BAB 38

370 23 0
                                    

BAB 38

Sebaik sahaja Datuk Baharom melangkah meninggalkan mereka barulah Aafiya mampu menarik nafas lega. Fuh! Nasib baik tak kena marah. Bebel pun tidak. Datuk Baharom ni baik juga. Pakej melawak dengan suka mengusik lagi. Habis di mana sikap lelaki itu yang kononnya sangat tegas dengan anak-anak? Tidak suka memberikan kemewahan kepada anak-anak selagi anak-anak tidak mampu nak berdikari sendiri? Atau lebih tepat, kerja dulu baru dapat merasa hidup mewah. Itu kata Amar. Benar atau tidak, dia sendiri tidak pasti. Nak bertanya pada Qaizer macam tak sesuai pula dengan hubungan mereka yang belum ada apa-apa ikatan yang sah. Errr....Ok! Stop!

Aafiya toleh pandang Qaizer. Dia tengok lelaki tu sekali lagi tengah pejam mata sambil duduk. Air yang terhidang depan lelaki itu pun sejak tadi langsung tidak terusik. Makin teruk ke demam lelaki ni?

"You," seru Aafiya.

"Errmm," Qaizer menyahut walaupun nak buka mulut pun Aafiya rasa lelaki ni dah tak boleh. Tadi pun, Qaizer banyak diam. Bersuara bila perlu. Sebab tak mampu ataupun memang itu perangai Qaizer depan ayah dia, Aafiya tak pasti. Tapi air muka Qaizer memang tidak ceria seperti selalu.

"I nak balik. You naik rehat kat office ok? Makin teruk je I tengok you ni," Aafiya dah bangun. Nak keluar dari cafe yang ada di dalam bangunan ini. Tapi melihat Qaizer yang masih lagi statik di tempat duduknya dengan mata terpejam buat Aafiya resah sendiri. Dah pengsan sambil duduk ke apa?

"Qaizer?" Sekali lagi nama lelaki itu diseru. Kali ini langsung tak bersahut. Tangan Aafiya dah ringan semula seperti selalu. Lantas dia sentuh dahi dah wajah Qaizer. Kali ini lebih hati-hati takut-takut Qaizer sambar lagi tangan dia. Bukan boleh percaya mamat ni.

"Ya Allah! Panasnya. Tadi tak adalah panas sampai macam ni sekali," omel Aafiya perlahan. Patut la dia tengok Qaizer dah berpeluk tubuh macam orang kesejukan. Dengan muka pucatnya. Aafiya dah pening. Dia nak buat apa? Takkan nak panggil Datuk Baharom semula suruh bawa anak lelaki dia ni balik.

"You?" Aafiya pegang bahu Qaizer.

"Ya sayang...jangan risau. I ok," perlahan-lahan Qaizer buka mata. Pandang Aafiya yang sedang berdiri memandangnya. Senyuman terukir di bibir.

Aafiya akhirnya mampu menarik nafas lega. Menakutkan sajalah. Buat dia panik je. Risau juga kalau Qaizer tiba-tiba jatuh pengsan. Dia memang sah-sah takkan mampu nak sambut mahupun tahan tubuh besar Qaizer ni. Dengan kudrat dia, silap hari bulan, dia pula yang kena timpa dek Qaizer.

"Tapi badan you makin panas. Betul you ok?"

"Betul. I ok,"

"Kalau macam jom kita keluar dari sini," Aafiya dah paut lengan Qaizer supaya berdiri. Mak aih! Nak bangunkan lelaki ni supaya berdiri pun dia dah termengah. Kalau pengsan sungguh, memang tak mungkin la dia mampu angkat seorang Qaizer.

"Boleh jalan tak ni?" Aafiya masih dipagut rasa bimbang. Apatah lagi bila dia rasa badan Qaizer semakin memberat berpaut pada lengannya. Sah! Ini kalau dia lepas, boleh jatuh tergolek Qaizer kat sini. Demam sampai macam ni sekali? Ke demam mengada-ngada? Terlintas juga benda tu dalam kepala dia, tapi bila ingatkan suhu badan lelaki itu, dia percaya Qaizer tak berbohong. Sekarang ni pun dia dapat rasa suhu panas badan lelaki itu gara-gara dah berhimpit begini. Demi Tuhan. Kalau Qaizer tak demam, dia takkan serapat ini dengan Qaizer. Ini bukan ayah Qaizer saja yang marah kalau dia nampak, daddy dia yang tengok pun boleh mengamuk.

"You! Jangan takutkan I boleh tak?" suara Aafiya dah sedikit meninggi apabila soalannya langsung tidak mendapat reaksi dari Qaizer.

"Sorry sayang...kepala I rasa berat sangat sekarang ni...you temankan I naik office boleh tak? I memang kena tidur sekejap. Lepas tu baru I ok sikit,"

"Ok," cepat saja Aafiya setuju. Cemas semacam juga. Berat sangat dah ni dia duduk menahan pautan Qaizer pada lengan dia.

Selepas hantar Qaizer masuk ke pejabat. Lelaki itu terus membaringkan diri di atas sofa. Aafiya yang melihat pun agak bimbang dengan kondisi lelaki ini.

"You datang kerja dengan apa hari ni?" itu soalan Aafiya setelah dia labuhkan punggung di salah sebuah sofa berhadapan dengan Qaizer.

"Motor," dalam mata yang terpejam Qaizer sempat memberikan jawapan.

"Motor?" Aafiya sedikit terkejut. Dia intai jam di pergelangan tangan dia. Sudah hampir jam 3.30 petang. Dia tengok Qaizer pun dah macam terlena. Pantas dia melangkah keluar dari pejabat lelaki itu.

ZER & FIYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now