BAB 60

412 21 0
                                    

BAB 60

"Cantiknya bakal isteri I malam ni," itu ayat Qaizer apabila mereka ditinggalkan berdua. Sejak tadi Qaizer sibuk melayan tetamu. Sejak Aafiya sampai, sehinggalah habis solat hajat dan bacaan doa, dia masih belum sempat berbual-bual dengan buah hati pengarang jantung dia ni. Rindu ok! Makin dekat makin menggebu pula rasa rindu. Dahsyat!

Aafiya buat-buat senyum. Nak perli la tu! Tahulah dari tadi dia asyik duk tarik selendang yang asyik terlucut dari kepala. Rasanya tak sempat majlis selesai, selendang dia bakal hilang entah ke mana.

"Kenapa? Tak percaya? Betullah sayang...you cantik sangat malam ni. Manis. First time I tengok you berbaju kurung macam ni...berselendang," perlahan tangan Qaizer menyentuh selendang yang sejak tadi buat buah hati dia macam cacing kepanasan. Nampak sangat Aafiya tak selesa dengan selendang atas kepala dia tu. Alahai! Tapi bab cantik, bab manis, dia tak tipu. Memang sungguh manis. Adui! Nasib baik dah nak kahwin dua minggu lagi.

"Eh! Simpan sikit-sikit ayat manis you lepas kahwin boleh tak? Nanti tak pasal-pasal bila dah kahwin you dah tak ada modal nak bermulut manis lagi," Aafiya geram. Eleh! Puji konon. Tapi senyuman tu nampak macam nak mengusik. Nak 'membahan' dia macam selalu.

"Oh! Bab lepas kahwin you jangan bimbang sayang...I dah simpan siap-siap segala ayat nak mengayat you. Lagipun dah kahwin, dah halal semua...dah tentu banyak lagi ayat-ayat manis yang boleh I guna masa tu tapi tak boleh guna masa sekarang? Betul tak?" Qaizer dah tersenyum nakal. Yeahh! Nasib Aafiya la dapat suami macam dia. Dengan Aafiya, mulut dia asyik nak mengayat saja.

Muka Aafiya dah memerah. Eh! Dia ni kan. Kalau tak bergurau ke arah 'situ' tak boleh ke? Qaizer ingat bakal bini dia ni 'nerd' sangat. Tak faham segala ayat yang lebih banyak maksud tersirat dari tersurat tu. Aduh! Ini yang dia seram nak kahwin dengan Qaizer. Kepala sendiri pun dah tak betul kalau duk fikir dua minggu lagi dia bakal jadi isteri Qaizer yang sah!

"Ah! Malas la I nak layan you! Mana dah adik-adik I tadi?" leher Aafiya memanjang. Mencari adik-adik dia yang dah hilang dari pandangan mata. Sekali lagi dia diruntun rasa cemas.

"Tadi Amar bawa adik-adik you jumpa Fawwaz! Fawwaz tu kalau you nak tahu, suka budak-budak juga tau. Jangan bimbanglah. Adik-adik ok je," seperti mengerti perasaan Aafiya, Qaizer cuba menenangkan bakal isteri dia ni. Alahai! Siapa cakap gadis kasar seperti Aafiya tak suka budak-budak. Tak pandai nak jaga atau melayan budak-budak. Bukti sudah jelas depan mata. Dan dia juga dapat membayangkan bagaimana Aafiya setelah menjadi ibu kepada anak-anak mereka nanti. Wah! Makin tak sabar.

"Tapi adik you yang sorang lagi tu tak suka budak-budak. Oh! Atau mungkin tak sukakan adik-adik I je," tanpa sengaja Aafiya memerli. Dia tak buta sampai tak boleh nampak yang Humaira tak sukakan adik-adik dia. Sewaktu dikenalkan dengan adik-adiknya dua hari yang lalu, nampak sangat Humaira macam tak puas hati. Nak senyum pada adik-adik pun bukan main susah. Tahulah Humaira bencikan dia, tapi tak payahlah adik-adik dia pun jadi mangsa.

"Sayanggg," suara Qaizer dah mendatar. Tak senang hati mendengar perlian Aafiya.

"Betul la! You jangan kata you tak nampak ek...nak sambut salam adik-adik I pun bukan main susah lagi," Aafiya geram. Sangat geram sebenarnya. Bila ingatkan kata-kata Humaira di pejabatnya dulu, makin menambahkan lagi rasa geram yang ada. Susah nak buat baik dengan perempuan yang tahu hukum tapi buat-buat tak tahu ni. Susah nak terima hakikat yang dia dengan Qaizer tak boleh kahwin! Rasanya Humaira ni sakit jiwa juga kut!

"Iya...I tahu. Tapi abaikan jelah dia tu. Apa yang you kena tahu...I sayang you. I sayangkan adik-adik. Ummi dengan ayah pun suka sangat adik-adik," pujuk Qaizer perlahan. Dalam hal ini dia kena pandai jaga hati semua orang. Hati bakal isteri kena jaga, dan hati Humaira pun kena jaga juga. Lagipun dia tak nak ummi susah hati lagi kalau Humaira tiba-tiba merajuk dan ulangi perkara dulu.

"Ya! Tahu!" malas-malas Aafiya menjawab. Dari kejauhan sekali lagi pandangannya berlaga dengan pandangan Humaira. Tiba-tiba. Eh! Dia ni tak ada kerja lain ke? Asyik nak mengintip dia dengan Qaizer je. Tobat, kalau dah kahwin dia takkan duduk kat sini dengan Humaira. Dia akan pastikan Qaizer bawa dia tinggal di rumah lain. Duduk sini jawabnya tak adalah privacy!

"I nak masuk kejap. You ok je kan?" tanya Qaizer.

"Jangan bimbang pasal I la...I ok je. Lagipun takkan I asyik nak berkepit dengan you je...dah macam tak menyempat-nyempat," Aafiya menjeling. Dia sebenarnya bukan selesa sangat kalau duduk berdua-duaan dengan Qaizer. Tambah-tambah malam ni. Dia rasa segala gerak-geri dia diperhati, menjadi tumpuan ke mana saja kaki melangkah. Yang memuji tak apalah, tapi ada juga yang pandang pelik. Oh! Lupa...semua perempuan sebelah keluarga Qaizer bertudung! Diulangi bertudung penuh. Dia? Alahai! Sengan tiba-tiba. Adui! Ini lagi parah. Segan dengan manusia tapi tak 'segan' dengan Tuhan! Sila insaf sikit Aafiya oi! Tiba-tiba hati kecilnya berbisik sendiri.

"Eh! Betul la tu...I memang tak sabar gila dah pun...rasa macam...Aduh!" belum sempat Qaizer menghabiskan ayatnya, tangan Aafiya terlebih dahulu mendarat di lengannya. Kali ini cubitan manja pula. Nampaknya bakal bini dia dah mula cubit-cubit sayang ni! I like!

"Sebelum bercakap...tolong malu sikit dengan baju Melayu dan songkok atas kepala you tu!" Geram betul! Nasib baik manusia ramai dan dia masih mampu kawal suara.

Qaizer sekadar mengekek ketawa. Melangkah meninggalkan Aafiya dan sempat juga mengenyitkan mata. Tapi tak bagi kesan apa-apa pada Aafiya pun. Sekarang ni dia lebih bimbangkan adik-adik dia. Bimbang sangat. Keresahan kian menghimpit. Kenapa ni? Pantas kaki disusun menuju ke arah kolam renang. Kali terakhir dia nampak adik-adik dia ada di situ.

ZER & FIYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now