BAB 52

390 22 3
                                    

BAB 52

Kalau ditanya apa perasaan dia sekarang ni? Dia sendiri tak tahu nak jawab macam mana. Ini benda baru bagi dia. Perasaan pelik yang selama ni tak penah dia alami. Tapi sungguh, rasa macam tak boleh nak tahan. Kalau ikutkan amarah, dia sendiri tak dapat nak bayangkan apa yang akan terjadi pada Melly. Bila dia buka cerita pada Izzati....

"Amboi perempuan...kau kalau dapat ketawakan aku, bergegar satu bangunan!" makin sebal pula rasa hati melihat telatah Izzati yang sedang menghamburkan tawa yang besar. Siap pakej tekan perut lagi. Dia rasa dia tak adalah buat lawak bodoh tadi.

"Kau tu la...kan dah telan kata-kata sendiri. Aku dah cakap kan...jangan berlagak sangat. Konon-konon Qaizer seorang sajalah yang akan angau dengan kau. Kau tak la ye!"

"Aku bukan angau la!" dia pangkah cepat-cepat. Memang betulpun. Izzati ni dah terpesong jauh. Yang dia cerita tadi bukan topik angau tapi topik cemburu. Perempuan ni memang sengaja nak naikkan lagi kemarahan dia.

"Alaa...lebih kurang la tu. Kalau kau tak angau, kau takkan cinta mati kat Qaizer...kalau kau tak cinta mati kat Qaizer kau takkan la nak cemburu buta macam tu! Kan berkait semua tu!"

Dia mengeluh. Macam melampau saja kenyataan Izzati. Cinta mati? Dia cinta mati kat Qaizer. Tak sampai tahap tu lagi la kut. Bab cemburu tu pula. Kalau bukan disebabkan Melly tak cari pasal, rasanya dia takkan jadi celupar macam tu! Ah! Dia tetap tak nak mengaku kesalahan sendiri. Kalau tak disebabkan nak jaga air muka sendiri, nak jaga maruah Qaizer juga, rasanya dah lama muka Melly kena penampar. Penampar saja kut. Kalau penumbuk kejam sangat!

"Masalah betul la!" rungut dia perlahan setelah amarahnya pada Izzati dah hilang. Sekarang ni dah kembali marahkan diri sendiri.

"Apa yang masalahnya lagi?" Izzati menyoal.

"Aku tak boleh terus-menerus macam ni tau. Pelik sangat. Kau pernah nampak aku hilang waras aku disebabkan lelaki? Ini bukan aku la weh!" Lama-lama layan boleh jadi gila juga ni. Ini semua salah Qaizer.

"Macam mana nak nampak kalau kau tak pernah jatuh cinta makcik! Normal la perasaan cemburu ni. Kau sendiri tahu kan cemburu tandanya sayang. Kira oklah kau cemburu. Maksudnya Qaizer tu tak bertepuk sebelah tangan."

"Tapi aku tak suka apa yang aku rasa sekarang ni. Rasa tak tenang...rasa macam...macam mana kalau Melly tu betul-betul nak rampas Qaizer dari aku?" dia tayang muka suci. Muka macam blur tak tahu apa-apa soal hubungan hati ni. Sungguh! Itu yang dia rasa. Bila ingat semula perbualan dia dengan Melly, dia jadi fikir benda yang bukan-bukan. Marah tanpa sebab pun ada juga. Tiba-tiba dia rasa tergugat. Macam bimbang kalau Qaizer berubah hati. Ye ke?

"Kau tanya aku?"

"Habis tu...kau ingat aku tanya kerusi yang kau duduk tu ke?" menyampah pula dia dengan kawan baik dia seorang ni. Tak habis-habis nak 'membahan' dia. Rasanya kalau Qaizer bergandingan dengan Izzati, bertan-tan dia kena bahan. Mahu dia tak keluar rumah seminggu. Tanggung malu. Tambah-tambah bila dia bayangkan Qaizer turut sama tergelak mengenangkan apa yang terjadi antara dia dan Melly.

"Kahwin je la. Habis cerita," kesimpulan Izzati buat dia ternganga. Mudahnya! Macam tu je? Takkan itu saja jalan penyelesaiannya.

"Kahwin?"

"Iya!"

"Kalau aku kahwin kau rasa Melly gedik tu takkan kacau Qaizer?" soal dia masih tak puas hati. Kahwin? Dengan Qaizer? Sebab? Nak jauhkan Melly dari Qaizer! Macam tak kukuh je alasan tu.

"Itu aku tak boleh nak janjilah. Tapi sekurang-kurangnya kau lebih berhak nak pertahankan Qaizer. Laki kau kut. Takkan kau nak biarkan perempuan lain rampas laki kau dari kau, ye tak? Masalahnya sekarang ni. Qaizer dah pernah ajak kau kahwin ke?"

ZER & FIYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now