BAB 80

420 20 0
                                    

BAB 80

"Haziq tak suka dengan abang tu," Haziq separuh merengek. Aafiya mengeluh. Tak sangka peristiwa malam tu masih menghantui anak kecil ini.

"Sayang...Itu kan Abang Zer. Haziq dah tak kenal dengan Abang Zer ke? Haziq pernah tunggang kuda dengan dia kan?" Aafiya cuba memujuk. Dia tidaklah kejam sangat. Hal dia dengan Qaizer tak ada kena mengena dengan orang lain termasuklah Haziq. Lagipun dia sendiri pun dah lupakan perkara itu. Marahnya pada Qaizer langsung tak ada kena mengena dengan peristiwa malam itu walaupun dia yakin sangat Qaizer tak tahu akan hakikat itu. Dia tahu Qaizer tetap menganggap marah dia ada kena mengena dengan peristiwa malam itu.

"Tahu. Dia jahat. Dia pukul Kak Fiya...Haziq tak suka dia!"

"Haziq sayang...hari tu dia tak sengaja. Dia dah minta maaf dengan Kak Fiya. Kak Fiya dah maafkan dia dah pun. Lagipun hari ni kan hari raya. Kita tak boleh marah-marah. Kena bermaaf-maafan." Aafiya menyambung pujukannya. Walaupun bila diamati semula kata-kata itu seakan-akan tuju kepada diri sendiri.

"Kalau dia marah-marah lagi macam mana?" Adeh! Pening juga Aafiya nak berikan jawapan. Lagipun kanak-kanak yang berumur empat tahun macam Haziq sebenarnya dah tahu banyak perkara. Dah tahu membezakan yang mana salah dan mana pula yang betul. Tambah-tambah Haziq terlalu petah dalam berbicara, tutur katanya jelas. Mudah difahami dan tidak pelat seperti kebanyakan kanak-kanak yang lain.

Aafiya tenung wajah Haziq. Tangan mengelus perlahan pipi anak kecil itu. Sejenak, batang tubuh Aafiya yang sedang melutut dipeluk erat oleh Haziq secara tiba-tiba. Aafiya terkedu.

"Sayang...kenapa ni?" soal Aafiya lembut.

"Haziq sayang Kak Fiya...Haziq takut kalau abang tu pukul Kak Fiya lagi," telinga Aafiya dah menangkap suara tangisan Haziq. Ya Allah! Sampai macam ni sekali ke trauma Haziq? Dia dah hilang kata. Dah buntu bagaimana untuk terus memujuk sehinggalah dia nampak batang tubuh Qaizer yang tiba-tiba muncul depan dia. Dengan wajah yang sugul, Aafiya tahu Qaizer dengar perbualan dia dengan Haziq.

Perlahan-lahan Qaizer turut sama melutut depan Aafiya. Pandang Haziq yang masih erat dalam pelukan Aafiya.

"Haziq," seru Qaizer perlahan.

"Tak nak! Kak Fiya...Haziq tak nak!" Pelukan Haziq semakin kemas. Suara tangisannya semakin kuat. Sedikitpun kanak-kanak itu tak menoleh pandang Qaizer. Macam takut sangat.

"Haziq...abang minta maaf. Abang janji abang takkan marah-marah dah pukul Kak Fiya lagi. Haziq maafkan abang ye?" perlahan tangan Qaizer mendarat di atas belakang Haziq. Menggosok perlahan belakang anak kecil itu. Aafiya serba-salah. Kesian pula dia tengok raut wajah Qaizer saat itu. Seribu penyesalan jelas terlihat. Dan Aafiya tahu Qaizer benar-benar menyesal dengan apa yang terjadi.

"Haziq...Haziq jangan macam ni, sayang. Abang Zer kan dah minta maaf tu. Haziq maafkanlah Abang Zer ye? Haziq kan sayang Abang Zer. Haziq pernah beritahu Kak Fiya kan Haziq sayang Abang Zer?"

"Haziq...abang minta maaf ye dik, Haziq maafkan abang ye?" Qaizer masih belum mengalah untuk terus memujuk. Perlahan-lahan dia cuba tarik Haziq yang masih kemas dalam pelukan Aafiya. Mula-mula kelihatan Haziq tak mahu mengalah, setelah beberapa kali dia terus menerus menyeru lembut nama anak kecil itu, perlahan-lahan Haziq leraikan pelukan dan pusingkan badan mengadap dia.

