AKU tercongok di hadapan pintu rumah besar di sejak tadi. Lain macam aura rumah ni. Pengawal yang membenarkan aku masuk pun pandang aku tak berkelip macam aku ada dua kepala. Belum sempat aku cakap apa-apa, pengawal tu dah bagi aku masuk. Berani eh dia bagi orang asing macam aku masuk?
Kalau kena pecat, aku tak bertanggungjawab.
Perlahan-lahan jari aku menekan loceng rumah itu. Tangan menggenggam erat barang yang ayah minta aku sampaikan. Kenapalah cepat sangat hari ini tiba? Esok ayah sudah mahu berangkat, maka di sinilah rumah tumpangan aku nanti.
Baik aku tidur dekat Teratak je!
"Assalamualaikum!" Aku tekan loceng sekali lagi. Tak ada orang ke?
Orang kata kalau kali ketiga masih tidak bersambut, ada eloknya aku balik. Cuba lagi sekali. Kalau tak ada orang buka pintu ni juga, aku angkat kaki dulu.
"Assa–" Pintu terbuka daripada dalam. Aku disapa dengan wajah seorang wanita yang agak berusia. Mungkin dalam lingkungan 50an. Aku ingin tersenyum memandangnya, tetapi tiba-tiba satu suara menjelma di mindaku.
"Panggil mama."
Aku pejamkan mata seketika. Apa lagi ni? Suara siapa pula yang aku dengar. Suara itu tak jelas pada pendengaran aku. Jadi, siapa?
"Mawar...?" Aku membuka mataku. Eh? aku belum perkenalkan diri lagi. Macam mana dia tahu nama aku Mawar? Oh! kan ayah ada bagitahu, mereka sekeluarga ni kenal aku. Aku je yang tak kenal mereka.
Tak pelik pun.
"Assalamualaikum aunty." Aku menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya. Tetapi tangan aku tak bersambut, malah badan aku yang ditarik merapat dan dipeluk erat. Aku yang keliru hanya memeluknya kembali.
Kenapa perasaan ini tidak asing? Pelukan hangat ini mengingatkan aku pada sesuatu. Apa ya?
"Mama rindu Mawar sangat-sangat." Okay... keliru kuasa dua. Mama? Dia bahasakan diri dia mama? Mungkinkah sebelum ni aku juga memanggil dia mama? Haih, banyak betul mak aku ni. Ibu ada, umi ada, nah sekarang mama. Jangan lepas ni mummy pula.
"Oh, err aunty." Pelukan dilepaskan. Baru sahaja aku ingin menyatakan hasrat aku ke mari, wanita itu sudah memintasku.
"Panggil mama." Untuk menjaga hatinya yang kelihatan berharap, maka aku pun panggil je la dia mama. Tak kering pun air liur panggil mama.
"Erm, mama. Mawar datang sini sebab nak hantar buah tangan sikit daripada ayah. Ayah kata ini untuk anak kawan dia. Cuma Mawar tak tahu anak yang mana?" Aku tersengih kekok. Aku pun yakin sangat anak kawan ayah ni tunggal. Rupanya 3 beradik. Jadi sekarang yang mana satu patut aku bagi ni.
"Masuklah dulu." Wanita itu mempelawa aku seraya menarik tangan aku untuk masuk. Aduh, aku baru plan nak bagi je pada wanita itu. Biar dia pula bagi pada anak dia tu.
Tapi...
Aku kan dah janji dengan ayah semalam.
"Mawar akan pastikan barang tu sampai ke tangan anak kawan ayah. Mawar janji!"
Janji kini memakan diriku. Benarlah kata pepatah,
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak janji ha terpaksalah aku sendiri yang hantar barang ni dekat anak kawan ayah tu sampai dia sendiri yang pegang beg ni.
"Mawar nak minum apa?" Alahai, lembutnya suara mama kita ni. Aku suka. Aku suka.
"Eh, tak apalah mama. Mawar sekejap je ni." Aku menolak dengan sopan. Jangan baik sangat. Aku risau aku tak nak balik nanti.
Alah, tapi esok kau datang sini juga. Siap tidur lagi. Cis!
"Alang-alang Mawar dekat sini. Mama buat air sirap boleh?" Wah, macam tahu-tahu je aku suka minum air sirap.
"Boleh mama." Dan aku ditinggalkan seseorang.
Aku meneliti setiap sudut rumah ini. Besar. Sangat besar. Malah lagi besar daripada rumah aku. Siap ada lif tu! Rumah aku tak ada. Kena naik tangga. Baru boleh exercise. Mata aku tertancap pada sesuatu.
Budak?
