ME : 13

132 25 0
                                    

DENGAN pantas, aku meletakkan makanan itu di atas meja di dalam bilik Mien itu. Terkejut bukan kepalang apabila aku melihat Mien yang sudah jatuh daripada kerusi rodanya. Tampak seperti dia cuba bangkit, namun tak berdaya.

Sudah berapa lama agaknya dia jatuh?

Aku menghampirinya dan duduk melutut di depannya.

"Mien!" Matanya diangkat memandang aku. Aku cuba membantunya. Aku memegang lengannya yang berlapik baju untuk membantunya bangkit. Namun hal yang tak diduga berlaku apabila Mien menepis tangan aku.

"Jangan sentuh." Dinginnya suara itu membuatkan aku meneguk air liur. Tapi... aku tak boleh biarkan dia sendiri macam ni. Jadi apa yang patut aku buat?

Teruskan tolong atau pun teruskan keluar?

Aku pilih untuk teruskan tolong. Aku tak tahu kenapa, aku jadi sakit bila tengok Mien macam ini.

"Saya tolong Mien." Tak aku hiraukan dia. Niat aku hanya untuk menolong. Aku cuba lagi. Dan tangan aku ditepis untuk kali kedua. Dengan lebih kasar.

"Kau tak faham ke! Aku cakap tak payah sentuh, tak payahlah! Kau pekak ke apa?!" Mien mula mengherdik. Inilah ayat pertama yang terpanjang keluar daripada mulutnya. Diri aku yang sememangnya sensitif apabila dimarah, mula menarik nafas. Aku tak mahu menangis, walaupun aku terasa ingin meraung kerana diherdik. Tapi aku tak mahu nampak lemah di matanya. Aku kentalkan hati untuk membantunya.

"Saya cuma nak tolong Mien! Salah ke? Saya bukan nak buat apa-apa pun." Aku membalas dengan berani.

"Aku, tak perlukan bantuan. Lebih-lebih lagi daripada kau." Ayat yang keluar daripada bibirnya seakan-akan menyiat hati aku. Sakitnya berdarah. Jelas menunjukkan bahawa dia tak suka aku. Tapi kenapa? Apa yang aku dah buat? Aku baru sahaja berjumpa dia, kenapa dia benci aku?

Atau sebenarnya aku dah lakukan sesuatu padanya sebelum aku kemalangan yang membuatkan dia benci pada aku?

"Kenapa Mien tak suka saya? Apa salah saya?" Perlahan sahaja suara aku menyoalnya. Baru hari kedua aku di sini, aku sudah rasa sesak. Kehadiran aku mungkin dialu-alukan oleh yang lain, tapi bukan Mien.

"Kau keluar sekarang." Kaki terasa berat untuk melangkah. Aku ingin menolongnya. Aku kentalkan hati lagi. Aku pegang kembali lengannya dan menariknya bangun.

"Saya akan keluar lepas Mien makan. Mama arahkan saya untuk pastikan Mien makan. Selagi Mien tak makan, selagi itulah saya tak akan keluar. Jadi, nak pastikan Mien makan, saya kena tolong Mien bangun dulu. Lambat Mien bangun, lambatlah saya keluar." Suara penuh tegas aku gunakan. Dengan manusia degil macam dia ni, aku tak boleh lembut.

Aku menariknya untuk bangun. Aku dengar dia mendengus kasar. Nasib baiklah dia bangun tanpa berkata apa-apa yang boleh menyakitkan hati aku. Sebaik sahaja Mien selamat duduk di atas kerusi rodanya semula, aku melangkah ke meja di mana aku meletakkan makanannya sebentar tadi.

"Nah, makan cepat. Habiskan. Jangan sampai saya suapkan. Saya warning awal-awal. Kalau saya nampak ada sebutir je nasi atas pinggan, memang sekali dengan pinggan ni saya sumbat dalam mulut Mien." Aku mengugutnya. Sementara menunggu dia makan, aku menuju ke arah Mia dan Mizal yang bermain anak patung mereka tanpa menghiraukan keadaan sekeliling di atas katil.

"Hai twins!" Senyuman paling manis aku berikan kepada mereka. Mia yang melihat aku sudah menarik senyuman lebar. Laju saja dia merangkak ke arah aku. Aku dudukkan Mia di riba aku. Aku pandang pula Mizal. Mizal memandang aku dengan pandangan yang susah untuk aku tafsirkan.

