ME : 14

138 26 2
                                    

KEPALA aku terasa berpusing sedikit. Inilah akibatnya kalau menangis sampai tertidur. Sampai sakit mata aku dibuatnya. Nak buka pun susah. Aku yakin mata aku nampak sembab.

Kenapa aku menangis?

Semuanya disebabkan peristiwa malam tadi. Aku dah sakitkan hati orang. Aku dah buatkan dia rasa penat nak hidup. Aku dah buat perkataan mampus keluar daripada bibir dia. Semua salah aku.

Aku ketuk kepala aku dengan kuat. Banyak kali.

Kau tak guna Mawar. Kau selalu sakitkan hati orang. Kau tak pernah fikirkan perasaan orang. Kau tu yang patut mampus Mawar. Aku capai beg tangan aku di tepi katil. Beg itu diselongkar dengan kasar.

Tiada.

Bertenang Mawar, bertenang.

Aku menarik nafas berkali-kali untuk menenangkan diri aku. Aku kerling jam di dinding. Baru pukul 5 pagi.

Tak boleh.

Aku tak mampu bertenang. Aku kena cari juga benda tu. Aku yakin benda tu tertinggal dekat rumah ayah. Tapi macam mana aku nak ambil? Takkan aku nak keluar awal-awal pagi macam ni? Apa pula kata mama kalau aku tiada di rumah ni?

Pilih Mawar.

Tanggung sakit atau mama?

Aku pilih pilihan yang pertama. Ingat apa ayah pesan Mawar; jaga kesihatan diri kau. Jangan biarkan diri kau sakit. Dengan langkah yang berat, aku bangkit daripada katil. Tudung di tepi katil aku capai dan disarung dengan kemas. Beg tangan juga aku capai sebelum melangkah keluar dengan berhati-hati.

Dalam hati berdoa supaya tiada siapa yang menyedari ketiadaan aku. Cukup sekadar sekejap saja aku pergi. Tolong jangan berjaga yang lain.

Sampai sahaja di pintu masuk, aku menoleh kembali ke belakang untuk memastikan tiada siapa yang melihat aku. Buka sahaja pintu, aku melihat pengawal keselamatan yang sedang bertugas. Aku mengeluh kasar.

Lagi satu masalah!

Aku pegang kepala yang terasa semakin berdenyut. Fikir cepat Mawar! Satu idea terlintas di kepala aku. Disebabkan pengawal keselamatan tu bertugas sendirian, ia memudahkan aku untuk melaksanakan rancangan aku.

Kebetulan aku ternampak kayu yang sederhana besar berdekatan denganku. Aku sorokkan badan di celah kereta untuk mengelakkan daripada ditangkap. Dengan pantas, kayu yang dijumpai tadi aku campak ke arah tingkap tempat pengawal keselamatan itu duduk. Aku memerhati dengan berhati-hati.

Bagus.

Pengawal peribadi tu keluar daripada tempat tu. Kosong saja tempat pengawal itu, dengan langkah yang laju dan senyap, aku keluar daripada pagar rumah itu. Tersandar aku di dinding tepi rumah itu setelah berjaya keluar. Nafas aku tarik dengan cepat.

Dan,

Lagi satu masalah.

Macam mana aku nak pergi rumah ayah? Kereta tiada, grab tiada. Jadi?

Nasib menyebelahi aku apabila aku ternampak basikal di tepi dinding yang berada sedikit jauh daripada aku. Aku melangkah ke arah basikal itu. Aku tak tahu siapa punya. Tapi aku nak guna.

Mohon halalkan basikal ni. Nanti aku pulangkan semula. Rasanya jarak rumah ayah dan rumah ni tidaklah terlalu jauh. Tetapi disebabkan aku mengayuh basikal, mungkin agak jauh. Nafas ditarik sedalam-dalamnya sebelum aku mula mengayuh.

Kepala yang terasa semakin berdenyut, aku tahan.

Bertahan Mawar.

Aku mengayuh sekuat hati. Mata yang terasa berbalam aku gagahkan untuk terus terbuka.

MIEN ESMERAYWhere stories live. Discover now