AKU berkira-kira untuk keluar. Dah pukul 11 pagi. Sepatutnya hari ni aku ke Teratak. Memang menjadi rutin mingguan aku untuk ke sana setiap minggu. Tapi, rasa macam tak elok lah pula keluar je tanpa minta izin. Sudahlah aku keluar pagi tadi senyap-senyap. Takkan aku nak buat perkara yang sama sekarang?
Elok saja aku menuruni tangga, aku berselisih dengan Daniel. Langkahku terhenti. Begitu juga dia. Teragak-agak aku ingin memanggilnya.
"Erm, Niel." Langkahnya yang melepasi aku terhenti. Namun dia tak menoleh. Kekal statik di tempatnya.
"Thank you." Barulah dia menoleh memandangku. Jelas kerutan di dahinya menandakan yang dia tak faham.
"Untuk pagi tadi." Barulah hilang kerutan dahinya itu. Tapi dia langsung tak membalas. Hanya mengangguk dan terus melangkah pergi. Tak sempat aku nak berbual panjang dengannya.
Siot, aku kena palau. Selek punya Niel!
Aku mengeluh perlahan. Semakin lama aku tinggal di sini, semakin terasa ketegangan antara aku dan anak-anak lelaki mama ni.
Terutamanya Mien.
Teringatkan dia, makin kuat keluhan aku. Mien terasa lagi ke dengan ayat aku tu? Aku cuba minta maaf semalam, ditolak begitu sahaja. Argh, serabut kepala aku fikir pasal Mien ni. Lagipun buat apa aku fikir pasal dia? Dia bukan sesiapa pada aku.
Aku meneruskan langkahku.
Sebelum itu, sempat aku menyinggah ke dapur untuk berjumpa mama terlebih dahulu. Seperti tiada adab pula keluar tanpa memberitahunya. Habis tu, pagi tadi tu? Beradablah?
Jumpa. Aku melihat mama sedang menyimpan bekas-bekas kosong di dalam almari. Perlahan-lahan aku menghampirinya. Tidak mahu mama terkejut.
"Mama." Panggilku dengan lembut. Mama yang perasan akan kehadiran aku menoleh dan senyuman terukir di bibirnya.
"Kenapa Mawar?" Pandangan lembut diberikan kepadaku. Aku meneguk liur untuk membasahkan tekak.
"Mawar nak keluar boleh?"
"Mawar nak pergi mana?" Aku sudah mengagak soalan ini akan ditanya.
"Mawar nak pergi jumpa adik-adik." Jawabku ringkas. Mama mengangguk.
"Dekat teratak?" Dahiku mula berlapis. Aku memandang mama dengan wajah penuh tanda tanya.
"Mama tahu pasal teratak?"Sedar akan keterlanjurannnya, mama segera membetulkan ayatnya.
"M-Mama tahu sebab ayah Mawar kata Mawar selalu pergi situ." Aku mengangguk. Tidak hairanlah aku kalau begitu. Aku cuma terkejut apabila mama sebut tentang teratak sedangkan aku tak pernah menyebut tentangnya.
"Boleh Mawar pergi?" Sungguh aku berharap mama akan mengizinkan aku pergi. Aku dah janji dengan adik-adik di sana. Mesti mereka kecewa kalau aku tiada.
"Pergilah." Senyuman lebar terukir di bibirku. Pantas aku memeluk mama dengan erat.
"Bye ma. Mawar pergi dulu." Usai disambut dengan anggukan mama, aku melangkah pergi.
Aku tak sabar nak jumpa adik-adik aku!
*... 🖤🌙 MIEN ESMERAY 🌙🖤 ...*
SAMPAI sahaja aku di depan pintu teratak, aku diserbu oleh Uwais, Yaya dan juga Jehan. Mereka bertiga memeluk kakiku erat. Aku menunduk memandang mereka.
"Kak Mawar!" Panggil mereka serentak. Aku melutut di hadapan pintu untuk menyamakan ketinggian aku dengan mereka.
"Masing-masing memang tunggu depan pintu ke?"Aku usap kepala Yaya yang berdiri di sebelah kananku.
YOU ARE READING
MIEN ESMERAY
RomanceONGOING || SLOW UPDATE Mawar Esmeray. Dia hilang ingatan. Dia tak ingat apa-apa tentang dirinya. Dia mulakan hidup sebagai orang baru tanpa mengetahui hidupnya yang dulu. Dia terpaksa tinggal di rumah kawan ayahnya selama sebulan. Hidupnya berubah...