HARI Isnin telah tiba. Aku duduk termenung di atas katil. Sudahlah tidak boleh solat, tak boleh sambung tidur lagi. Nasiblah. Aku bangun awal-awal ni pun nak ke mana? Aku dah dipecat. Tak ada kerja. Jadi aku terpaksa duduk di rumah sepanjang aku tiada kerja ini.
Tapi, mama dan yang lain tak tahu kalau aku diberhentikan kerja. Apa patut aku jawab kalau mereka tanya? Tak ke mereka pelik kalau dapat tahu aku tiba-tiba diberhentikan kerja? Tapi bukan salah aku pun kan kena pecat.
Aku turun awal sikit hari ni. Dapatlah aku bersenang lenang sekarang. Tak adalah terkejar kejar nak pergi kerja. Aku bernyanyi kecil sambil menuruni tangga. Seronoknya tak payah pergi kerja!
"Morning Mawar!" Terkejut aku apabila disapa secara tiba-tiba oleh Dhia. Aku langsung tak perasan dia di tepi tangga. Hampir-hampir sahaja aku melatah.
"Morning Dhia." Balasku dengan senyuman.
"Mawar nak tahu sesuatu tak?" Ketika itu aku dan Dhia baru sahaja melabuhkan punggung di kerusi meja makan.
"Tahu apa?"
"Tapi jangan bagitau abang ngah tau. Nanti dia bising." Dhia membisik perlahan sebelum badannya didekatkan pada aku. Dhia melihat sekeliling dulu sebelum berbisik.
"Dhia ada terjumpa someone ni tau..." Suaranya meleret. Dhia tersenyum simpul.
"Lelaki?" Soalku.
"Haah..." Tergedik-gedik dia tolak lengan aku.
"Dhia terlanggar dia. Pastu tiba-tiba rasa fall in love macam tu... Rupanyakan... dia pun suka Dhia tau..." Aku dengarkan saja.
"Lepas tu?"
"Nak tau tak, perangai dia kan sama macam along masa along mengorat Maw-" Belum sempat ayat Dhia dihabiskan, kedengaran suara mama yang memanggil Dhia.
"Ya Allah! Budak bertuah ni kan! Dia boleh duduk bergosip je dekat sini." Mama mendekati Dhia dan menarik telinganya ke atas.
"Aww, aww mama! Sakit ma!" Dhia mengaduh kesakitan. Sampai berdiri Dhia dibuatnya setelah telinganya ditarik. Baru sahaja aku ingin bangun untuk menolong mama sekali, mama bersuara.
"Takpe Mawar. Mawar duduk je. Biar anak dara sorang ni je tolong mama. Mawar tunggu sini dulu tau." Aku terduduk kembali. Kan aku dah kata, mama tak bagi aku buat kerja rumah. Aku perhatikan sahaja langkah mama dan Dhia yang semakin menjauh.
Aku teringat cerita dia tadi. Ayat sebelum mama datang tu buatkan aku termenung sendirian. Along yang Dhia maksudkan tu Mien lah kan? Apa maksud Dhia cara mengorat Mien? Mien pernah mengorat seseorang ke? Siapa? Isteri dia ke?
Hurm, untungnyalah isteri Mien tu.
Tapi aku pelik juga. Kalau perangai Mien macam tu, yang mengorat isteri dia tu. Kenapa sekarang macam lain je? Senang cerita, aku macam tak percaya dengan cerita Dhia berkaitan perkara tu. Mungkinkah hubungan mereka tak kesampaian sampai Mien berubah 180 darjah seperti itu?
Aku menggeleng laju. Kenapa aku tiba-tiba fikir pasal Mien ni? Aku tepuk pipiku perlahan. Aku rasa aku dah gila. Terasa seperti bayangan Mien berlari-lari di mindaku.
Tolonglah keluar daripada fikiran ni!
SEMUANYA khusyuk menunduk menghabiskan makanan masing-masing. Ketika itu, hanya ada aku, Dhia, mama, papa dan juga Daniel di meja makan. Tiada kelibat Mien dan si kembar. Memang begini pun selalu. Terfikir juga aku. Adakah keadaan macam ni memang selalu berlaku ataupun berlaku setelah aku pindah ke sini?
YOU ARE READING
MIEN ESMERAY
RomanceONGOING || SLOW UPDATE Mawar Esmeray. Dia hilang ingatan. Dia tak ingat apa-apa tentang dirinya. Dia mulakan hidup sebagai orang baru tanpa mengetahui hidupnya yang dulu. Dia terpaksa tinggal di rumah kawan ayahnya selama sebulan. Hidupnya berubah...