ME : 09

146 16 0
                                    

HARI pertama aku di rumah baru aku bermula pada hari Khamis, tepat lepas waktu maghrib. Setakat ni, masih lagi biasa. Baru beberapa jam je aku di sini. Aku hanya setia bermain dengan si kembar. Lepas mereka tidur, aku pun masuk bilik. Tapi aku tak tidur. Aku sikit pun tak rasa mengantuk.

Walaupun baru je jumpa mereka ni, aku memang dah jatuh sayang yang teramat dengan si kembar ni. Feeling jadi kakak kejap. Ya lah, aku kan anak tunggal. Mana merasa ada adik macam ni. Adik beradik kat teratak tu semua dah besar-besar.

Ops, Kecuali Cahaya. Apalah khabar mereka di Teratak tu ya? Rindu pula aku. Nasib baiklah tinggal esok dah jumaat. Sabtu aku gerak balik Teratak!

Aku merenung siling bilik baru aku. Kosong. Di fikiran aku cuma ada ayah. Belum apa-apa aku dah rindu ayah. Macam mana aku nak bertahan lagi sebulan dekat sini? Aku terkilan sebenarnya. Aku ingin luangkan masa lebih dengan ayah semalam. Tapi ayah balik lambat. Katanya berjumpa kawan. Apa yang penting sangat dengan kawan dia tu?

Asyik kawan, kawan dan kawan.

Tapi ayah tetap ayah. Kalau aku tanya siapa pun, jawapan ayah mesti,

"Bukan Mawar kenal siapa pun." Memang aku tak kenal. Cuma kadang-kadang aku rasa musykil. Ayah ada sorokkan apa-apa daripada aku ke? Aku menggeleng kepala laju. Tak mungkinlah. Mungkin aku terlalu banyak berfikir.

Sedang aku berangan, pintu bilik aku diketuk daripada luar. Terus aku duduk daripada perbaringanku.

"Mawar, Dhia masuk ni." Pintu dikuak daripada luar tanpa menunggu keizinan aku. Nasib baiklah kau perempuan. Kalau lelaki, dah lama kena sepak dengan aku.

"Mawar dah nak tidur ke tadi?" Dhia mengambil tempat di sebelah aku. Aku geleng kepala.

"Taklah, Mawar tak rasa mengantuk pun." Dhia senyum.

"Mawar rindu ayah Mawar eh?" Tebaknya.

"Mestilah Mawar rindu. Walaupun baru je beberapa jam ayah pergi, Mawar dah mula rindu dia. Ye la, Mawar mana pernah berpisah dengan ayah. Ni tiba-tiba sebulan tak jumpa. Mawar tak biasa." Luahku.

"Sebulan je. Mawar kenalah tahan rindu tu dulu eh?" Aku tiada balasan untuk itu. Sudahnya aku hanya mengangguk.

"Erm Dhia." Aku memanggilnya.

"Sebelum ni... Dhia pernah kenal Mawar ke?" Badan Dhia mengeras mendengar soalan aku.

"K-Kenapa Mawar tanya?" Dhia menyoal semula dengan nada yang gugup.

"Tak lah, Mawar cuma terfikir je. Mama, papa, Dhia dengan Daniel ingat Mawar. Mawar kan tak ingat korang, jadi Mawar nak tahu lah." Ujar ku. Dhia membetulkan duduknya. Nampak ketidakselesaannya di situ.

"Oh, err uncle Erwan kan kawan papa. Selalu juga uncle datang sini. Dulu, Mawar ikut sekali juga. Sebab tu lah kitaorang kenal Mawar." Jelasnya. Tapi aku masih tak puas hati. Seringkas itu ke ceritanya.

"Jadi, semua memang dah pernah jumpa Mawar lah?" Dhia mengangguk.

"Tapi kenapa Dhia dengan Daniel macam tak kenal Mawar waktu Mawar langgar korang hari tu?" Wajah Dhia bertukar gelisah.

"I-Itu sebab- sebab ha! Sebab papa cerita Mawar tak ingat sesiapa. Jadi Mawar mesti tak ingat kitaorang kan. Takkan Dhia nak tegur Mawar tiba-tiba kot kan? Macam tiber sangat je kan..." Ada betulnya juga tu. Kalau dia tegur aku pun, mesti kerutan dahi aku je dia dapat.

"Kalau semua kenal Mawar, kenapa Mien macam tak kenal Mawar? Mawar tegur dia pun tak layan." Perkara itu masih mengganggu fikiran aku.

"Along memang macam tu. Bukan dengan Mawar je, dengan Dhia, abang ngah semua pun dia cakap nak tak nak je." Jelas Dhia.

MIEN ESMERAYWhere stories live. Discover now