BAB 71

417 20 1
                                    

BAB 71

Tiga bulan kemudian....

Zreetttttt!!! Kereta terus berhenti mendadak. Lepas tu hon dari kereta lain terus bersahut-sahutan kedengaran.

"Woi! Dah tak nak hidup lama ke?" pemandu kereta pertama yang hampir nak melanggar manusia yang tak reti nak melintas jalan terus saja keluar dari perut kereta. Cekak pinggang tak puas hati lihat manusia tu yang masih lagi terpinga-pinga macam tengah bermimpi.

"Maaf encik! Maaf! Kawan saya tak berapa sihat ni."

"Kalau ya pun gila tak payahlah nak menyusahkan orang lain!" tengking lelaki itu yang ternyata masih tak puas hati dengan kejadian yang hampir-hampir dia ditimpa kemalangan.

"Maaf encik! Maaf!" Rafiq terus tarik tangan Qaizer kasar. Pergi dari situ sebelum keadaan semakin tidak terkawal.

"Woi! Kau ni kenapa? Macam orang tak sayang nyawa je aku tengok!" Giliram Rafiq hamburkan amarahnya. Hampir saja nyawa dia melayang tengok Qaizer hampir dilanggar kereta sebentar tadi. Dia ingatkan Qaizer ada kat belakang dia memandangkan mereka pada mulanya beriringan berjalan menuju ke arah parkir kereta. Tapi bila dia dengar bunyi kereta dibrek secara mengejut, rasa nak luruh jantung apabila jarak antara kereta dan Qaizer hanya tinggal beberapa inci sahaja. Adui! Kalau tak, jawabnya tak sempat Qaizer nak beraya tahun ni.

"Aafiya..."

"Kenapa pula dengan Aafiya?"

"Aku nampak dia tadi!" Qaizer nampak masih mamai walaupun mulut dia bersuara.

"So?"

"Dia dah bertudung!"

"So?"

"Bila?" Qaizer kembali bertenaga. Pandangan mula dihalakan tepat ke arah Rafiq. Ya! Ini satu hakikat yang dia langsung tak tahu dan dia yakin sangat kawan baik dia sebenarnya dah lama tahu. Dengar jawapan Rafiq pn dah boleh agak.

"Errmmm....entah...tak pasti...tapi rasanya lepas dia balik dari konvoi tu kut. Dah lama...masa aku hantar gambar kat kau tu, waktu tu dia memang dah bertudung lama dah."

"Kenapa kau tak beritahu aku pun yang dia dah bertudung?" terus satu tumbukan singgah di bahu Rafiq. Rafiq mengaduh perlahan. Sakit kut! Aihhh. Nasib baik bulan puasa. Kena banyak-banyak bersabar. Tapi geram jugalah. Jantan ni dah kenapa?

"Kau just tunjuk gambar dia dengan lelaki lain...kau tak tunjuk pun gambar dia dah bertudung!" Qaizer suarakan ketidakpuasan hatinya. Teringat semula gambar yang dihantar oleh Rafiq kepadanya lebih sebulan yang lalu.

"Ada beza ke?" berkerut dahi Rafiq. Ada kaitan ke?

"Adalah! Kalau tak...dah lama aku balik bengong!" Aihh! Qaizer teruskan langkahnya meninggalkan Rafia yang termangu sendiri.

Errrrrrr...krikkkk...krikkkk....apa kaitannya?? Rafiq garu kepala yang tak gatal! Bila dia toleh, Qaizer dah hilang. Mungkin sudah pergi mendapatkan keretanya. Dia pula yang terpaksa berlari kejar Qaizer. Mamat tu bukan boleh percaya sangat kalau datang angin tak betul. Silap hari bulan dia kena tinggal kat sini. Menyesal pula dia ikut Qaizer hari ni. Tapi apa yang Qaizer buat kat sini ye? Dia cuba kaitkan apa sebenarnya yang dia dan Qaizer buat sepanjang hari ini. Dalam suasana panas terik. Mula-mula tadi Qaizer ajak dia pergi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, lepas tu pergi pula ke butik yang pernah uruskan perkahwinan tak jadi dia dengan Aafiya. Apa yang Qaizer tengah rancangkan sebenarnya? Bila dia tanya Qaizer senyum, tak jawab apa-apa. Tapi....

"Kau tengah rancang apa ni bro?" tak tunggu lama. Bila dia masuk saja dalam kereta terus dia serang Qaizer dengan soalan tersebut.

"Rancang apa? Tak rancang apa-apa pun!"

ZER & FIYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now