BAB 79

413 22 0
                                    

BAB 79

"Kau langsung tak buat apa-apa? Serius bro?" soal Rafiq sambil menghirup kopi yang baru disediakan oleh isterinya. Pelik betul dia dengan perangai Qaizer ni. Kadang-kadang dia nampak Qaizer kalut apabila melihat Aafiya yang seakan-akan sudah tidak perlukan dia lagi. Tapi kadang-kadang juga dia tengok Qaizer kelihatan begitu bersahaja. Macam tak ada apa yang nak dirisaukan.

"Habis tu kau nak suruh aku buat apa? Kejar dia macam mana aku buat sebelum ni?" soal Qaizer semula. Sebenarnya Rafiq tak tahupun yang dia baru lepas jumpa Aafiya petang tadi selepas hampir dua minggu dia menyepikan diri buat-buat tak tahu mengenai Aafiya. Bukan perjumpaan apa-apapun. Itu perjumpaan semata-mata nak lepaskan rindu. Haha!

"Kalau itu yang perlu kau buat untuk dapatkan dia semula apa salahnya?"

"Bro..aku kenal Aafiya. Makin aku kejar dia, makin aku paksa dia untuk kembali semula pada aku. Silap hari bulan aku akan terus kehilangan dia. Degil dia tu lain macam sikit. Baran dia pun walaupun jarang sangat ditunjuk tapi kalau dia mengamuk kau sendiri pun nampak macam mana kan?" Qaizer sandarkan badan ke sofa. Dari jauh dia sedang perhatikan isteri Rafiq yang sedang melayan kerenah anak mereka Rania dan Rifqi. Tanpa sedar bibir dah tersenyum. Perasaan dia yang satu ini tak mampu nak diubah. Sejak dulu dia memang sukakan budak-budak. Sekarang ni bila umur dah semakin meningkat, perasaan nak memimang cahaya mata sendiri semakin menggebu. Bilalah agaknya impiannya ini akan tercapai. Masalahnya dalam kepala duk membayangkan anak-anak dia bersama Aafiya. Alahai. Payah betul kalau hati dah terpaut. Berangan pun tak nak fikir orang lain dah. Hanya bayangan Aafiya saja yang bakal menjadi ibu kepada anak-anaknya.

"Teringin sangat ke?" Rafiq menyoal sambil tersenyum nakal. Tak payah cakap dia dah boleh baca apa yang ada dalam kepala Qaizer. Kesian pula dia tengok nasib kawan baik dia ni. Nak kata tak ada rupa, memang buta la mana-mana perempuan kalau cakap Qaizer tak kacak. Tetapi nak buat macam mana, Qaizer jenis lelaki yang selama ni tak pernah pandang mana-mana perempuan. Tak pernah jatuh hati juga. Sekali dia jatuh hati, jadi macam ni pula.

"Tahu tak apa! Teringin gila bro! Aku tak tahulah nak cakap macam mana. Tapi rasa nak ada anak sendiri tu makin hari makin kuat. Mungkin sebab umur aku ni tak berapa nak muda kut!"

"Insya-Allah kalau ada rezeki. Kalau ada jodoh kahwin juga kau dengan Fiya. Tapi kalau bukan dengan Fiya pun mungkin juga dengan perempuan lain kan?"

"Oh no! Buat masa sekarang ni aku sikitpun tak terfikir nak cari pengganti Fiya. Kat dalam ni...masih ada nama Fiya. Jelas lagi bro...aku tak nak orang lain. Aku nak dia je!" Qaizer sentuh dada dia perlahan. Sesak nafas kalau fikir dia bakal kehilangan Aafiya buat selama-lamanya.

"Teruk sangat dah kau ni! Tulah! Hari tu boleh pula kau tinggalkan dia sampai tiga bulan!"

"Wooo...tu pun aku rasa macam nak gila jugak rindukan dia. Nasib baik iman kat dada aku ni masih kuat. Aku percaya pada jodoh. Dan aku juga percaya kuasa doa. Insya-Allah kalau Allah makbulkan doa aku. Aafiya akan tetap jadi isteri aku."

"Habis tu sekarang ni? Kau buat apa? Dah la aku tengok kau rileks semacam. Tak nak dekat dengan Fiya...cubalah bagi minah tu bunga ke. Coklat ke. Tunjuk sikit yang kau tu masih bersunguh-sungguh nak kat dia," nasihat Rafiq sebagai lelaki yang boleh dikatakan berpengalaman jugalah dalam hal pujuk memujuk ni. Jangan ingat bila dah kahwin dia tak perlu lagi buat semua tu. Kadang-kadang perempuan ni, bila dah kahwin. Bila dah jadi isteri, perangai mengada-ngada dan kuat merajuk semakin menjadi-jadi. Kadang-kadang pening kepala nak fikirkan idea yang berlainan setiap kali isteri merajuk. Tak payah tunggu merajuk la. Hari ulangtahun dengan hari jadi isteri pun, boleh pecah otak nak buat kelainan setiap tahun. Qaizer belum rasa apa yang dia rasa. Kalau dah rasa nanti, barulah dia faham apa erti kesabaran yang sebenarnya.

