ME : 01

185 20 0
                                    

SUASANA ketika ini amat menyesakkan dada aku. Terlalu ramai orang. Suara manusia yang berbual sesama sendiri sangat mengganggu aku. Buat pertama kalinya, aku keluar daripada zon selesa aku dengan menghadiri majlis hari jadi kawan Hana seperti ini. Aku ke sini pun kerana Hana, teman kerja aku di kafe mengajak aku kerana dia tiada teman.

Nah, inilah akibatnya.

Hana pula hilang tanpa dijejak. Maka tinggallah aku sendirian di tengah-tengah alam ni. Aku nak balik pun tak boleh kerana Hana yang menjemput aku daripada rumah tadi.

Nak balik naik teksi? Memang awal-awal ayah tak bagi aku masuk. Betapa sayangnya ayah pada aku sehingga dia tidak membenarkan aku menaiki sebarang pengangkutan awam. Kata ayah, belum tentu selamat.

Iyalah. Aku kan satu-satunya anak ayah. Jadi ayah inginkan yang terbaik untuk aku. Kalaulah tadi aku bagi alasan, mesti aku tak bersendirian macam ni. Sudahlah aku tak kenal sesiapapun dekat sini.

Dugaan.

"Hana, mana awak ni..." Sungguhlah aku rasa tak selesa dengan keadaan yang bising sekarang ni. Kalau aku tahu, aku tak ikut tau Hana ke sini.

Aku berjalan tanpa hala tuju di dewan itu, mencari jalan keluar untuk lari daripada suasana itu. Aku berjalan tanpa memandang sesiapa, hanya setia menunduk ke bawah. Tanpa aku sedari, ada satu figura di hadapan aku.

Pap!

Bergegar otak aku dibuatnya selepas terlanggar figura itu. Manusia ke besi ni? Bapak sakit dahi aku. Aku menggosok dahi aku yang terasa sedikit sakit.

"Are you okay... miss?" Aku mengangkat wajah untuk memandang pemilik suara itu.
Mata aku bertembung dengan matanya. Wajah lelaki itu tampak tergamam melihat wajah aku. Kepala aku tiba-tiba rasa sakit. Tangan dibawa untuk memegang kepala yang berdenyut.

"Miss?" Aku memejamkan mataku.

"I'm sorry." Aku terus membuka langkah meninggalkan lelaki itu. Pedulilah nampak biadap atau apa. Fikirlah apa kau nak, aku tengah sakit kepala. Aku menuju ke tandas.

Aku menyandarkan badan aku pada pintu tandas. Sakit pada kepala aku beransur pulih.

Aneh. Tak pernah-pernah aku diserang sakit kepala begini di luar. Selalunya aku hanya akan mengalami sakit kepala ketika aku cuba untuk mengingat sesuatu.

Tapi tadi?

Adakah otak aku sedang memproses sesuatu?

Pasal lelaki itu ke?

Aku pernah jumpa dia ke sebelum ni?

Mustahil lah. Kalau dia kenal aku, mesti dia dah tegur aku dulu tadi. Dia pun bahasakan aku miss je.

Mungkin itu hanya satu proses untuk aku mengingat semuanya kembali?

Harapnya lah.

Sudah 2 tahun berlalu, dan aku masih tidak dapat mengingati masa lalu aku. Ada harapan ke untuk aku ingat semula?

Telefon aku berbunyi tiba-tiba.

HANA

Melihat nama itu dengan pantas aku mengangkatnya.

"Mawar, awak kat mana?" Suara itu menjerit sedikit kuat, cuba melawan suara orang ramai. Tahulah aku Hana masih di dalam.

"Saya dekat toilet ni, kenapa?" Aku membalas dengan nada yang perlahan.

"Saya dah nak balik ni. Saya tunggu dekat tempat parking tau." Panggilan dimatikan.

Akhirnya, dapat juga aku balik.

MIEN ESMERAYWhere stories live. Discover now