BAB 23

408 23 0
                                    

BAB 23

"Kau rasa aku patut ke fasa yang seterusnya ke?" Qaizer menyoal. Terus membincangkan topik yang sedikit menganggu kehidupannya sejak kebelakangan ini. Sungguh dia terganggu. Pertemuan terakhir dengan Aafiya yang tidak dirancang sedikit menggugat ketenangannya. Ya Allah! Bakal isteri dia mulut memang langsung tak ada insurans. Sikap berani yang dia rasa terlalu membabi-buta. Tak kena dengan tempat.

"Kenapa dengan kau ni? Resah semacam je aku tengok," Rafiq tak menjawab soalan Qaizer sebaliknya dia pula yang kembali menyoal. Pelik sangat dah dia tengok sahabat baik dia ni.

"Bakal bini aku tu la...adui! Kau tahu tak, aku memang la tahu, dia agak kasar, dia memang jenis yang cakap lepas. Apa yang dia nak cakap, dia main sembur je. Tapi kadang-kadang sikap berani dia tu tak kena tempat la bro. Risau aku tahu tak!"

"Risau kenapa? Risau kalau kau tak boleh nak handle dia?" Rafiq senyum nakal. Macam bukan Qaizer la kalau dia tak mampu nak tundukkan seseorang. Dia kenal Qaizer sejak zaman belajar lagi.

"Kalau dah jadi bini aku tak payah risaulah. Memang aku akan handle dia baik punya. Tak ada istilah tak boleh nak handle. Masalahnya sekarang ni, sah-sah la aku memang tak boleh nak control dia lagi. Dia bukan sesiapa lagi pada aku, aku sorang kut duk ulang-ulang sebut dia tu bakal bini aku. Tapi dia...nak jumpa aku pun bukan main payah. Asal nampak je muka aku ada saja modal dia nak berbahas," Qaizer urut dahi perlahan. Teringat semula peristiwa semalam. Entah apa yang membuat dia patah balik nak jumpa Aafiya, dia sendiri pun tak pasti, tapi belum sempat dia memanggil nama gadis itu, ada dua lelaki lain yang tiba-tiba sahaja menarik kerusi dan duduk di hadapan Aafiya. Wajah Aafiya yang sedikit tegang buat dia rasa ingin tahu apa yang sedang terjadi. Dengan hati-hati dia menarik kerusi dan duduk di salah sebuah meja yang jaraknya sedikit dekat. Sebab itulah dia dapat dengar dengan jelas perbualan bakal isteri dia dengan dua lelaki tersebut. Mak aihhh! Dia sebagai lelaki, dia sendiri agak tercabar mendengar lenggok bahasa dan sikap berani Aafiya. Brutal gila!

"Oh...jadi sebab kau rasa sekarang ni kau tak boleh nak control dia la kau tanya aku pasal fasa yang seterusnya ni ya? Kau nak cepat-cepat kahwin dengan dia untuk pastikan kau mudah nak kawal dia? Macam tu?" duga Rafiq. Geleng kepala perlahan. Kopi panas di hadapannya dihirup perlahan. Lain sungguh dah Qaizer ni. Mana pernah lelaki ni ajak dia keluar semata-mata nak bincangkan masalah mengenai perempuan. Alahai! Memang sah kali ni Qaizer dah terkena panahan cinta seorang Aafiya. Hebat sungguh perempuan ni. Makin berkobar-kobar pula dia nak jumpa dengan Aafiya.

"Itu yang aku tengah pening. Kalau ikut rasa risau aku ni, minggu depan jugak aku paksa dia kahwin dengan aku. Peduli apa aku, janji dia ada dekat dengan aku. Aku boleh jaga dia. Dan aku akan pastikan dia selamat dengan aku. Masalahnya sekarang ni...dia bukan jenis yang mudah untuk diajak kahwin, bukan mudah untuk paksa benda yang dia tak suka. No...no...aku tak boleh nak bawa hubungan aku dengan dia ke fasa yang seterusnya. Belum tiba masanya lagi. Kalau boleh, sebelum kami kahwin, aku akan pastikan dia dah bersedia nak terima aku jadi suami dia. Terima aku dengan hati yang ikhlas. Aku tak percaya sikit istilah kahwin dulu baru nak bercinta ni. Ataupun istilah dalam drama Melayu yang kononnya kahwin paksa ni semua berakhir dengan happy ending. Tak boleh dipercayai sangat! Klise pun ada!" Qaizer mengeluh lagi. Dah jadi hobi pula dia mengeluh sejak beberapa hari yang lalu.

"Errmmm...teruk sangat dah kau ni. Kau tanya aku...lepas tu kau jawab sendiri. Kenapa susah sangat kau nak pikat dia ni? Bukan kau ni jenis lelaki yang tak perlu cakap banyak ke...tak payah nak berusaha lebih sangat bab-bab pikat perempuan. Sebelum kau sua perempuan dulu yang tersua-sua kat kau!"

"Itu perempuan lain. Bukan perempuan versi Aafiya. Dia ni sangat lain dari yang lain. Sama kes dengan pertemuan pertama kami la, sangat lain dan sangat unik kut...walaupun sampai sekarang Aafiya tak tahu kat mana aku mula-mula jumpa dia dan jatuh cinta pandang pertama kat dia! Bro...aku baru cakap aku jatuh cinta pandang pertama kat Aafiya ke tadi?"

Nasib baik tak tersembur kopi yang baru dihirup oleh Rafiq. Cepat-cepat dia letak semula kopi atas meja lalu melepaskan tawa berdekah-dekah. Sah! Kawan baik dia terkena panahan asmara! Gila dasyat!

