BAB 68

393 25 0
                                    

BAB 68

"Jangan buat kerja gila boleh tak bro? Jangan jadi macam budak-budak!" marah Rafiq.

"Buat kerja gila apa...aku pergi kerja kut. Kebetulan cawangan kat sana ada masalah. Aku kena la turun padang settlekan benda tu!" Qaizer hirup kopi panas yang tak berapa panas. Sejak tadi terhidang, baru rasa nak sentuh. Semua tu gara-gara nak tenangkan perasaan sendiri.

"Bukan merajuk sebab Fiya tak boleh nak maafkan kau?" duga Rafiq walaupun dia dah tahu.

"Ada jugalah. Ah! Kesimpulannya aku kena tenangkan kepala aku kejap. Pedih bro bila dia dah tak pandang aku lagi. Tengok aku pun dengan muka tak ada perasaan. Tak sama macam dulu...dulu walaupun dia tak pernah mengaku dia sayang aku, tapi cara dia pandang aku pun aku dah tahu yang dia sayangkan aku, tapi sekarang ni...pandangan dia kosong, aku rasa mungkin aku dah hilang dia kut."

"Dan kau nak putus asa macam tu je?" kesian pula dia dengan sahabat baik dia ni.

"Dah tu...kau nak suruh aku buat apa? Kalau dengan tumbuk aku, dia boleh maafkan aku, dah lama aku suruh. Dia nak ajak aku lawan kickboxing pun aku tak kisah. Sanggup aku buat-buat kalah, bagi dia tumbuk aku ke, kick aku ke...apa ke...janji hati dia puas. Dia boleh lepaskan marah dia tu. Tapi bila dia layan aku macam tu...buat aku macam tak nampak, macam tak pernah kenal...pedih bro! Pedih!"

"Bukan ke kau dulu yang buat dia macam tu? Buat macam tak kenal!" Rafiq kembalikan paku buah keras. Teringat semula cerita Qaizer sehari selepas kejadian malam tu. Bila Aafiya muncul di lobi pejabat lelaki itu, Qaizer boleh buat-buat tak endah akan kehadiran Aafiya! Padan muka! Berlagak lagi! Perangai macam budak-budak.

"Kau pula ke yang nak rasa penumbuk aku ni?" Geram pula Qaizer dengan kawan dia ni. Tak habis-habis nak ungkit benda bodoh yang dia buat tu. Dia dah menyesal dah pun. Tak payah la nak ungkit lagi!

"So kau rela la ni kalau Fiya tu tiba-tiba kahwin dengan orang lain?"

"Dia dah nak kahwin dengan orang lain ke?" Cuak! Gila cuak! Muka Qaizer serta-merta berubah. Ini boleh putus nyawa. Baru dengar berita dah buat dia tak boleh nak bernafas. Segera tali leher yang dah sedia longgar ditanggalkan. Perrhhh...minta nyawa...minta nyawa! Terbayang pula wajah lelaki muda yang duduk di sebelah Aafiya pada malam dia berjumpa dengan Aafiya di kedai mamak. Melihat renungan dan pandangan lelaki itu, dia yakin, budak tu menaruh hati pada Aafiya. Muka pun boleh tahan. Boleh dijual. Ah! Janganlah!

"Tak mustahil...sebab aku pun tak boleh nak nafikan yang buah hati pengarang jantung kau tu cantik! Kalau kau tak nak, ramai yang berebut nak," sempat Rafiq memuji...memang cantik pun. Bila dia tengok sendiri masa majlis malam tu, dia tak mampu nak menafikan kecantikan yang ada pada seorang Aafiya. Lelaki...agak normal puji kecantikan perempuan lain. Walaupun dalam hati hanya ada nama bini sendiri.

"Tapi Fiya cintakan aku," tiba-tiba Qaizer keluarkan kenyataan yang buat Rafiq mengekek ketawa. Lucu pula walaupun Qaizer tayang muka kesian.

"Pulak! Tadi kata kat mata Aafiya dah tak ada rasa cinta la...apa la..."

"Dia tengah marah lagi. Biasalah. Perempuan. Even dia kata dia tak marah. Aku tahu dia memang marah lagi. Tapi sayang dia...kasih dia masih pada aku," Qaizer cuba sedapkan hati sendiri. Ya! Dia memanglah nak bawa diri sekejap. Tapi tak bermakna dia dah lupakan Aafiya. Dah rela nak lepaskan Aafiya! Tak terfikir sampai ke situ kut. Takut sebenarnya nak fikir!

"Jadi...nekad la ni?"

"Buat masa sekarang ini yang terbaik. Bukan lama. Dua tiga bulan je. Kalau awal settle awallah aku balik. Lagipun lebih baik aku jauhkan diri dari dia buat sementara waktu. Kalau pandang muka dia tapi dia tak nak pandang muka aku, aku juga yang sakit hati sendiri," terang Qaizer. Ya! Ini jalan penyelesaian yang dia nampak buat masa sekarang. Jarakkan diri buat sementara.

"Fiya dah tahu?"

"Tak payah beritahu dia kut!" pantas Qaizer menjawab.

"Errmmm...itu nada orang merajuk. Aku rasa baik kau beritahu dia, dia tak nak dengar ke, dia tak nak ambil kisah ke, itu soal nombor dua. Janji dia tahu, kenapa kau ke sana," Rafiq berikan pendapat. Dia tahu, walaupun Qaizer sedang menafikan, lelaki itu sebenarnya memang sedang berjauh hati. Merajuk sebab kekasih hati tak nak maafkan kesilapan yang dia dah lakukan.

"Ermmm...tengoklah macam mana. Entah-entah aku tak ada dua tiga bulan pun dia tak sedar," rungut Qaizer perlahan. Teringat pula Aafiya yang kembali aktif dengan hobi lama. Haishh! Geram pula bila gadis yang lasak itu semakin lasak dengan segala hobi lasak yang gadis itu ada! Aihhh...jaket ketat tu seksi sangat kut bila tersarung dekat badan Aafiya! Eh! Boleh gila kalau duk bayang dengan body sebegitu Aafiya tunggang motosikal! Tolong! Dia lemas kalau ingat semua benda ni! Boleh gila ni!

ZER & FIYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now