you...Seminggu lagi you nak kahwin. Perempuan lain ah...kalau nak kahwin mereka takkan datang sini."

"Habis tu dia orang pergi mana?" soal Aafiya.

"Pergi spa lah! Cantikan diri. Kasi kulit lembut. Badan wangi. Baru senang you nak goda Qaizer malam pertama you nanti!"

Aafiya terlopong. Amboi! Amoi ni! Boleh tahan juga mulut dia? Aafiya hanya mampu tersenyum. Tak mampu nak beri jawapan yang mampu puaskan hati Megan. Kalau dia buka cerita, macam tak kena pula. Memanglah dia dah lama kenal Megan. Sejak dulu memang Megan saja jurulatih peribadi dia.

"Betul ke? You nak fight dengan Qaizer?" soal Megan sekali lagi. Masih tak puas hati apabila Aafiya seperti malas nak buka cerita.

"Tak adalah. Mengarut la you ni! I saja nak mantapkan badan I. You ingat dengan pergi spa je ke mampu cantikkan perempuan. Pergi gym...bersenam macam I ni, lagi buat badan you seksi! Betul tak? Kalau tak, takkan husband you sayang gila kat you! Setiap hari datang kerja dia yang hantar...balik kerja dah ada kat luar tunggu you. Takut sangat wife dia ni kena rampas dengan abang-abang sado yang ada kat sini!"

"Husband I tak apa...dia memang suka perempuan yang badan tough macam I ni. Dia kata badan I kasar tapi seksi!" Megan tergelak. Aafiya yang mendegar turut sama ketawa. Suami Megan suka perempuan badan tough. Suami dia? Alahai! Lemah lutut tiba-tiba. Ah! Peduli apa dia apa yang Qaizer suka. Kalau Qaizer nak kahwin dengan dia, lelaki tu kena terima apa saja kekurangan dan kelebihan dia.

"Tapi kan...I rasa badan you lagi seksi daripada I. Tambah-tambah bila you tengah training. Macam Angeina Jolie dalam Tomb Rider. Nasib baik husband I kenal I dulu sebelum you! Kalau tak melepas I" Puji Megan. Hakikat. Kenyataan yang dia sebagai perempuan pun tak boleh nak nafi. Mula-mula Aafiya ke sini pun dia dah puji Aafiya memiliki rupa paras dan bentuk tubuh yang cantik. Dah la anak orang kaya. Memang ramai lelaki di sini yang cuba nak dekat dengan Aafiya. Tapi payah. Aafiya bukan jenis yang mudah mesra dengan lelaki. Dulu, sebelum Aafiya bertudung, Aafiya selalu buat latihan di tempat yang terbuka, jadi, bila ada lelaki lain yang pandang Aafiya semasa sesi latihan, pasti mata mereka tak lepas pandang gadis tinggi lampai ni. Sekarang, bila dah bertudung, Aafiya bayar dia mahal untuk latih dan ajar dia di satu bilik khas dan tertutup. Permintaan pelanggan. Dia hanya menurut. Bayaran pun berbaloi.

"Tapi I tetap tak boleh lawan you dalam kickboxing! Skill you mantap!" giliran Aafiya pula memuji Megan. Teringin sebenarnya nak jadi macam Megan. Payah nak cari perempuan yang benar-benar berbakat dalam dunia kickboxing yang rata-rata dikuasai oleh kaum Adam. Megan pula, sebelum jadi personal trainer dia, gadis cina ni sebenarnya dah banyak kali juga menang pelbagai kejuaraan. Berhenti bila dah kahwin. Sekarang dah ada anak dua kut. Tapi badan masih mantap gila. Ini yang buat dia rasa nak teruskan hobi dia ni walaupun dah bergelar seorang isteri dan ibu. Tapi kalau Qaizer tak beri kebenaran macam mana? Alaa...susah apa! Suruhlah Qaizer sendiri yang jadi personal trainer dia. Suami sendiri. Lagi afdal!

"Memang la...kalau you lebih hebat dari I. Tak boleh cari makan la I! Lepas ni pelanggan I semua lari kat you!" Megan tepuk paha Aafiya. Bingkas bangun dan melangkah meninggalkan Aafiya sendirian.

Buat seketika Aafiya termenung sendiri. Betul ke apa yang dia buat ni? Dia tahu benda tu tak elok. Boleh mengundang dosa percuma. Tetapi orang lain tak faham apa yang dia rasa. Tak mengerti dengan 'kekurangan' dia yang satu ini. Bila dia dah betul-betul marah, betul-betul geram, agak susah untuk dia hilangkan semua rasa itu. Tambah-tambah dengan Qaizer. Dia pun tak tahu kenapa? Geram! Geram sangat! Sayang memang sayang...tapi rasa geram tu tetap juga ada, tak boleh nak kikis! Ah! Harap-harap lepas semua ni selesai. Rasa marah dia pada Qaizer akan hilang. Gila kan? Memang gila!

ZER & FIYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now