BAB 33

371 22 0
                                    

BAB 33

Hampir terlompat keluar jantung Qaizer apabila tersembul wajah Humaira depan pintu bilik. Belum sempat Humaira nak masuk dia terlebih dahulu keluar! Nak benarkan Humaira masuk! Tak mungkin. Bukan sebab dia segan, tapi orang dalam rumah ni tahu pantang dia yang satu ini. Tak ada sesiapapun dibenarkan masuk ke dalam bilik dia kecuali ummi. Ummi sendiri pun minta kebenaran dia dulu. Sejak zaman sekolah lagi kut dia macam ni. Dia sendiri tak tahu kenapa. Apa yang dia tahu, bilik tidur dia adalah tempat yang paling peribadi. Tak ada sesiapapun yang boleh kacau. Dia sendiri yang guna, dia sendiri juga yang akan kemas. Orang luar hanya dibenarkan setakat pintu bilik sahaja.

"Aira nak apa?" soal Qaizer sedikit gugup. Dia sendiri tak tahu kenapa dia harus berperasaan begini. Sejak semalam dia tak sedap hati dengan kepulangan Humaira. Bukan dia tak suka bila Humaira ambil keputusan untuk tinggal semula di rumah ini tetapi sejak semalam dia rasa Humaira dah lain. Lain sangat. Sangat berbeza kalau nak dibandingkan dengan Humaira yang dulu.

"Abang Rafiq ada kat bawah," beritahu Humaira dengan senyuman manis di bibir.

"Oh!" Qaizer terus meninggalkan Humaira dan melangkah untuk turun ke bawah. Sedikitpun dia tak toleh ke belakang pandang Humaira.

Humaira mengeluh perlahan. Dia tahu, dalam diam Qaizer sedang mengelak dari bertembung dengannya. Betullah! Memang Qaizer dah berubah. Qaizer yang penyayang dulu dah tak ada. Mesti semua tu disebabkan perempuan yang dia jumpa tempoh hari. Siapa sebenarnya perempuan tu masih menjadi tanda tanya.

"Bro! Macam mana kau boleh sesat ni? Tak call aku pun," lega. Itulah yang Qaizer rasakan saat ini. Walaupun kedatangan Rafiq sedikitpun tidak diduga tetapi dia rasa nak berterima kasih kepada sahabat baiknya itu. Kena pada masanya! Rasa cukup semula udara untuk dia bernafas.

"Aku call...tapi tak dapat. Kau off hanset ke apa? Aku kebetulan lalu kawasan ni, itu yang singgah sekejap. Ingat nak jumpa dengan ummi dan ayah. Tapi orang gaji kau kata mereka tak ada kat rumah."

"Hari Ahad macam ni biasalah, ummi selalu pergi rumah anak-anak yatim. Ayah pula ada hal kat luar. Allah...tadi bateri phone aku habis tapi aku lupa nak cas la pulak. Ingat nak cas lepas solat Asar tadi tapi lupa terus. Kau dah Asar ke?" soal Qaizer.

"Dah! Weh! Jom lepak luar. Macam sunyi je. Petang-petang ni lepak dalam kebun bunga ummi pun best juga," ajak Rafiq. Dah lama sebenarnya dia tak ke sini. Rindu sangat dengan rumah kedua dia ni. Dulu, kalau balik bercuti, dia banyak habiskan masa di rumah Qaizer. Ayah dan ummi Qaizer pun jenis yang tak kisah, malah mengalu-alukan kedatangannya. Hinggakan dia sendiri dah anggap ummi dan ayah Qaizer macam mak ayah sendiri.

Qaizer dan Rafiq sama-sama melabuhkan punggung di atas kerusi kayu yang ada di 'kebun bunga ummi'. Itu panggilan dia dan Rafiq sejak dulu. Sebab dalam taman kecil ni ada macam-macam jenis pokok bunga. Banyak sampai ada setengah daripadanya dia sendiri pun tak kenal dan tak tahu nak menyebutnya. Hobi ummi apabila berada di rumah.

"Sejak bila Aira balik? Kau tak beritahu aku pun?" tanya Rafiq. Terkejut juga tadi apabila dia disambut oleh gadis itu di muka pintu.

"Semalam. Aku sendiri pun terkejut. Sejak dia kantoi dengan aku hari tu, mana pernah aku jumpa dia lagi. Pandai sungguh dia sembunyi. Tapi alih-alih semalam muncul. Minta maaf segala," Qaizer gosok perlahan lehernya. Resah semacam bila topik mengenai Humaira disentuh. Ya Allah! Apa yang tak kena dengan dia. Memang dia tak selesa sangat. Sedangkan itu yang dia harapkan selama bertahun-tahun demi kebahagiaan ummi.

"Alhamdulillah. Mungkin dia dah sedar kut kesilapan dia. Syukurlah dia dah tak merajuk lagi,"

"Merajuk? Untuk apa? Bagi aku sampai sekarang aku tak boleh terima sebab utama dia keluar dari rumah ni. Merajuk sebab tahu hakikat sebenar? Dia nak salahkan siapa sebenarnya?" rengus Qaizer. Sampai sekarang dia tak puas hati sikap tak matang Humaira. Humaira bukannya budak lagi nak merajuk sampai bertahun-tahun. Muda setahun daripada dia saja pun.

ZER & FIYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now