"Abang janji abang tak buat lagi?" soal Haziq polos.

"Abang janji!" Qaizer angkat tangan kanan dia. Seakan-akan sedang berikrar.

"Janji takkan pukul Kak Fiya lagi?"

Sesaat Qaizer tersentak. Pantas merenung Aafiya sebelum kembali mengangguk beberapa kali. Ya Allah! Rasa nak ketuk kepala sendiri saat ini. Inilah padahnya kalau ikut sangat dengan nafsu marah. Anak kecil sebesar Haziq pun benci dengan tindakan bodoh yang dia lakukan itu. Apatah lagi Aafiya. Kalau tidak, takkan sampai sekarang Aafiya masih enggan memaafkan dia.

"Abang janji lepas ni Abang tak pukul Kak Fiya lagi. Abang janji dengan Haziq, lepas ni abang akan sayang Kak Fiya betul-betul. Abang pun sayang Haziq juga. Haziq tak marah abang lagi kan?" soal Qaizer ragu-ragu. Manalah tahu kalau Haziq masih enggan maafkan dirinya. Jenuh dia. Kalau Haziq tak terima dia, jangan terkejut kalau Aafiya pun takkan terima dirinya. Dia kenal Aafiya. Kalau diberi pilihan antara dia dan adik-adik dia. Aafiya takkan teragak-agak untuk pilih adik-adik dia. Itu kelebihan Aafiya yang buat dia mahu memiliki gadis itu sepenuh hati. Kalau malam ini, dia masih tak berjaya pujuk Haziq, jangan harap segala perancangan yang bermain dalam kepala akan berjalan dengan lancar.

"Haziq..." buat kali terakhir Qaizer menyeru nama anak kecil itu, dan tanpa dipinta, dalam masa sesaat, anak kecil itu sudah memeluknya dengan erat. Qaizer lega. Membalas pelukan tersebut dengan penuh rasa syukur.

Aafiya senyum. Sungguh, hati dia tersentuh melihat semua itu. Ketulusan pada wajah Qaizer, kejujuran dalam tutur kata Haziq benar-benar menyentuh hati wanitanya. Allahuakbar! Lega sangat.

"Nanti abang bawa Haziq naik kuda macam hari tu ya? Kita naik laju-laju. Kak Fiya tak pandai naik kuda laju-laju!"

Amboi! Tak sampai seminit. Dah mula mengadu! Siap banding-banding lagi. Haila! Sungguhlah! Kanak-kanak memang tak pandai menipu. Aafiya bangun. Tak terasa pun dengan kata-kata Haziq. Malah dia lega sangat-sangat. Lapang dada dia.

"Ok! Nanti kita naik laju-laju ya. Kak Fiya mana pandai tunggang kuda macam abang. Dia pandai naik motor laju-laju je!" balas Qaizer sambil menjeling ke arah Aafiya.

"Tak nak naik motor.... takut. Kak Fiya hari tu dah jatuh motor dah! Darah-darah!"

"What? Sayang you tak beritahu I pun! Bila? Kat mana? Teruk ke?"

"Tak payah nak bersayang-sayang sangat Encik Qaizer...Haziq dah maafkan awak tak bermakna status kita berdua pun bertukar juga tau! Haziq dah tak marahkan awak, tak bermakna marah saya pada awak pun dah hilang juga!" Aafiya berbisik perlahan ke telinga Qaizer. Risau kalau Haziq mendengar. Dalam hati geram tiba-tiba. Tak payah nak tunjuk ambil berat sangat boleh tak? Tiga bulan dia hilang tanpa khabar berita, boleh pula buat-buat terkejut macam tu. Eh! Geram sungguhlah!

"Sayang..."

"Haziq...jangan lama-lama kat luar tau. Sejuk ni, sayang. Nanti demam. Kak Fiya masuk dulu ya," sempat Aafiya menitipkan pesan buat Haziq sebelum melangkah masuk meninggalkan Qaizer dengan perasaan tak puas hati. Padan muka! Buat lagi aku marah!

ZER & FIYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now