Dekat rumah ni ada budak kecil ke? Dan mula lah sikap ingin tahu aku itu menguasai diri. Aku bangkit dan menuju ke arah budak kecil yang sedang lena terbaring di atas sofa itu. Aku jadi teruja.
Sebab ada budak kecil!
No, bukan seorang tapi dua! Ada twins di hadapan mata aku. Comel je. Jarang aku nampak kembar ni depan mata. Memang rezeki aku lah. Aku pandang wajah mereka berdua itu bersilih ganti. Memang sebijik! Mana satu yang lahir dulu pun aku tak tahu.
"Ab-b-bang ta-k t-a-hu mac-a-m man-a n-ak b-ez-ak-an do-rang."
Suara itu lagi. Bagaikan pita suara yang rosak. Kenapa suara itu selalu tidak jelas? Apa yang dikatakan? Siapa punya suara tu? Aku memegang kepala aku. Kepala aku diketuk-ketuk untuk menghilangkan sakit. Tepat pada masanya. Mama datang, sakit aku beransur hilang. Nasib baik.
"Mawar..." Aku pusingkan badan menghadapnya. Wajah mama nampak cemas. Laju saja langkahnya dibuka ke arah aku. Wajah aku dipegang dan ditilik.
"Kenapa Mawar menangis sayang?" Automatik tangan aku memegang wajahku. Basah! Aku... menangis? Bila masa air mata aku keluar.
"Mawar pun tak perasan air mata Mawar keluar." Aku ketawa perlahan. Memang aku tak tahu pun. Perhatian aku beralih kepada kembar itu kembali.
"Anak siapa ni mama?" Soalku. Mama terkedu mendengar soalan aku itu.
"I-ini cucu mama. Anak kepada anak sulung mama." Oh, jadi anak sulung anak kawan ayah ni dah berkahwin lah ya?
"Mama... lepas Mawar hantar barang ni... Mawar nak main dengan dorang boleh?" Pintaku dengan wajah penuh berharap.
"Mestilah boleh. Mawar naik lif ni, tekan tingkat 3. Anak mama tu duduk dekat bilik hujung sekali yang pintu warna hitam." Jelas mama. Aku pun menuju ke arah lif. Aku tak sabar nak main dengan the babies!
Aku masuk ke dalam lif dan menekan butang 3. Sebaik sahaja pintu tertutup, baru aku teringat sesuatu. Aku memandang buah tangan di tangan aku.
Aku kena hantar ni dekat anak yang mana satu?
Ah, Mawar! Siapa dekat bilik pintu hitam tu dia lah tu. Tak payah stres stres fikir. Lif berhenti tepat pada tingkat 3. Sebaik sahaja keluar daripada lif, mata aku mencari pintu berwarna hitam.
"Pintu hitam... dekat hujung..." Aku bergerak mengikut arahan mama tadi.
Jumpa.
Memang tersorok bilik tu. Padanlah susah aku nak jumpa. Dengan pintu warna hitamnya ni, duduk dalam gelap. Dah macam main rumah hantu!
Aku berdiri di hadapan pintu tu. Berdebar-debar aku rasa untuk mengetuk pintu bilik itu. Jangan aku jumpa makhluk Allah yang seram tu dalam bilik ni sudahlah! Aku ni dah lah boleh dikategorikan sebagai seorang yang penakut.
"Assalamualaikum!" Pintu diketuk sekali. Tiada jawapan.
"Assalamualaikum!" Masih tiada sahutan. Tiada orang ke? Kalau tak ada, mesti mama dah cakap dulu dengan aku dekat bawah tadi kan?
"Assalamualaikum, saya masuk eh?" Ah, redah je lah. Dengan lafaz bismillah, pintu aku buka dengan hati yang berdebar. Hampir saja aku menjerit melihat sesuatu figura di hadapan mata aku.
Figura itu membelakangi aku. Yang menarik perhatian aku ialah, figura itu duduk di atas kerusi roda dan menghadap ke luar jendela, seperti sedang termenung?
Ini kah anak kawan ayah itu?
Baru sahaja aku ingin menyapa, figura itu sudah memusingkan kerusi rodanya.
Headshot!
to be continued...
HAPPY READING ❤️
CAN I GET A VOTE? 👉👈
YOU ARE READING
MIEN ESMERAY
عاطفيةONGOING || SLOW UPDATE Mawar Esmeray. Dia hilang ingatan. Dia tak ingat apa-apa tentang dirinya. Dia mulakan hidup sebagai orang baru tanpa mengetahui hidupnya yang dulu. Dia terpaksa tinggal di rumah kawan ayahnya selama sebulan. Hidupnya berubah...