HARI ini merupakan hari terakhir aku diberi tempoh untuk mengambil semua barangku daripada banglo yang kini bukan lagi milik aku. Hari ini juga merupakan hari terakhir untuk aku memberi jawapan kepada papa tentang permintaannya untuk aku menjaga Mien. Aku sudah tak fikir apa-apa. Aku sudah ada jawapan aku sendiri.
Dan aku tidak akan sesekali menukar jawapan aku itu.
Aku berdehem bagi menarik perhatian semua orang yang sedang bersarapan ketika ini. Apabila semua mata kini teralih kepadaku, aku menarik nafas panjang sebelum bersuara. "Mawar ada sesuatu nak cakap." Luaran aku nampak sahaja tenang, tetapi dalam hati aku, debaran yang menggila melanda. "Tentang apa Mawar?" Soal papa sebelum menghirup air kopinya.
"Tentang permintaan semua sebelum ni... untuk jaga Mien..." Aku bersyukur sangat Mien tidak turut menyertai sarapan di meja makan hari ini. Kalau tidak, memang aku tidak akan bersuara langsung. Semua kelihatan tidak sabar menunggu jawapan aku. "Apa jawapan Mawar, sayang?" Mama pula menyoal tidak sabar.
"Mawar setuju untuk jaga Mien sampai dia sembuh..." Dan serentak itu, aku mendengar lafaz syukur keluar daripada bibir mama dan juga papa. Mereka meraup muka tanda bersyukur kerana aku bersetuju. Dhia sudah tersenyum lebar memandangku. "Yeay! Mawar jadi babysitter along!" Jeritnya penuh teruja. "Dhia, tak elok menjerit depan rezeki." Daniel menegur adiknya perempuannya itu. Apa lagi, memuncunglah mulut si Dhia seperti itik sambil memandang ke arah Daniel dengan riak tidak puas hati. Semua nampak gembira dengan jawapanku. Daniel kekal menunduk dan meneruskan suapannya seperti tidak peduli.
"Papa bersyukur sangat Mawar setuju. Mawar jangan risau, papa akan bagi upah yang lumayan untuk Mawar. Maklumlah, anak sulung papa tu cerewet sikit. Boleh botak kepala Mawar jaga dia nanti." Terletus ketawa di bibirku. Sempat saja papa mengutuk tentang Mien. "Jadi esok Mawar kena teman Mien untuk pergi hospital ya? Papa ada cakap Mien ada appointment untuk rawatan dia nanti kan? Mawar tolong ya?" Aku mengangguk kepalaku.
Hilang satu masalah sekarang.
"Lagi satu.... Mawar nak tanya, boleh tak kalau Mawar nak tinggal sini lama sikit?" Soalku perlahan. Aku masih merahsiakan hal itu daripada mereka. Aku tak mahu mereka menyoal tentang perkara itu. Aku sendiri masih tidak dapat menerimanya. "Kalau Mawar nak tinggal sini sampai bila-bila pun tak apa Mawar. Kami lagi suka." Aku tersenyum nipis mendengar jawapan mama.
Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan aku.
Alih saja pandangan aku daripada mama, mataku bertembung dengan mata Daniel yang terlebih dahulu sudah memandang aku. Riaknya biasa sahaja, cuma pandangan matanya saja sukar untuk aku tafsirkan. Pandangan itu hanya sebentar sahaja sebelum Daniel terlebih dahulu melarikan matanya daripada mataku.
Mungkin kah dia berasa kurang senang apabila mengetahui aku akan menetap di sini buat masa yang lebih lama? Jujurnya, aku pun tidak tahu. Mungkin yang lain gembira, tapi tidak Daniel. Kalau Daniel tidak suka aku menetap di sini, apatah lagi abang sulungnya si Mien itu. Ada bau-bau harimau akan mengaum kalau Mien tahu.
Aku mengangguk kepada papa.
Jadi sekarang tinggal satu sahaja lagi masalah.
*... 🖤🌙 MIEN ESMERAY 🌙🖤...*
PINTU aku ketuk perlahan sebelum aku membuka pintu bilik itu. Ketar jugalah lutut nak melangkah masuk ke dalam bilik ini. Bilik siapa? Semestinya bilik Mien. Ada dua sebab aku membuat keputusan untuk ke bilik ini. Pertama, untuk berjumpa dengan si kembar, Mia dan juga Mizal. Kedua, untuk berjumpa Mien. Jangan salah faham ya? Aku bukan nak mengorat dia atau apa. Aku nak cuba slow talk dengan dia tentang 'pekerjaan baru' aku yang bermula esok.
YOU ARE READING
MIEN ESMERAY
RomanceONGOING || SLOW UPDATE Mawar Esmeray. Dia hilang ingatan. Dia tak ingat apa-apa tentang dirinya. Dia mulakan hidup sebagai orang baru tanpa mengetahui hidupnya yang dulu. Dia terpaksa tinggal di rumah kawan ayahnya selama sebulan. Hidupnya berubah...