BAB 14

382 24 0
                                    


BAB 14

Kereta Aafiya memasuki Kampung Rawa Hilir dalam daerah Lenggeng di Negeri Sembilan. Alhamdulillah. Dah nak sampai. Perlahan cermin kereta diturunkan. Sengaja nak hirup udara bersih yang sedikitpun tidak tercemar dengan arus pembangunan. Kiri kanan dia pula menghijau dengan dusun buah-buahan. Segar. Sangat segar. Tenang jiwanya kalau setiap hari dapat menghirup udara yang sebegini bersih.

Setelah lima minit keretanya membelah jalan yang sedikit sempit akhirnya dia sampai di perkarangan sebuah rumah kampung yang sederhana besar. Rumah kayu yang sedikit usang tetapi masih kukuh berdiri. Aafiya keluar dari kereta, ternyata kedatangannya ditunggu-tunggu.

"Assalamualaikum," Aafiya memberi salam. Mendapatkan wanita tua yang sedang berdiri dengan sebuah senyuman manis yang tidak pernah lekang di bibir. Wanita tua yang kelihatan begitu bertenaga demi menjaga cucu-cucu yang telah diamanatkan kepadanya. Dia kagum sebenarnya dengan Nek Pah. Kecekalan Nek Pah jelas dapat dilihat sejak pertama kali berjumpa lagi. Pertemuan yang tidak dijangka. Tidak sedikitpun dipinta. Tetapi perancangan Tuhan. tiada sesiapa yang mampu mengelak, sehingga terjalinnya hubungan ukhwah antara mereka, hubungan yang begitu indah walaupun ada duka di sebaliknya.

"Waalaikumussalam,"

"Nek Pah! Rindunya Fiya kat Nek Pah. Nek Pah sihat?" tubuh wanita itu segera dipeluk dengan erat. Melepaskan rasa rindu yang tidak pernah berpenghujung. Sungguh. Apabila berada di samping Nek Pah dan cucu-cucunya yang sudah dianggap seperti adik-adik sendiri, perasaan yang dirasakan oleh Aafiya sama seperti berada di samping keluarga sendiri. Erat dan mesra. Macam tak ada jurang langsung.

"Amar pun rindu Nek Pah. Rindu Asam pedas Nek Pah juga," giliran Amar pula menyalami wanita tua itu selepas Aafiya meleraikan pelukan mereka.

"Iya. Nanti Nek Pah masakkan asam pedas ikan istimewa buat Amar, ya?"

"Iya ke Nek Pah! Wah! Bestnya!" Amar bersorak girang.

"Adik-adik mana Nek Pah?" soal Aafiya. Pelik bila dia datang ke sini suasana sedikit sunyi. Biasanya bingit dengan suara adik-adiknya.

"Tu hah! Panjang umur. Baru balik dari mengaji,"

"Kak Fiya!!" Jerit seorang kanak-kanak lelaki yang baru mencecah umur empat tahun. Haziq namanya. Kanak-kanak yang paling banyak celoteh. Dan paling aktif juga.

"Haziq!" Aafiya turut sama menjerit. Melutut atas tanah sambil mendepakan tangan. Hanya dalam beberapa saat kanak-kanak itu sudah berada di dalam pelukannya. Dipeluk dan dicium dengan sepenuh hati. Sumpah dia sayang kesemua anak-anak yatim ini.

"Haziq sihat, sayang?"

"Sihat. Hari ni Haziq dah boleh baca alif ba ta tau Kak Fiya," comel saja Haziq berceloteh. Suka bercerita seperti selalu.

"Iya, Alhamdulillah. Pandai Haziq!" kepala Haziq digosok perlahan. Kemudian kesemua adik-adiknya yang lain datang menyalami dia dan Amar. Satu persatu, empat orang kanak-kanak itu diperhati oleh Aafiya dengan penuh rasa kasih. Mula-mula pandangannya jatuh pada wajah mulus Fatihah, si kakak yang paling sulong, seorang kakak yang penyayang, dah masuk darjah enam tahun ini. Kemudian, matanya beralih pula pada Haiqal, si sulong lelaki, anak kedua yang dah masuk darjah empat. Sedikit nakal tapi paling menjaga adik-adiknya. Manakala Fadila anak ketiga dalam keluarga, baru masuk darjah satu tahun ini agak pasif kalau nak dibandingkan dengan yang lain. Dan akhirnya Haziq yang masih dalam pelukannya. Adik yang paling bongsu, yang paling tidak mengerti apa sebenarnya yang telah terjadi satu ketika dulu. Dah besar dah mereka. Cepat sunguh masa berlalu. Tiga tahun. Tiga tahun hubungan mereka terjalin.

"Dah lama Kak Fiya tak datang. Kak Fiya sibuk ya?" Fatihah bertanya setelah dia diajak naik ke atas rumah. Melabuhkan punggung di atas kerusi yang sudah sedikit usang. Amar dan adik-adik lelakinya pula masih berada di bawah. Mungkin teruja dengan permainan yang dibawa olehnya dari KL.

