BAB 21

371 27 0
                                    

BAB 21

"Aafiya anak Tan Sri Omar kan?" belum sempat Aafiya bangun ada dua lelaki tiba-tiba tarik kerusi dan duduk berhadapan dengan dia. Aafiya pandang lelaki yang menyoal dia tadi.

"Aku kenal kau ke?" soal Aafiya. Malas nak berbasa-basi sangat. Pantang betul dia lelaki yang datang terjah sesuka hati. Duduk depan dia lepas tu pandang dia macam dia ni makhluk yang baru turun dari planet selain bumi.

"Tak. Tapi kau mesti kenal kawan aku kan?" tanya lelaki yang sama. Lelaki yang seorang lagi kelihatan lebih selesa berdiam diri. Tetapi dari pemerhatian Aafiya, rasanya lelaki ni pak turut kepada lelaki yang bercakap ni. Seorang anak orang kaya, seorang lagi pengikut setia yang sanggup buat apa saja janji hidup senang. Itu yang Aafiya dapat simpulkan.

"Siapa kawan kau?"

"Rayyan...anak Datuk Farid," lelaki itu tersenyum sinis. Dan hati Aafiya terus berkata...ermmm...patutlah!

"Oh! Rayyan. So?" Aafiya masih tak pasti apa tujuan sebenar dua makhluk tuhan ni duduk depan dia. Sekadar nak cakap kenal Rayyan anak lelaki Datuk Farid yang berlagak nak mampus tu, baik tak payah. Dia tak minat langsung nak tahu.

"Dia dah nak kahwin. Kau tahu tak?"

"So?" Aafiya menyoal lagi. Kali ni pakej dengan senyuman sinis.

"Kau bila lagi nak kahwin?"

"Kejap...apa kena mengena Rayyan nak kahwin dengan aku? Kau ni salah pilih topik kut. Kut iya pun nak berbual dengan aku, pilih topik sesuai sikit boleh?" senyuman sinis Aafiya semakin melebar.

"Betul la kata Rayyan. Kau memang berlagak kan? Sombong. Perasan diri tu hebat sangat. Macam cantik sangat. Tak cantik pun aku tengok. Aku rasa bakal wife Rayyan jauh lebih cantik dari kau!"

Dan untuk kata-kata itu, Aafiya akhirnya tergelak. Kuat pula tu. Ini kalau Qaizer masih ada kat sini, mesti Qaizer dah terkejut tengok hilai tawa dia yang agak melampau. Dah mampu kalahkan tawa Qaizer sebentar tadi!

"Kau salah pilih time la bro...lain kali kau pilih la masa aku tengah moody ke, tengah tension ke, boleh la juga kau merasa penumbuk aku. Tak bersepai gigi, berdarah juga la hidung. Tapi buat masa sekarang ni...mood aku tengah baik sangat. Hati berbunga tak tahu kenapa. Jadi, aku tak rasa nak marah. Rasa nak terbang je sekarang ni," ujar Aafiya dengan lenggok bahasa yang mungkin sinonim dengan teman terdekat sahaja. Agak kasar. Dalam masa yang sama, hati dia seperti sedang digeletek. Lucu. Dah macam budak-budak pula dua ekor makhluk Tuhan ni. Tak matang persis kawan baik dia si Rayyan tu juga. Anak dara manalah yang malang jadi bini Rayyan. Disogok dengan kekayaan sehingga kematangan lelaki itu jauh tertinggal ke belakang. Tapi lebih malang lagi Datuk Farid la. Dapat anak yang tak mampu nak dibanggakan sangat. Macam mana boleh jadi graduan luar negara Aafiya pun tak tahu. Oh! Agak musykil kat situ.

"Kau sengaja nak pancing kemarahan aku ke apa ni?" lelaki tadi dah bangun. Dia nak sakitkan hati Aafiya. Dia pula yang sakit hati. Patut la Rayyan bukan main benci lagi dengan gadis ni.

"Malas la nak layan. Perangai kau dengan Rayyan lebih kurang je. Oh! Lega gila bila dia reject aku bro," perlahan Aafiya sentuh dahi dia. Terus menerus mengukir senyum, langsung tak nampak gaya dia bakal mengamuk. Pelik! Dia pun sangat pelik dengan diri sendiri sebenarnya. Kenapa dia boleh jadi setenang ini hari ni ya? Ke betul semua ni sebab Qaizer. Qaizer dah penuhkan hati dia dengan bunga-bunga bahagia sampai dia dah lupa macam mana nak marah. Eh...tetiba nama Qaizer terpalit sekali!

"Kau tahu tak yang kau tu perempuan? Jangan nak tunjuk hebat sangat!" jari telunjuk lelaki tadi hampir-hampir terkena batang hidung Aafiya. Bicara tadi jelas berbaur ugutan.

"Habis tu kalau aku ni perempuan, kau nak buat apa?" seperti selalu. Dalam tenang Aafiya, dia tetap tak nak kalah. Sikap bersahaja dia ternyata mengundang marah dua lelaki tadi.

"Ok! Kita tengok sejauh mana kehebatan kau tu!" sempat lelaki tadi menjatuhkan bekas minuman yang ada di atas sebelum dia melangkah meninggalkan Aafiya dengan perasaan benci yang menggunung.

"Ya! Ya! Aku tunggu saat tu! Jangan risau!" Aafiya akhirnya bangun. Melangkah keluar dari Starbucks Coffee. Dalam kepala tiba-tiba dia teringatkan Rayyan. Lelaki yang terlalu taksub dengan kekayaan sendiri. Segenap segi Rayyan terlalu bangga dengan kekayaan mak ayah dia. Kononnya harta benda mereka takkan habis sampai bila-bila. Dan rasanya Rayyan satu-satunya calon yang dapat merasa penampar dari dia. Sekian. Oh! Sekarang dia dah tahu, kenapa kawan Rayyan tu benci sangat kat dia. Entah cerita apalah yang direka oleh Rayyan semata-mata nak balas dendam akibat maruahnya yang tercalar.

ZER & FIYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now