BAB 54

390 24 0
                                    

BAB 54

"So...apa yang buat awak ke sini?" Aafiya mula rasa tak sedap hati. Gadis yang tenang di hadapannya ini dipandang lama. Rasa terkejut dengan kedatangan gadis ini masih belum hilang sepenuhnya.

"Sejauh mana awak cintakan Qaizer?"

"Soalan apa tu? Maaf...saya tak rasa saya kena jawab soalan tu. Soal perasaan saya pada Qaizer rasanya biar Qaizer sajalah yang tahu," Woh! Perasaan Aafiya semakin tak menentu. Pelik sangat dah ni. Mulalah dia nak fikir benda yang bukan-bukan. Ada perkara yang Qaizer rahsiakan daripada pengetahuan dia ke?

"Maaf...saya bukan apa. Saya sayangkan abang saya tu. Kalau boleh saya nak pastikan bakal kakak ipar saya ni benar-benar sayangkan dia," Humaira betulkan duduk. Sedaya-upaya cuba berlagak biasa walaupun dia sebenarnya semakin tewas dengan perasaan sendiri.

"Errmm...ok. Tapi macam pelik pula. Awak kan adik dia. Takkan dia tak pernah beritahu awak apa-apa mengenai hubungan kami. Sebab saya tengok awak macam kenal rapat dengan dia. Dan saya mengaku, buat masa sekarang ni saya rasa awak lebih kenal Qaizer kalau nak dibandingkan dengan saya. Saya sebenarnya masih dalam proses nak kenal dia," Sah! Memang ada sesuatu yang Qaizer rahsiakan dari dia. Tapi tak apa. Dia nak dengar apa lagi yang bakal keluar dari mulut Humaira. Dia takkan cepat melenting selagi dia tak tahu perkara sebenar. Lagipun orang kata, lagi dekat nak kahwin, lagi banyak dugaannya. Mungkin ini salah satu dugaan yang dia kena terima.

"Kalau saya kata saya cintakan Qaizer dan kami sebenarnya pernah mencintai antara satu sama lain. Awak percaya?"

Soalan yang mampu buat Aafiya tegakkan badan tiba-tiba. Cuba nak kaitkan cerita Qaizer mengenai Humaira dan maklumat yang baru keluar dari mulut gadis ini sendiri. Ok! Dari cerita terperinci Qaizer mengenai Humaira, kebarangkalian untuk terjadi itu memang ada. Tapi dia tetap susah untuk dia percaya.

"Qaizer pernah beritahu saya...dia dan awak baru saja tahu mengenai status adik beradik susuan antara korang berdua. Kalau tak silap saya, tiga tahun yang lalu kan? Jadi mungkin ada benarnya juga apa yang awak cakap tu," Menipu kalau Aafiya kata dia tak rasa apa-apa. Rasa cemburu tetap juga datang walaupun dia tak nak. Tapi kalau difikir dalam-dalam. Buat apa dia nak cemburu lagi. Dah sah-sah walau apapun yang terjadi, Qaizer dengan Humaira tetap mahram. Tak boleh kahwin walaupun dunia terbalik sekalipun.

Humaira makin tak senang duduk. Kenapa perempuan depan dia sekarang ni terlalu tenang? Walaupun pada mulanya Aafiya tampak terkejut dengan kenyataan dia sebentar tadi, tapi tidak lama, kurang dari seminit wajah gadis itu kembali bersahaja. Dia pula yang sakit hati sendiri. Nampaknya 'musuh' dia ni ada keistimewaan tersendiri.

"Awak tak kisah?" Humaira masih mahu menguji.

"Kalau nak kata saya tak rasa apa-apa...menipu sangatlah kan. Tapi sekejap sajalah. Buat apa saya nak serabutkan perkara ni lama-lama. Sebab saya tahu, apa pun yang jadi. Awak dengan dia tetap adik-beradik. Hakikat, dalam masa yang sama dah melibatkan hukum agama. Berdosa besar kalau nak langgar hukum yang dah jelas dan terang ni," dalam lembut masih juga sinis. Patutlah dia boleh nampak pandangan Humaira masa mereka mula-mula ketemu dahulu. Rupa-rupanya gadis ini ada hati pada Qaizer. Itu kesimpulan awal yang dia boleh buat. Bab sama ada Qaizer juga menyimpan perasaan yang sama, dia tak boleh nak putuskan lagi. Sebab dia masih ingat dan sangat jelas bila Qaizer beritahu, dia adalah cinta pertama Qaizer. Dan dia...dia sangat percayakan Qaizer.

"Ya! Saya tahu...walau apapun yang jadi...saya tetap tak boleh kahwin dengan Qaizer...tapi...

"Alhamdulillah kalau awak dah tahu. Dan saya langsung tak nampak apa-apa masalah lagi dalam hubungan saya dengan Qaizer. Lagipun awak tentu dah tahu kan, Qaizer yang tetapkan tarikh perkahwinan kami. Qaizer yang buat keputusan dalam semua ni. Dan saya setuju dengan setiap keputusan Qaizer," belum sempat Humaira habiskan bicaranya Aafiya lebih pantas memotong. Malas nak dengar apa-apa lagi perkara yang bakal merosakkan hubungannya dengan Qaizer. Cukuplah dia serabut berperang dengan perasaan sendiri. Masalah yang berpunca dari diri sendiri. Malas nak sesakkan kepala dengan masalah dari orang lain.

ZER & FIYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now