BAB 90

451 19 0
                                    

BAB 90

"Have a sit!" Azam kembali duduk setelah Qaizer melabuhkan punggung di hadapannya.

"So...apa yang buatkan kau datang jumpa aku ni?" soal Azam tanpa menunggu lebih lama. Dia pandang wajah lelaki yang bakal menjadi suami kepada satu-satunya kakak yang dia ada. Rasanya dia tahu, tetapi dia malas nak meneka. Alang-alang Qaizer dah ada depan mata, biar lelaki itu sendiri yang suarakan hajatnya.

Qaizer senyum. Aduh! Sungguh! Dia menyesal sangat dengan apa yang pernah dia lakukan terhadap Aafiya satu ketika dulu. Kalau tidak, tentu dia tidak kekok sebegini apabila berdepan dengan Azam. Dia tahu, sejak kejadian malam itu, Azam lebih bersikap dingin dengannya. Dari awal lagi dia memang sedia maklum, Azam tidak bersikap peramah seperti adik-adiknya yang lain, tetapi sekurang-kurangnya sebelum ini, lelaki itu masih juga mampu tersenyum dan menjawab apabila disapa. Kini, nak tengok Azam senyumpun susah apatah lagi untuk diajak berbual. Seboleh mungkin Azam cuba mengelak daripada bertembung dan berbual dengannya setelah beberapa kali dia ke rumah Aafiya selepas kejadian malam itu.

"Aku tahu...aku yang mulakan semuanya. Memang silap aku. Kalau aku boleh bersabar pada malam tu...rasanya, kita takkan jadi macam ni kan? Aku datang ni sebab aku nak minta maaf dengan kau. Maafkan aku."

"Rasanya semua tu dah selesai kut bila Along dah maafkan kau. Lagipun kau yang nak kahwin dengan Along. Tak ada kena mengena dengan aku," jawapan Azam walaupun kedengaran lembut namun bait bicaranya jelas menunjukkan dia masih berjauh hati dengan apa yang Qaizer lakukan. Yalah! Adik mana yang tidak marah melihat kakak kandung dikasari oleh lelaki yang langsung tidak ada pertalian darah dengan mereka.

"Kau masih marahkan aku kan?"

Kali ni Azam tersenyum.

"Kalau difikir secara logik akal...siapa yang tak marah. Kau berkasar dengan satu-satunya kakak yang aku ada dalam dunia ni. Aku sendiripun tak pernah berkasar dengan dia walaupun hakikatnya dialah manusia yang aku rasa paling annoying yang pernah aku jumpa. Kakak yang agak kejam...suka mengarah dan dalam masa yang sama sentiasa nak menang. Tapi tu semua tak mampu nak ubah hakikat yang kita orang adik-adik sangat sayangkan dia. Hormatkan dia. Dan kita orang juga tahu dia pun sayangkan kita orang lebih dari diri dia sendiri. Dia ada cara yang tersendiri macam mana dia nak tunjukkan kasih-sayang dia tu pada kita orang. Hanya kita orang adik-adik dia saja yang faham."

Qaizer terdiam. Perlahan-lahan dia angguk mengerti.

"Aku bukan nak nak takutkan kau, bang...tapi sejujurnya aku cakap, perangai Along dengan keluarga sendiri tak sama apabila dia dengan orang luar. Jadi kau jangan terkejut kalau tiba-tiba Along berubah menjadi individu yang berbeza setelah dia jadi isteri kau nanti."

"Maksud kau?"

"Dengan orang yang dia rapat ni...perangai dia sedikit luar alam. Sikit ke? Banyak kut. Jadi sila bersabar kalau Aafiya yang kau kenal sekarang akan menjadi Aafiya yang lain bila dah kahwin nanti," Azam sendiripun tak tahu kenapa dia harus beritahu semua ni kepada Qaizer. Niatnya hanya satu, dia nak Qaizer terima kakak dia seadanya.