"Maaf, sayang. Kak Fiya sibuk sikit," jawab Aafiya jujur sambil memaut mesra bahu Fadila yang berada dekat di sebelahnya. Melihat wajah sedih Fatihah, rasa bersalah yang ditanggung mula menggunung. Dia tahu, adik-adik dia rindukan dia sama seperti dia. Bila dia pandang Fadila, adiknya itu sudah memeluk pinggangnya erat, membuatkan dia dilanda perasaan sebak.

"Tihah rindu. Adik-adik pun rindu Kak Fiya. Hari-hari mereka tanya, bila Kak Fiya nak datang sini lagi," luahan hati Fatihah hampir-hampir membuatkan Aafiya mengalirkan air mata. Namun ditahannya.

"Kak Fiya tahu, Kak Fiya pun rindu Tihah...rindu Dila...rindu semua adik-adik. Tapi Kak Fiya sibuk sangat sayang. Kak Fiya janji lepas ni, Kak Fiya cuba luangkan masa datang sini lebih kerap, ok?"

"Jangan dimanjakan sangat mereka ni Fiya. Kalau Fiya sibuk, tak payahlah datang. Nek Pah faham. Budak-budak ni pun faham sebenarnya. Fiya ada kerja Fiya sendiri kat KL. Kalau ada masa lapang, Fiya datanglah. Insya-Allah budak-budak ni akan sentiasa tunggu kedatangan Fiya," Nek Pah tiba-tiba muncul sambil mendulang minuman sejuk lalu diletakkan di atas meja kecil di suatu sudut ruang tamu.

"Itulah Nek Pah. Kalau ikutkan hari-hari Fiya nak datang sini. Tengok adik-adik. Tapi kerja kat KL tu tak pernah nak habis. Tapi Insya-Allah lepas ni, Fiya akan selalu datang. Kesian adik-adik. Nak juga bawa mereka jalan-jalan pergi bandar. Beli mana-mana barang-barang sekolah yang tak cukup. Biar mereka pilih sendiri. Baru mereka puas hati," ujar Aafiya lantas mencium ubun-ubun Fatihah dan Fadilah yang berada di kiri kanannya.

"Insya-Allah. Kalau Fiya tak sibuk. Fiya datanglah. Lagipun barang-barang sekolah yang Fiya beli dulu tu masih ada lagi. Jangan risau. Jemput minum Fiya," pelawa Nek Pah. Duduk di salah sebuah kerusi sambil merenung ke wajah gadis muda yang telah banyak berjasa kepada mereka sekeluarga. Dia akui, kehadiran Aafiya dalam keluarga ini telah memberikan impak yang besar kepada cucu-cucunya. Apatah lagi setelah bergelar anak yatim piatu. Aafiya melayan cucu-cucunya bagaikan adik kandung sendiri. Cucunya pula sudah menyayangi Aafiya seperti kakak sendiri. Jauh di sudut hati, ada tersimpan rasa bersalah dan serba-salah. Aafiya dah banyak bersusah untuk mereka. Sedangkan gadis itu sebenarnya tidak ada kena mengena langsung dengan keluarga ini. Malah gadis itu juga tidak ada kena mengena dengan apa yang telah terjadi. Tapi kehadiran gadis itu bagaikan anugerah Tuhan buat mereka sekeluarga. Tak pernah sekalipun dia terlupa untuk memanjat rasa syukur dengan kehadiran Fiya dalam keluarga ini.

"Tok Mak! Tengok! Besar tak mainan yang Kak Fiya belikan untuk Haziq?" Haziq tiba-tiba muncul. Membawa kereta mainan yang dibeli khas untuk dia. Hanya Haziq yang masih belum bersekolah. Jadi mainan itu hanya dibeli buat Haziq seorang. Manakala adik-adiknya yang lain, Aafiya lebih suka belikan buku ataupun apa saja bahan bacaan untuk membantu mereka dalam pembelajaran.

"Haziq dah ucap terima kasih belum pada Kak Fiya?" soal Nek Pah. Turut sama gembira.

"Belum. Terima kasih Kak Fiya!"

"Sama-sama. Adik-adik akak free tak petang nanti. Apa kata petang nanti kita pergi tunggang kuda nak?" pelawa Aafiya. Dia tahu, adik-adiknya tidak akan sesekali menolak. Aktiviti itu sudah seperti satu kewajipan setiap kali dia datang ke sini. AS Equest yang sememangnya terletak tidak jauh dari rumah mereka membuatkan Aafiya mudah membawa adik-adiknya ke sana. Siapa sangka kat sini pun ada tempat tunggang kuda. Ekuestrian dalam kampung yang diasaskan oleh anak muda yang dikenali sebagai Azuan memang dikhaskan untuk orang kampung atau orang luar untuk belajar cara-cara menunggang kuda.

"Nak!" serentak adik-adiknya bersuara. Haziq dah melompat-lompat kegembiraan manakala yang lain bertepuk tangan tanda keterujaan mereka. Aafiya yang melihat turut rasa senang hati. Semoga Allah sentiasa merahmati keluarga ini.

ZER & FIYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now