PROLOG

465 26 0
                                    

Siapa aku?

Fikiran aku kosong.

Malah, tiada apa-apa yang datang menjelma di fikiran aku. Memori aku seakan-akan hilang tanpa dikesan.

Mata memerhati kelibat seorang lelaki berumur yang sedang menyediakan makanan dengan aku. Bibirnya kekal tersenyum sejak aku sedar. Namun, mata itu  kelihatan seperti menyimpan beribu kesedihan.

Mungkinkah kerana mendapat berita aku kehilangan ingatan aku?

Lelaki berumur itu menyatakan bahawa dia merupakan ayah kandung aku. Aku langsung tidak memberikan sebarang reaksi. Aku tak kenal lelaki ini. Walaupun aku merasa dekat dan selamat bersamanya, tetapi aku langsung tidak dapat mengingatnya.

Masih segar di fikiran aku betapa kecewanya wajah itu setelah mengetahui aku langsung tidak mengenalinya. Aku bukan sahaja tidak mengingatinya, diri aku sendiri pun aku tidak ingat.

Lelaki yang bergelar ayah aku itu memanggil aku Mawar. Mawar Esmeray. Awalnya aku pelik. Kenapa nama aku begitu? Apa maksud di sebalik nama aku? Rupanya, Mawar itu bersempena dengan bunga kegemaran arwah ibu aku.

Esmeray pula bermaksud "dark moon" dalam bahasa Turki. Kenapa Turki? Ayah bercerita pada aku yang ibu aku berdarah campuran Melayu-Arab-Turki. Gabungan yang unik. Lagi satu sebab kerana, ibu sangat sukakan bulan. Jadi aku dapat andaikan nama aku ini wujud kerana kesukaan ibu aku.

Aku percayakannya. Dia ayah aku. Mungkin aku tidak mengingatinya, namun hati aku selalu mengingatinya.

Sepanjang perjalanan pulang kami ke rumah, ayah banyak menceritakan kehidupan kami sebelum ini. Salah satunya berkenaan ibu. Ibu pergi saat aku berumur 10 tahun akibat kanser hati. Sudah 16 tahun ibu pergi meninggalkan kami. Aku anak tunggal, jadi sekarang hanya aku dan ayah sahaja yang tinggal.

Aku juga menyoal berkaitan dengan rantai perak yang memang sedia ada tersarung pada leher aku. Terdapat ukiran huruf "MM" pada rantai ini. Bukankah sepatutnya "ME" mengikut nama aku? Atau mungkin itu juga sebahagian daripada apa yang ibu suka dahulu? Coklat M&M?

Namun begitu, aku langsung tidak dapat mengingati apa-apa. Aku cuba untuk menggali kembali memori aku, tetapi hampa. Bayangan kosong saja yang menjelma.

Dua minggu berlalu.

Dan aku masih kekal begini. Berkali-kali aku cuba mengingat perkara yang aku lupa, namun jawapannya tetap hampa. Aku tidak mendapat apa-apa melainkan sakit kepala.

Aku yakin ada sesuatu atau mungkin seseorang yang penting hilang daripada aku. Kalau tak...

Aku tak akan menangis setiap kali berjaga pada pukul 3 pagi kerana mimpi itu.

"Sayang."

Dan setiap kali itulah, aku akan memegang dada aku yang terasa sakit. Sakit seperti kehilangan sesuatu yang besar. Adakah sebenarnya aku kehilangan orang yang paling aku sayang?

Ibu kah?

Tapi suara itu... suara seorang lelaki.

Suara lembut itu...

Yang paling mengesankan aku, perkataan sayang itu.

Mengapa aku dipanggil sayang?

Perkataan itu seakan-akan memberikan kesan yang besar pada aku.

Tapi kenapa?

Siapa suara serak yang selalu menjelma di mimpi aku?

Sayangnya, hanya suara sahaja yang aku dengari. Wajah pemilik suara itu langsung tidak menyinggah di mimpi aku.

                                             to be continued ...

Happy reading ❤️

Can I ask for a vote? 👉👈

                      

MIEN ESMERAYWhere stories live. Discover now