TERAGAK-AGAK aku ingin mengetuk pintu bilik ini. Dekat 10 minit juga aku berdiri di sini dan merenung bagai nak tembus pintu bilik depan aku ini. Ingin ketuk, tapi rasa macam tak perlu pula.
Tapi di tangan aku ni...
Aku gagahkan hati untuk mengetuk pintu bilik itu. Tiada balasan. Memang selalu kena macam ni. Ada orang pun macam tak ada orang.
"Saya masuk eh?" Tanpa melengahkan masa, aku menguak pintu daripada luar. Kita main redah je. Empunya tuan bilik ni memang tak akan buka pintu ni. Lagi-lagi kalau aku yang depan pintu ni. Aku pun tak tahu kenapa aku berani betul masuk dalam bilik ni macam tu je. Dah dihalau pun, tetap aku ke sini untuk juga.
Aku berdehem seketika. Cuba menarik perhatiannya.
"Erm Mien." Panggilku. Tapi haram, dia tak menoleh langsung pandang aku. Tumpuannya hanya pada buku yang berada di tangannya. Aku kerling sekejap pada Mia dan Mizal yang duduk bermain di atas katil.
Haih, apasal lah mereka berdua ni selalu dalam bilik ni? Aku nak main dengan diaorang pun susah. Tapi bagus juga. Daripada aku dan Mien saja di dalam bilik ni. Macam tak manis lah pula.
Bekas di tangan aku genggam erat.
"Saya ada buat pau lebih tadi. Erm, saya bawa kan sikit untuk Mien. Kalau Mien sudi, Mien makan lah. Sorry kalau tak kena dengan tekak Mien." Barulah kepalanya diangkat dan memandangku. Matanya bertembung dengan mataku.
"M-Mien jangan risau. Saya tak letak racun pun dalam ni." Cepat-cepat aku menjelaskannya. Kalau aku letak racun, tak adanya adik-adik aku dekat teratak tu melantak macam tak pernah makan. Mien hanya kekal diam.
"Apa mimpi kau buat aku benda ni?" Suara dingin itu buatkan aku meneguk liur.
"Tak ada mimpi apa pun. Cuma..." Aku menggaru kepala aku yang berbalut tudung sarung berwarna cream.
"Ini tanda minta maaf saya sebab kelancangan mulut saya semalam. Sumpah saya cakap, tak terniat langsung saya nak cakap macam tu. Saya cuma nak pastikan Mien makan je. Tapi tak taulah pulak mulut saya ni cakap lepas macam tu..." Perlahan suara aku mengatakannya.
"Kenapa benda tu?" Pandangannya dibawa ke arah bekas yang aku pegang. Pandangan aku turut dibawa ke bekas ini.
"Saya pun tak tahu kenapa saya buat pau ni. Tangan gerak sendiri waktu buat. Maybe saya pernah buat kot sebelum ni. Tapi saya tak ingat." Aku tersengih sendirian. Gembira dengan reaksi positif daripada Mien. Walaupun suaranya dingin, tapi sekurang-kurangnya dia tak halau aku macam sebelum ni.
Aku letak bekas itu di meja hadapannya.
"Saya harap Mien sukalah. And again, saya betul-betul minta maaf. Saya harap sangat Mien dapat maafkan saya. Saya keluar dulu. Goodnight." Sebelum aku melangkah keluar, sempat aku singgah ke arah Mia dan Mizal sebelum dahi mereka aku kucup perlahan.
"Assalamualaikum..." Pintu ditutup kembali.
Sebaik sahaja pintu ditutup dengan rapat, Mien menolak kerusi rodanya perlahan-lahan ke arah meja itu. Tangannya mencapai bekas berisi pau itu. Bekas itu dibuka dengan perasaan bercampur-baur. Bekas itu perlahan-lahan dibawa ke hidung. Bau pau dihidu perlahan. Tangannya pula mencapai makanan itu. Digigit sedikit sebelum kunyahannya terhenti.
"It doesn't change..." Gumamnya sendiri sebelum satu bekas itu dihabiskan sehingga licin.
Tanpa tinggal sedikit pun.
YOU ARE READING
MIEN ESMERAY
RomanceONGOING || SLOW UPDATE Mawar Esmeray. Dia hilang ingatan. Dia tak ingat apa-apa tentang dirinya. Dia mulakan hidup sebagai orang baru tanpa mengetahui hidupnya yang dulu. Dia terpaksa tinggal di rumah kawan ayahnya selama sebulan. Hidupnya berubah...