Qaizer sekali lagi hilang kata. Lama dia pandang Azam. Cuba tafsirkan maksud tersirat di sebalik kata-kata yang terluah daripada bibir bakal adik iparnya itu. Lelaki ni saja nak takutkan dia ke? Saja nak dia ubah fikiran. Takkan Azam nak dia sekali lagi batalkan majlis perkahwinan tu. Tapi mendengar bicara Azam tu, tercuit jugalah sedikit rasa bimbang. Mampu ke dia jadi suami yang boleh menerima apa saja kekurangan isteri. Adui!

"Cara kau cakap ni...macam kau masih tak nak maafkan aku je. Macam kau tak nak perkahwinan ni terjadi."

Azam tergelak kecil. Dah agak. Mesti Qaizer salah faham.

"Bang...kalau aku ni tak nak maafkan kau. Tak nak Along kahwin dengan kau...aku tak tunggu lusa nak kahwin baru aku nak halang. Kalau aku masih enggan terima kau sebagai sebahagian daripada keluarga kita orang...pada malam kau lamar dia tu lagi aku dah halang. Aku peduli apa kalau Along nak bunuh aku sekalipun. Kalau aku dah tak suka, aku tetap tak suka. Lagipun buat apa aku nak dedahkan perangai tak semenggah Along tu kepada lelaki yang langsung tak ada kena mengena dengan dia. Akupun tahu jaga air muka kakak sendiri. Tapi memandangkan kau bakal jadi abang ipar aku...nak tak nak kau tetap kena hadap juga kan. Jadi aku sekadar nak ingatkan kau. Just...be ready!" Ok! Kali ni dia mengaku, dia sengaja nak takutkan Qaizer. Balas dendam dalam tak sedar orang kata. Namun jauh di sudut hati, dia boleh nampak sedalam mana cinta lelaki ini terhadap kakaknya. Dan dia juga tahu, kakaknya juga berkongsi perasaan yang sama.

"Tapi sekasar mana kakak kau tu...dia takkan ajak suami sendiri bertinju kan?" Adeh! Qaizer sendiripun tak pasti kenapa dia boleh utarakan soalan yang kedengaran agak pelik itu.

"Maksud kau?" Kini giliran Azam pula yang tidak mengerti. Berkerut dahi dia sambil merenung Qaizer tajam.

"Tak ada apalah. Jadi kita dua ni dah kira ok kan?"

"Ya. Mula-mula memang aku rasa macam tak boleh nak maafkan kau, bang. Tapi bila difikir balik apa yang Along cakap. Aku faham. Dan aku tak rasa nak panjangkan benda ni."

"Fiya cakap apa?"

"Dia tak cakap banyakpun. Dia cuma nak aku fikir...kalau aku ni ada di tempat kau pada malam tu. Apa yang akan aku buat? Dan jawapannya cukup mudah. Ya! Akupun akan buat apa yang kau dah buat. Dan mungkin juga apa yang aku buat jauh lebih teruk daripada kau!"

"Bila dia cakap benda ni?" Tiba-tiba Qaizer begitu berkobar-kobar nak tahu.

"Dah lama...sebelum kes kau bawa diri ke Abu Dhabi," Azam senyum.

"Maksudnya Fiya dah lama maafkan aku?"

"Yalah. Habis tu kau ingat dia nak kahwin dengan kau ke kalau dia tak maafkan kau?"

"Kau pasti?" soal Qaizer sekali lagi. Aih! Tapi kenapa dia rasa Aafiya masih simpan rasa marah terhadap dia. Ataupun dia sebenarnya yang terlebih berfikir. Fobia orang nak kahwin mungkin!

"Kau dah kenapa, bang?"

"Tak ada apa. Anyway thanks bro. Dan sekali lagi aku minta maaf dengan apa yang jadi pada malam tu. Aku janji dengan kau...Insya-Allah aku akan cuba jadi suami yang terbaik untuk Fiya," Qaizer hulurkan tangan. Dan salamnya itu disambut mesra oleh Azam.

"Trust me...perangai dia sangat lain macam dengan orang yang dia sayang ni. Becareful!"

"Dahlah tu takutkan aku!" geram pula Qaizer dibuatnya. Melihat senyum senget yang terukir di bibir Azam, dia tahu lelaki ni memang sengaja nak mengusik. 

ZER & FIYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now