"Macam bukan aku je bro."

"Haaiii...dalam keadaan macam ni pun masih nak fikirkan ego ke? Rendahkan sikit ego kau tu Zer! Berfikir biar bijak sikit. Otak dulu letak depan. Bukan perasaan...bukan nafsu!"

"Eh! Kau ni...bercakap macam Fawwaz pulak! Mamat tu sekarang ni pun...boleh tahan bab-bab menyindir aku ni!" marah Qaizer apabila teringatkan nasihat Fawwaz tempoh hari. Walaupun jauh di sudut hatinya. Dia tak mampu nak menafikan apa yang diperkatakan oleh Fawwaz ada kebenarannya. Malam ni...Rafiq pula mengeluarkan ayat yang sedikit berbeza tapi maksudnya tetap sama.

"Manusia kena berubah ikut peredaran masa bro. Umur kita semakin ke depan. Bukan ke belakang. Kena lebih matang. Lagipun perkara yang dah lepas banyak mengajar kau kan? Aku percaya kau tu pun dah banyak berubah!"

"Ya...aku tahu. Sebab tulah aku ada terfikirkan sesuatu. Aku rasa ini saja jalan penyelesaian yang aku ada. Aku nak dia. Aku kenalah berani. Kena ambil risiko. Kalau tak berjaya baru aku boleh fikir langkah yang seterusnya," Qaizer tiba-tiba tersenyum.

"Kau nak buat apa?" Rafiq mengerutkan dahi. Seram pula dia tengok senyuman Qaizer. Janganlah Qaizer buat kerja gila culik anak dara orang ke Siam. Kahwin paksa. Gila namanya tu! Tapi hari tu Qaizer ada ambil borang nikah kat pejabat agama. Buat apa lelaki tu beria-ria nak ambil borang tu kalau nak bawa Aafiya lari. Lagipun Aafiya yang tak nak Qaizer. Bukannya perkahwinan mereka mendapat tentangan keluarga. Ah! Kepala dia pula yang pening nak fikir.

"Minggu depan nak raya kan? Agak-agak kalau aku buat kejutan waktu tu...ok tak? Ada yang mengamuk tak? Hari raya...hari untuk kita bermaaf-maafan kan? Insya-Allah kalau niat aku betul. Allah akan bantu aku. Tak gitu?" Sekali lagi Qaizer senyum. Lebih lebar dari sebelumnya.

"Kau nak ajak dia kahwin waktu tu juga ke?" teka Rafiq.

"Entah. Tapi kalau boleh kali ni aku nak ikut cara yang betul. Yang orang kata lebih afdal dalam Islam."

"Ok! Aku setuju apa saja yang kau nak buat asalkan kau jangan buat lari anak dara orang, lepas tu paksa dia kahwin dengan kau sudah!" Rafiq senyum. Bukan boleh percaya juga dengan Qaizer ni. Dia pernah hadap kut perangai gila-gila Qaizer sebelum lelaki itu berubah. Dalam kamus hidup Qaizer yang dulu, apa benda yang dia tak berani nak buat! Semua benda dia sanggup buat asalkan dia dapat apa yang dia nak. Asalkan hati dia puas!

"Anak dara orang lain mudah kut aku nak buat macam tu. Ini Aafiya. Kau nak mati? Belum sempat aku nak tarik dia bawa lari...penumbuk dia dulu yang singgah kat muka aku ni hah!" Qaizer jeling pandang Rafiq sebelum lelaki itu tergelak kecil.

"Raya minggu depan je tau?" soal Rafiq seakan-akan sedang menguji.

"Tahu."

"Dah bersedia sungguh-sungguh ke ni?"

"Yup! Ini saja jalannya bro...aku dah banyak kali solat Istikharah...dan ini saja jalannya yang aku rasa terbaik di antara yang terbaik!"

"Ok! Good luck! Nak aku ada sama waktu tu ke?"

"Tak payahlah. Nanti aku akad nikah, baru kau kena ada sekali!" Qaizer senyum lebar. Walaupun rasa cuak yang dia tanggung saat ini hanya Tuhan saja yang tahu.

"Wow! Confident! Terbaik bro! Aku sokong kau!"

ZER & FIYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now