BAB 46

370 22 0
                                    

BAB 46

"I nak bawa you jumpa ummi I...boleh?" Itu pertanyaan Qaizer sebelum Aafiya turun dari kereta.

"Bila?" Itu pula soalan balas Aafiya. Soalan yang Qaizer tak sangka sebenarnya.

"Bila-bila you free," dalam terkejut Qaizer tetap menjawab. Rasa teruja tak payah cakap la. Rasa nak bersorak waktu tu juga. Ingatkan dapat tentangan atau menerima pelbagai alasan. Ternyata telahannya meleset. Ini dah dikira baik sangat dah ni.

"You ni kan...kenapa pula nak tunggu I free?"

"Habis tu? Betullah kan?"

"Tak betul. Kita yang muda ni kena beralah dengan yang tua. Kenapa nak tunggu I yang free? Tunggu ummi you la bila dia free. I yang nak jumpa dengan dia kan? I bila-bila masa boleh free kan diri I asalkan dia ada masa yang nak jumpa dengan I," jawab Aafiya bersahaja. Dia dididik begitu kut sejak kecil. Tak puas hati macam manapun. Tak rela sekalipun. Jangan biadap dengan yang dewasa. Kena beralah. Walaupun kadang-kadang dia mengaku, dia sendiri pun banyak kali terbabas. Derhaka dengan akal sendiri. Terlalu ikut nafsu amarah.

"Sayang...you ni tengah uji I ke apa?" Qaizer tiba-tiba mengajukan soalan pelik. Debaran di dada dia rasanya Aafiya tak tahu dan tak boleh rasa. Dah lain macam sangat dah ni.

"Uji apa benda pula you ni? I cakap benda betul la ni. You ingat I bergurau ke apa?" Aihhh! Geram pula. Tak nak jumpa terus kang baru padan muka.

"You memang tengah uji kesabaran I la sayang," suara Qaizer sedikit serius. Dahi Aafiya berkerut seribu. Dia ada buat salah ke? Kata-kata dia buat Qaizer marah ke?

"You ni dah kenapa? I salah cakap ke?" Cuak la pula!

"Tak...you tak salah cakap...cuma I yang takut I salah dengar. Tapi sekarang ni you tu sengaja nak uji kesabaran I kan? You memang sengaja!"

"Eh! Dia ni kan! Bila masa pula I uji kesabaran you...I...

"You buat I tak sabar nak kahwin dengan you la sayang. Hari ni saja banyak kali you uji kesabaran I! Buat I tak sabar-sabar nak jadikan you hak I. Hak I yang sah of course. Kenapa lambat sangat daddy you tunjuk gambar you pada I ek?" Nah! Kali ni Qaizer pula dah macam orang tak betul. Tanya soalan merapu!

"Aihh...dia ni kan! Malas la I nak melayan you!" Sempat Aafiya tolak muka Qaizer dengan beg tangan miliknya. Menggatal tak beragak betul la mamat ni! Ayat mengayat dia manis tahap tepu. Dah tak larut dah! Boleh kencing manis dibuatnya. Baik dia cepat-cepat keluar dari kereta Qaizer. Kalau duduk lama-lama entah ayat manis apa lagi yang keluar. Boleh pengsan ni sebab terlebih glucose dalam darah.

"Tak nak ajak I singgah?" kepala Qaizer dah terjengul dari tingkap kereta. Pakej sengeh. Aafiya yang dah agak jauh melangkah kembali mendapatkan lelaki itu. Ya Allah! Kali ini dia nampak senyuman Qaizer tu senyuman orang yang tengah nak menggatal. Lepas ni ayat manis bergula apalah yang bakal keluar dari mulut lelaki ini.

"I bukan tak nak ajak you singgah. Tapi ni dah malam. Tak elok kalau orang nampak. Dah la you selalu buat rumah I macam rumah sendiri. Bila-bila nak datang suka hati you je," sempat Aafiya perli. Kali ni kalau Qaizer nak terasa pun dia malas nak kisah. Biar Qaizer tahu. Dia memang tak suka lelaki tu selalu datang ke rumah. Boleh memang boleh, tapi kalau dah kerap sangat, macam tak elok pula. Dah la mereka masih tidak ada sebarang ikatan.

"Correction! I memang selalu datang ke sini...tapi masih mampu nak kira dengan jari la sayang. Tak adalah hari-hari I terjengul kat rumah you. Dan kebanyakannya adalah disebabkan daddy you yang ajak I datang. I pun tahu segan jugalah. Tambah-tambah orang tu macam tak sudi je dengan I, macam I je yang tersua-sua," ayat minta simpati. Dengan harapan hati Aafiya yang keras tu bersimpatilah dengan dia walaupun sikit. Tapi dengan senyuman yang terukir di bibir buah hati dia, macam punah saja harapan dia. Aih! Memang kena cepat-cepat jadikan hak milik kekal ni. Senang sikit dia nak kawal bini dia ni nanti. Kalau buat keras tak ada perasaan macam ni, tahulah dia nak lembutkan macam mana.

ZER & FIYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now