BAB 51

366 19 0
                                    

BAB 51

Aafiya garu kepala sendiri. Lepas parking kereta di 'basement' bangunan syarikat Qaizer dia jadi serba-salah tiba-tiba. Dah kenapa dia boleh sampai ke sini? Datang tak beritahu pula tu. Betul ke tak dia ni? Apa yang ada kepala dia saat dia ambil keputusan untuk ke sini. Ah! Dia pun dah berjangkit penyakit Qaizer juga ke? Rindu? Dah sudah! Payah kalau baru nak kenal rasa cinta ni.

"Sekarang waktu lunch...anggap saja aku nak ajak dia lunch sekali. Tak salah kut," Aafiya keluar dari lift. Singgah sekejap ke lobi sebelum dia keluarkan telefon dari beg tangan untuk menelefon Qaizer. Tak manis pula kalau dia terus ke pejabat lelaki itu. Qaizer bukan sebarangan orang dekat sini. Bos besar. Rasa agak melampau kalau dia main terjah nak jumpa Qaizer tanpa memberitahu terlebih dahulu. Namun belum sempat dia mencari nombor telefon Qaizer, dia nampak lelaki itu beriringan dengan seorang gadis. Gadis yang sangat seksi. Dan gadis itu...Oh my! Macam mana minah ni boleh tersesat bersama Qaizer ni?

Hati dah rasa lain tiba-tiba. Melly? Melly dengan Qaizer? Bersama-sama. Berbual mesra macam dah lama sangat kenal. Alahai! Padan muka sendiri! Siapa suruh datang sini? Tak pasal-pasal ternampak perkara yang tak sepatutnya. Dan tak pasal-pasal juga hati dia macam sakit je sikit-sikit. Ok! Kali ini dia mengaku dia cemburu melihat kemesraan tersebut. Tapi tak adalah tahap nak menuduh Qaizer menggatal ataupun curang! Itu jauh sekali. Sekadar berbual mesra macam tu, takkan dah nak tuduh curang. Melampau tu!

Sekarang ni dia dah serba-salah. Berdiri lama sambil mencongak apa yang harus dia lakukan. Nak balik ataupun nak pergi jumpa Qaizer juga. Kalau dia balik, mesti perkara ni akan buatkan kepala dia berserabut sepanjang hari. Akhirnya kaki menapak maju ke depan. Masuk ke dalam cafe yang sama dengan Qaizer. Kepala melilau mencari kelibat lelaki itu.

"Hai, you!" Aafiya pun dah jadi macam Qaizer. Sekadar ber'hai' bila menegur. Itu saja yang terlintas dalam kepala. Takkan dia nak buat macam terserempak pula dengan lelaki ni. Nampak sangat tak logik nanti. Dah terang-terang dia sekarang dalam bangunan pejabat milik Qaizer. Buat apa dia kat sini kalau bukan nak jumpa Qaizer.

"Fiya?" pantas Qaizer bangun. Mata terbuka luas pandang buah hati yang tiba-tiba muncul. Aafiya buat apa kat sini? Jumpa dia? Ataupun dia ada berjanji dengan Aafiya tapi dia lupa? Eh! Takkan dia boleh lupa kalau dah berjanji dengan buah hati. Tapi kedatangan Aafiya buat dia rasa senang hati pula. Aafiya macam tahu-tahu saja dia tengah tanggung rindu. Nampak sangat 'tenat' kena penangan cinta. Baru jumpa semalam hari ini dah rindu bagai nak rak.

"Hai Fiya," Melly yang duduk di depan Qaizer menegur.

"Hai," balas Aafiya. Gila! Qaizer boleh duduk minum dengan perempuan ni. Dia nak lepak dengan perempuan ni sepuluh minit pun dah merana jiwa dan raga. Tertekan. Oh! Lupa! Dia perempuan, Qaizer lelaki. Lelaki...dalam tak semua lelaki sama, tapi dalam hal yang berkaitan dengan nafsu yang satu itu, rasanya majoriti tetap sama.

"You I nak cakap dengan you kejap boleh?" pinta Aafiya. Qaizer angguk. Minta diri lantas melangkah mendapatkan Aafiya yang sudah sedikit menjauh dari meja yang diduduki olehnya.

"Kenapa dia boleh ada dengan you?" Aafiya pandang wajah Qaizer. Kemudian sengetkan kepala sedikit intai perempuan gedik yang terlindung di belakang Qaizer.

"Sayang....I boleh jelaskan," jawab Qaizer tenang. Dia tak buat salah. Buat apa dia nak takut. Cuma cuak sedikit, risau buah hati dia salah faham lepas tu merajuk. Tapi dia tahu Aafiya bukan jenis perempuan yang akan terpengaruh dengan babak drama Melayu ni.

"Tak perlu nak jelaskan apa-apa pun. I cuma nak tahu macam mana dia boleh ada dengan you?" Aafiya cuba berlagak tenang. Tapi nada suaranya kedengaran sinis. Bila ada sedikit rasa ragu denga sendiri suara dia kedengaran sebegitu.

ZER & FIYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now