Perlahan-lahan, aku hulurkan tangan kanan aku yang masih bebas kepadanya. Aku terkejut apabila dia menyambut huluran tangan aku. Mizal merangkak ke arah aku. Aku dudukkan Mizal dia riba aku sebelah kanan.

Bahagianya rasa bila Mizal dah boleh terima aku. Aku jeling Mien yang sedang memerhatikan kami. Boleh aku agaklah perangai Mizal ni ikut siapa.

Ikut bapak dia tu!

Tertanya-tanya juga aku perangai Mia ni ikut siapa? Kalau Mizal ikut Mien, Mia? Mungkin ikut perangai ibu dia lah kan. Isteri Mien. Tapi itulah, aku tak nampak langsung kelibat isteri Mien. Jangankan kelibat, gambar dia pun langsung aku tak jumpa. Yang aku jumpa, cuma gambar keluarga sahaja.

Atau mereka sebenarnya sudah bercerai?

Eh, kenapa aku menyibuk pasal hal rumah tangga orang ni? Aku menggelengkan kepala. Tanpa aku sedar, masa berjalan. Hampir 15 minit. Aku menjenguk Mien yang  sedang makan. Aku jenguk pula pinggannya. Kosong. Dah habis makan rupanya. Kenapa dia tak cakap.

"Dah habis makan dah?" Soalku sambil memandangnya.

"Buta ke?" Soalan aku dibalas dengan soalan menyakitkan hati itu. Aku bangun daripada katil itu dan merapatinya. Aku lihat pinggan itu dengan teliti. Memang tiada sebutir nasi pun di situ. Licin.

Aku tersenyum puas hati.

"Ha, reti pun makan sampai habis. Dah tahu lapar tu, kenapa tak makan? Suka sangat seksa diri sendiri? Tinggal makan je, itu pun susah." Aku mula membebel.

"Aku takde kacau hidup kau pun kan." Mendatar saja suaranya. Aku mencekak pinggang aku.

"Memanglah tak kacau hidup saya. Tapi Mien tak kesian ke kat mama? Mama punyalah susah hati nak pastikan Mien makan, tak berlapar. Mien boleh pula buat perangai macam ni. Boleh tak jangan ikut kepala otak tu je. Menyusahkan hidup orang je lah!" Aku sambung lagi dengan nada suara yang semakin meninggi.

"Jadi, kau nak cakap, kau datang sini sebab mama yang suruh kau paksa aku makan?" Mien senyum sinis.

"Yelah!"

"So, lepas ni, kau tak payah sibuk-sibuk dah. Kau tolak je bila mama minta tolong kau. Aku memang macam ni. Suka susahkan hidup orang. Memang patutnya aku mampus je kan?" Soalan tak terduga Mien itu buatkan aku tersentak.

Baru aku sedar akan kesilapan aku. Aku sepatutnya tak bercakap ikut kepala otak aku je. Aku terlupa dengan keadaan Mien sekarang ni, dia akan menjadi sensitif. Aku pula lancang berkata yang dia menyusahkan hidup orang. Dengan suaranya yang mendatar itu, tahulah aku yang aku dah lukakan hati dia.

"M-Mien, saya minta maaf... sa-saya tak bermaksud pun nak cakap macam tu..." Serba salah aku meminta maaf.

"Aku dah habis makan. Kau keluar. Kalau kau jumpa mama, kau cakap dengan dia, aku minta maaf sebab susahkan dia." Lagilah buatkan perasaan serba salah aku semakin menggunung.

Aku mengangkat pinggan itu dan memandangnya. Aku pandang pula Mia dan Mizal sekilas sebelum aku kembali memandang Mien.

"Saya betul-betul minta maaf Mien... Saya keluar dulu. Assalamualaikum." Tertutup saja pintu bilik Mien, aku bersandar di sebalik pintu itu dengan pinggan di tangan aku. Pinggan itu aku letak ke bawah. Aku memegang dadaku dengan air mata yang mengalir lesu di pipi.

Aneh. Melihat dirinya yang terluka kerana aku, buatkan hati aku terluka sama.

                                          
                                             to be continued...

HAPPY READING ❤️

CAN I GET A VOTE? 👉👈

; yeay rajin update 👀

* aa cam biase , ringankan jari tekan vote button tuuu ⭐

; ke nak 2 minggu sekali baru update, kalau taknak vote ! arigatouu yeorobun ❤️

MIEN ESMERAYWhere stories live. Discover now