BAB 57

369 23 0
                                    

BAB 57

"Kau ingat kau dah boleh kahwin hanya dengan jatuh cinta? Layan perasaan cinta...layan rasa rindu...terbuai-buai lepas tu nak kahwin sebab kau rasa kau tak boleh nak berenggang dengan dia. Kau sedar tak kau sebenarnya tengah melayan nafsu sendiri. Tak ada sebab lain hanya nafsu semata-mata. Hakikatnya kau masih belum bersedia untuk mendirikan rumah-tangga. Kita lelaki Zer...kita adalah khalifah yang telah dipertanggungjawabkan untuk melindungi perempuan. Kalau awal-awal lagi kau dah kalah, macam mana kau nak pikul tanggungjawab tu? Macam mana kau nak tempuh alam perkahwinan yang sejujurnya aku beritahu kau...sangat-sangat menguji kesabaran. Dugaan dia jauh lebih hebat kalau nak dibandingkan dengan apa yang kau dah tempuh tu. Itu baru sikit," Rafiq tenung wajah suram Qaizer. Bukan dia tak kesian. Dia sebenarnya sangat bersimpati. Siapa yang tak sedih melihat pelamin angan sahabat baik sendiri musnah. Tinggal seminggu saja lagi, tapi segala-galanya sudah hancur berkecai.

"Aku kenal kau bro! Aku kenal kau sejak dulu, sejak diri kau bukan diri kau yang sekarang. Dari seorang lelaki yang panas baran kepada lelaki yang sangat cool. Dulu apa-apa saja masalah kau suka selesaikan dengan menyakitkan tangan sendiri. Kalau tak patah riuk musuh kau tu, kau takkan berhenti. Sampai semua orang yang tahu perangai kau naik takut, seram nak dekat dengan kau. Tapi Alhamdulillah...lama-lama perangai kau semakin baik, bertambah baik dan sehinggalah aku sendiri bila ingat balik, tengok kau yang sekarang, macam tak percaya...Qaizer yang ada depan aku adalah Qaizer yang sama aku kenal masa kat US dulu. Tapi aku kesal...macam mana tiba-tiba bila melibatkan Fiya...aku macam nampak diri kau yang dulu....

"Aku tak tahu Fiq...aku tak tahu. Aku tiba-tiba macam tak boleh nak control baran aku. Aku panas sangat masa tu...aku...aku..." Qaizer dah tak mampu nak habiskan kata-katanya. Kesal! Kesal sangat. Air mata yang baru mengalir diseka perlahan. Sejak hari itu, air mata dia mudah benar tumpah. Dia cuba menafikan, dia cuba kuatkan semangat, tapi ternyata dia gagal. Hari itu dia begitu angkuh, begitu bongkak. Sanggup pertahankan ego tanpa menyedari semua itu bakal memakan diri sendiri sedikit demi sedikit. Kini, dia kian lemah. Dibelenggu dengan rasa bersalah yang tidak bertepi.

"Kau berkasar sangat hari tu, aku tahu kau sayang ummi. Siapa yang tak sayangkan ibu sendiri, tapi kau kena tahu, kekasaran takkan mampu selesaikan masalah. Sepatutnya waktu tu, kau kena bijak, kena berfikiran waras macam mana nak selesaikan masalah tu tanpa ada sesiapa yang terluka. Tapi benda dah nak jadi, aku pun tak boleh nak salahkan kau seorang saja. Tapi aku nak kau jadikan semua tu sebagai pengajaran. Dalam masa yang sama mungkin Tuhan juga nak beri kau peringatan awal bahawa nak jadi seorang pemimpin dalam sesebuah keluarga ni bukan sesuatu yang mudah."

"Aku dah kehilangan dia ke bro?" Qaizer angkat wajahnya. Pandang Rafiq dengan harapan sahabat baiknya itu bisa memberikan jawapan yang mampu tenangkan hatinya.

"Kau dah jumpa dia?" tanya Rafiq. Dia sendiri pun tidak ada jawapan yang pasti. Dia bukan kenal sangat dengan Aafiya, tapi dia kenal Qaizer. Sahabatnya ini bukan seseorang yang mudah mengalah. Janji lelaki ini nekad. Pasti dia akan dapatkan apa yang dia mahu.

"Ada. Semalam. Tapi dia..."

Qaizer ingat lagi macam mana Aafiya pandang dia tanpa sebarang riak. Pandangan itu gadis itu begitu kosong. Itu pun tak lama. Selepas itu sedaya-upaya Aafiya melarikan pandangan supaya tak bertembung dengan anak matanya.

"Ada apa ni?" soalan Aafiya kedengaran begitu dingin.

"I nak bincangkan sesuatu dengan you. Pasal kita."

"Kau ni silap orang ataupun silap topik? Pasal kita? Pasal apa ye?" Sungguh. Saat itu dia sedikit terguris dengan soalan balas Aafiya. Nampak sangat amarah gadis itu kali ini bukan sedikit. Sudah tidak ada ruangkah untuk dia menebus semula dosa semalam?