"Serius bro...kau dah teruk sangat dah ni. Ajak dia kahwin je la. Terus-terang je kat dia kat mana kau mula-mula jumpa dia...yang kau dah jatuh cinta pandang pertama kat dia, manalah tahu bila dia dengar cerita kau, dia pun jatuh hati kat kau, siapa tahu kan?"

"Kalau dia jatuh hati kat aku semula la...Kalau dia terkejut...lepas tu dia lari dari aku macam mana? Aafiya ni dia lain macam la bro, kau ingat aku suka sangat ke main tarik tali ni. Buat-buat macam nak kat dia, tapi layan dia acuh tak acuh. Sekali-sekala cakap rindu, tapi mulut bukan main pedas lagi setiap kali bercakap dengan dia. Yang paling aku sendiri pun kadang-kadang tak boleh terima, selalu sangat aku gelar dia bakal isteri aku, tapi depan-depan dia aku kutuk dia. Ada ke bakal suami kutuk bakal isteri sendiri? Tak ada bro...aku sorang je. Aku pun dah pelik semacam dengan diri sendiri. Kau yang tahu mesti kata aku gila!" cerita Qaizer sepenuh hati. Ayat dia pun dia dah tak peduli berbelit ke, berterabur ke, janji dia dapat luahkan sedikit perasaan dia pada seseorang yang benar-benar kenal dia.

"Aku sepatutnya bawa bini aku sekali tadi. Kau ni dah macam perempuan tiba-tiba tau tak. Macam geli pula duk dengar kawan baik sendiri duk bercerita pasal masalah percintaan ni! Tak pernah-pernah kita buat kerja gila ni sepanjang kita berkawan, bro. Kau tak rasa pelik ke?" Betul la! Ini kali pertama. Macam pelik. Bukan ke benda-benda sebegini sinonim dengan perempuan saja ke? Alahai...nasib baik berkawan dah lama. Susah-senang bersama. Dah macam keluarga. Jadi dia layankan sajalah.

"Ah! Peduli apa aku! Mentang-mentang la kau dengan Reen tak ada apa-apa masalah. Berjumpa, dua tiga kali dating lepas tu dah kahwin. Bahagia sampai sekarang. Alhamdulillah. Tapi jangan berlagak sangat boleh?" Qaizer geram tiba-tiba. Dalam diam mengaku kebenaran di sebalik kata-kata Rafiq. Macam perempuan dah dia ni! Entah-entah Aafiya rilek saja. Tak bincang pun pasal dia dengan kawan baik dia. Ah! Nak bincang apa bendanya kalau dia langsung tak ada... dalam hati Aafiya. Ye ke? Macam ada je sikit-sikit. Buktinya....

'Kau salah pilih time la bro...lain kali kau pilih la masa aku tengah moody ke, tengah tension ke, boleh la juga kau merasa penumbuk aku. Tak bersepai gigi, berdarah juga la hidung. Tapi buat masa sekarang ni...mood aku tengah baik sangat. Hati berbunga tak tahu kenapa. Jadi, aku tak rasa nak marah. Rasa nak terbang je sekarang ni,'

Kata-kata Aafiya terngiang-ngiang di telinga. Rasanya dia faham. Faham sangat. Tapi cuma dia malas nak berharap sangat. Dia kan nak pastikan Aafiya beritahu dia sendiri, yang gadis itu cintakan dia. Ok! Kita tengok siapa yang terkena. Kalau dia yang terkena. Gigit jari sajalah gayanya! Tapi tak...dia tak boleh cepat sangat nak mengalah. Kalau dah lama sangat tunggu tapi detik tu tak sampai-sampai, pandai-pandai la dia nak hidup!

"Woi! Aku duk depan kau boleh kau berangan!" jerkah Rafiq sedikit bengang. Tercengang-cengang Qaizer. Rupanya dia tengah berperang dengan diri sendiri tadi sampaikan dia ghaib sekejap ke dunia lain! Perrh...penangan Cik Aafiya kita!

"Hari tu aku buat kerja gila lagi! Kalau kau dengar memang kau akan kata aku berdouble-double gila!"

"Apa benda?" takut pula Rafiq dibuatnya. Qaizer ni sejak jatuh cinta, memang akan buat kerja gila ke?

Qaizer sengeh. Bersiap-sedia tadah telinga kalau Rafiq bebel lepas dia bercerita. Rafiq ni sejak jadi ayah, boleh tahan la bebelan dia. Perlahan-lahan dia tarik nafas dan buk cerita semalam!

"Bro! Kau ni kan! Nak kata gila pun ya! Bodoh lagi la berganda-ganda! Dibuatnya budak tu tak kenal kau! Mampus kau dikerjakan. Dua lawan satu! Penumbuk kau tu zaman belajar dulu memang la berbisa, sekarang? Setahu aku dah lama kau tak guna penumbuk tu kan. Entah-entah langkah kau pun dah berterabur. Tak pasal-pasal bengkak muka tu!"

"Aku gamble je hari tu. Sebab budak-budak tu kenal Rayyan. Jadi tak mustahil dia pun kenal aku. Rayyan dulu pernah rasa penumbuk aku kut!"

"Nasib baik budak-budak tu kenal kau!"

"Ala...dua orang je. Boleh handle lagi. Cuma penat sikit la. Dah lama sangat dah aku tinggalkan dunia kickboxing ni!"

"Tahu pun!"

"Tapi...aku rasa aku kena praktik balik la bro. Bahaya ni! Buah hati aku ni jenis hati kental. Tak reti takut...aku pulak yang naik takut dengan berani dia tak tak bertempat ni. Takut budak-budak tu apa-apakan dia. Dia hebat macam mana sekalipun, dia tetap perempuan," luah Qaizer.

ZER & FIYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now