BAB 76

395 22 0
                                    


BAB 76

Selepas menunaikan solat Maghrib, Aafiya cepat-cepat meminta diri. Dia mengejar masa. Sudah berjanji dengan adik-adik untuk solat terawih di surau.

"Nak ke mana?" tiba-tiba ada suara menegurnya dari belakang di saat tangannya baru saja nak membuka pintu kereta. Aafiya terus menoleh. Qaizer melangkah menghampirinya dengan sebuah senyuman yang saat ini dia langsung tak selesa untuk menatapnya.

"Nak balik," Aafiya menjawab ringkas.

"Nak balik? Dah tinggal sendiri ke sekarang ni?" Qaizer terus menyoal. Sejak petang tadi, dalam kepala dia ni dah macam-macam soalan yang timbul. Dia pandang wajah Aafiya, ternyata soalannya itu membuatkan raut wajah Aafiya berubah. Mungkin gadis itu tidak suka apabila dia tiba-tiba kembali menyibuk hal peribadinya.

"Kenapa nak tahu?" Tak kasar. Tapi agak dingin. Macam tak ada perasaan. Perkara yang membuatkan dada Qaizer semakin sesak. Nampak sangat Aafiya masih marahkan dia. Masih enggan memaafkan dirinya di atas apa yang telah terjadi sebelum ini. Ya Allah. Kenapa payah benar Aafiya nak memaafkan dirinya.'

"Tanya. Tak tahu kan kena tanya. I tak tahu. Jadi I tanya. Tak boleh tanya ke?" Qaizer dah mulai panas tetapi sedaya-upaya dia cuba untuk kawal amarahya. Kalau dia nak pikat hati Aafiya semula dia kena banyak bersabar. Perkara yang lepas dah banyak mengajar dia.

"Boleh."

"Jadi soalan I tadi...."

"Saya masih tinggal kat sini...cuma kadang-kadang saya balik rumah adik-adik," terpaksa juga menjawab. Malas sebenarnya. Tapi macam tak elok pula kalau dia sengaja nak cari gaduh. Sebab Qaizer pun tak nampak nak bergaduh dengan dia. Tengok muka suram Qaizer pun dia dah jatuh kesian sebenarnya.

"Adik-adik?"

"Ya...adik-adik saya. Ada apa-apa soalan lagi Encik Qaizer? Kalau tak ada...saya balik dulu. Saya kena cepat. Dah janji dengan adik-adik nak bawa mereka solat terawih kat masjid," Aafiya buka pintu kereta.

Qaizer angguk. Dia masih belum jelas. Ada banyak benda lagi yang perlukan penjelasan yang terperinci. Tapi buat masa sekarang ni dia terpaksa berpuas hati dengan maklumat yang sedikit itu.

"Anyway...awak nampak makin cantik sekarang ni," puji Qaizer. Terus terbantut niat Aafiya yang baru nak masuk ke dalam perut kereta. Aafiya toleh pandang Qaizer semula lepas tu senyum. Tapi entah kenapa Qaizer rasa senyuman Aafiya tu tak semanis selalu. Macam kurang rencah! Allah! Dia dah benar-benar dah hilang Aafiya dia yang dulu ke?

"Simpan sajalah pujian awak tu untuk perempuan lain."

Aafiya cepat-cepat masuk ke dalam perut kereta. Lebih baik dia cepat-cepat pergi sebelum hati dia semakin cair dan terus cair. Tak boleh! Masih ada benda yang dia tak puas hati dengan Qaizer. Geram! Ah! Orang nak kata dia ego, dia peduli apa! Orang tak duduk kat tempat dia. Tak tahu apa yang dia rasa.

Tok! Tok! Bunyi tingkap kereta diketuk dari luar.

'Aihhh...tak habis lagi ke mamat ni?' rungut Aafiya dalam hati. Tetap juga turunkan cermin kereta walaupun pada mulanya dia rasa nak 'blah' macam tu je memandangkan enjin kereta dah dihidupkan. Tapi sekali lagi dia tak sampai nak hati nak bersikap kejam sangat. Masih ada rasa timbang rasa dalam diri. Ye ke?

"Ada apa lagi ye Encik Qaizer?" soal Aafiya lembut.

Qaizer bongkokan badan. Jenguk sedikit ke dalam kereta menyebabkan Aafiya pula terpaksa sengetkan badan dan jarakkan sedikit wajah dia dengan Qaizer. Ini yang dia malas ni!

"I miss you. Really much. So damn much!"

Eerrkk! Rasa nak tersedak liur sendiri. Kebas segala muka. Ya Allah! Kalau Qaizer rindukan dia sangat-sangat. Dia sebenarnya rindukan suara dan pandangan mata redup yang sedang merenungnya saat itu. Itulah yang membezakan Qaizer dengan lelaki lain. Itulah 'rasa' yang dia rasa terhadap Qaizer yang lelaki lain tak mampu nak berikan pada dia. Tiba-tiba juga rasa sebak datang lagi.

"Dah? Itu je kan? Saya balik dulu!" Suara Aafiya bergetar. Cepat-cepat dia naikkan semula cermin tingkap kereta dan memandu keluar dari perkarangan rumah. Rasa nak nagis sangat-sangat dah ni!

"Kau rindukan aku...tapi kau tetap juga tinggalkan aku. Rindu konon!" Aafiya sapu air mata yang gagal ditahan daripada mengalir. Ini yang dia malas sebenarnya. Qaizer dah merubah dia menjadi seorang perempuan yang mudah sangat menangis. Cengeng gara-gara menyimpan rasa yang dia tak pernah rasa dengan mana-mana lelaki lain. Tetapi lelaki ini pula telah mengecewakan dia. Menyebabkan dia menyimpan rasa marah yang sukar untuk dia luahkan. Dan dalam masa yang sama tak tahu juga macam mana nak hilangkan rasa marah ini.

ZER & FIYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now