"Sayang...

"Woo...woo...ok stop it! Beginilah Encik Qaizer...aku sebenarnya tak ada masa nak bincang-bincang dengan kau ni. Aku ada kerja. Lagipun aku rasa, kau dengan aku dah tak ada apa-apa urusan kut yang nak dibincangkan. Semua dah habis. Semua dah selesai, dan kau sendiri yang buat keputusan tu semua. Dah lupa ke?" kali ini senyuman sinis terukir di bibir Aafiya. Sekali-sekala dia tengok Aafiya mengerling jam di pergelengan tangannya. Sama ada dibuat-buat ataupun gadis itu memang ada urusan lain.

"Fiya...jangan macam ni, please," dia cuba sambar tangan Aafiya di atas meja tapi Aafiya lebih pantas melarikan tangannya. Mungkin gadis kesayangannya itu dah hadam dengan segala tingkah-lakunya selama ini.

"Kenapa dengan tangan you tu? You ok?" saat itu barulah dia perasan tangan kanan Aafiya berbalut. Cedera ke? Tapi kenapa?

"Tak ada kaitan dengan kau. Aku ada kerja. Dan aku kena pergi. Kau tahu macam mana nak keluar dari sini kan?" Aafiya bangun. Melangkah menuju ke pintu pejabat sendiri.

"Oh ya! Kenapa hari ni kau tiba-tiba kenal aku ya?" Aafiya tiba-tiba menoleh. Pandang dia yang masih kaku di atas kerusi. Mereka berpandangan seketika. Saat itu dia cuba mencerna apa sebenarnya maksud di sebalik soalan Aafiya, sehinggalah dia mengerti sendiri. Ya Allah!

"Bukan ke hari tu, kau buat aku macam orang bodoh? Aku panggil nama kau, kuat dan aku tak rasa kau pekak kan? Tapi kau? Kau lalu depan aku, lepas tu kau pergi macam tu je. Buat aku macam tak wujud. Pandang muka aku pun kau tak nak! Kenapa hari ni tiba-tiba boleh muncul kat sini? Kenapa? Dah nak mati ke? Datang nak minta ampun? Tak payah! Sebab kau tak ada dosa apa-apa pun pada aku. Aku yang berdosa pada kau. Aku yang buat silap, dan aku dah minta maaf dah pun. Sama ada kau nak maafkan aku ataupun tak, itu semua terserah. Aku dah tak peduli. Anyway...bukan ke kau yang cakap yang kau takkan ubah sebarang keputusan yang aku sendiri dah buat? Dah lupa ke?" sekali lagi Aafiya hadiahkan senyuman sinis buat dia sebelum gadis itu hilang di sebalik pintu.

Saat itu dia terkaku sendiri. Cuba menelan kata-kata pedas dari bakal isteri yang tak jadi? Sakit memang sakit. Geram memang geram, tapi apa lagi yang mampu dia buat? Dia dah buat satu 'kesilapan' besar, takkan dia nak ulangi kesilapan yang sama lagi? Akhirnya dia mengeluh. Haruskah dia mengalah? Berputus asa dan terima apa saja yang telah terjadi?

"Zer...." bahunya tiba-tiba ditepuk membuatkan Qaizer tersentak. Dah jauh rupa-rupanya dia mengelamun.

"Dah jumpa dia ke?" Rafiq menyoal sekali lagi.

"Dah."

"Lepas tu?"

Qaizer diam. Tak mampu nak jawab soalan Rafiq lagi. Tak reti nak buka cerita sebenarnya. Kalau dia beritahu Rafiq tentang kejadian di lobi pejabatnya tempoh hari, sudah tentu sahabat baiknya itu akan berpihak pada Aafiya. Dia yang mulakan dulu. Semua berpunca daripada dia. Pada malam itu, di lobi syarikatnya tempoh hari, semua dia yang mulakan. Dia sendiri yang pancing kemarahan Aafiya. Dan sekarang ni dia sedang menerima padahnya.

"Lapangkan dada kau, Zer. Pohon petunjuk dari Dia. Dia tak datangkan ujian saja-saja Qaizer. Pasti ada hikmah, pada ada sesuatu yang Dia nak sampaikan pada kau. Allah tu Maha Adil. Dia uji hamba Dia sebab Dia sayangkan Hamba-Nya. Kesilapan tak pernah datang dari Dia, tapi dari diri kita sendiri. Dan yang paling penting yang kau kena ingat, yang kau kena tanya diri kau sendiri, kau sayangkan Aafiya, nak jadikan Aafiya isteri kau kerana apa? Kalau bukan kerana Allah, aku rasa kau memang patut lupakan niat kau yang satu itu," sungguh mendalam. Sehingga mampu buat Qaizer termangu sendiri. Pandang Rafiq dengan seribu tanda tanya. Dia bukan tak faham maksud Qaizer, tapi bicara itu buat dia terfikir sejenak. Perkara yang selama ini tak pernah sekalipun dia tanya pada diri dia sendiri. Ya Allah! Khilafkah dia?

ZER & FIYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now