ME : 22

111 23 0
                                    

TAMAT sahaja Hari Terbuka sekolah Hakeem, hati aku tiba-tiba terdetik untuk ke banglo ayah ini. Terus sahaja aku memandu ke sini. Buka sahaja pintu, aku terus melangkah ke ruang tamu. Baru sahaja aku melabuhkan punggung di sofa yang terletak di ruang tamu, bunyi loceng ditekan daripada luar menarik perhatianku. Pantas sahaja aku bangun dan melihat melalui tingkap terlebih dahulu.

 Melihat dua figura manusia lelaki dan perempuan yang memakai kot hitam menimbulkann kerutan di dahiku. Setelah berfikir seketika, aku membuat keputusan untuk membuka pagar dan berjumpa dengan mereka.

"Awak berdua ni siapa ya?" Soalku penuh waspada. Lihat daripada wajah mereka, tak nampaklah pula rupa-rupa perompak ke pembunuh ke orang jahat. Tapi, aku pun tidak tahu perkara sebenar. Jadi, aku kena berjaga-jaga dengan  mereka. Mata dah pandang mereka atas bawah.

"Ini rumah Encik Erwan bin Astar?" Soal wanita yang mengenakan tudung bawal berwarna hitam dan kot berwarna hitam. Apa tak panas ke pakai baju macam tu tengah-tengah musim panas macam ni? Lelaki yang berdiri sebelahnya hanya diam dan mendengar sahaja.

Lambat-lambat aku mengangguk.

"Iya dan saya anak dia. Boleh saya tahu apa tujuan awak berdua ke mari?" Mereka ni kawan ayah ke? Fuh, muda sangat nak jadi kawan ayah ni. Aku rasa umur mereka berdua ni tak jauh daripada aku.

"Begini Puan..." Wanita itu berhenti sejenak dan memandangku. Aku yang faham pandangan matanya itu terus bersuara. "Mawar. Nama saya Mawar." Wanita itu mengangguk sebelum menyambung semula ayatnya.

"Perkenalkan, nama saya Adawiyah dan ini rakan saya, Shah." Tangannya dihalakan kepada lelaki yang berdiri di sebelahnya itu. "Kami merupakan peguam kepada ayah Puan Mawar, iaitu Encik Erwan. Beberapa hari yang lepas, kami mendapat berita tentang pemergian Encik Erwan. Salam takziah kami ucapkan kepada Puan Mawar." Aku tersenyum tawar.

"Tujuan kami kemari untuk berbincang dengan Puan Mawar berkaitan dengan harta Encik Erwan." Adawiyah berhenti sejenak seblum mengalih pandang ke arah Shah. Aku lihat Shah menganggukkan kepalanya kepada Adawiyah sebelum pandangannya dihala ke arah aku.

"Boleh kita berbincang di dalam?" Penuh sopan Shah menyoal. Aku mengangguk sebelum membuka pagar dengan lebih luas untuk mereka.

Suasana jadi kekok setelah kami bertiga berlabuhkan punggung di sofa. Aku membasahkan tekak sebelum bersuara. "Awak berdua nak minum tak? Saya buatkan air." Adawiyah menggelengkan kepalanya. "Eh, tak mengapalah Puan Mawar. Tak perlu susah-susah." 

"Tak susah manapun. Rasa tak sopan lah pula tetamu datang tak hidang air. Awak berdua tunggu sekejap ya? Saya bawakan air." Aku bangkit daripada sofa dan melangkah menuju ke dapur. Jejak sahaja kaki aku ke dapur, aku membebel sendirian.

Dah kenapa semua orang yang aku jumpa hari ini panggil aku 'puan'? Aku baru 26 tahun tau! Aku masih anak dara kot. Apa muka aku nampak tau sangat ke sampai semua panggil aku dengan gelaran 'puan' tu? Tadi cikgu si Hakeem, nama Farhah tu. Ini Adawiyah pula. Stres aku dibuatnya. Aku lihat muka aku di pantulan almari kaca di dapur. Aku membelek muka aku ke kiri dan kanan. Nampak cantik dan comel macam biasa kot. Mana datangnya 'puan' tu. Haih, sabar je lah. Sabar kan separuh daripada iman.

Tanpa melengahkan masa, aku terus membancuh air oren dan meletakannya di atas dulang sebelum aku melangkah keluar daripada dapur sambil menatang dulang itu.

"Saya harap awak berdua tak kisah saya buat air ni. Maaf kalau awak berdua menunggu lama." Sibuk membebel sebelum buat air tadi. Aku menyambung dalam hati.

"Eh, taklah Puan Mawar. Terima kasih." Mereka mencapai gelas berisi air oren itu sebelum mengeuknya sekali.

"Boleh kami mulakan?" Aku jatuhkan kepala sekali.

MIEN ESMERAYWhere stories live. Discover now