BEBERAPA hari sudah berlalu sejak pemergian ayah. Sungguh, aku amat merinduinya. Tiada lagi suara ayah yang menasihati aku. Tiada lagi pasal ayah. Namun, aku mula reda dengan takdir Allah. Allah panggil ayah pergi kerana Allah sayangkan ayah. Sebaik-baik tempat manusia adalah di sisi Tuhan. Allah dah jagakan ayah untuk aku.
Ada sesuatu yang berubah sejak kebelakangan ini. Mien. Mien yang aku kenal selalunya ingin duduk di dalam biliknya saja. Langsung tidak bergaul dengan orang lain. Namun, tidak untuk hari ini. Buat pertama kalinya, Mien turut serta bersarapan di meja makan bersama semua orang.
Terlihat jelas kegembiraan di wajah semua orang terutamanya mama. Terasa semakin meriah suasana di meja makan ini semenjak kehadiran Mien di meja makan walaupun dia kekal diam di tempatnya. Aku mencuri pandang wajah Mien yang duduk setentang denganku. Seperti biasa, wajah itu tampak dingin. Mungkin kerana aku ada di situ.
Aku mengalihkan pandanganku ke arah Mia dan Mizal yang bermain sendirian di ruang tamu. Tangan menggapai baki roti bakar di atas pinggan.
"Mawar dah fikirkan idea Dhia haritu?" Terbantut niatku untuk menyuap roti bakar ke dalam mulutku. Aku letak kembali roti itu di atas pinggan. Wajah Dhia aku pandang dengan riak keliru.
"Maksud Dhia?" Aku capai cawan berisi air masak dan mula meneguknya.
"Ala, pasal jadi babysitter along tu."
Pffttt!
Tersembur air yang aku minum.
Suasana menjadi diam tiba-tiba. Kerana apa? Kerana air yang tersembur itu tepat mengenai wajah Mien yang sedang mengelap bibirnya menggunakan tisu di hadapannya.
Aku gigit bibir bawahnya dengan perasaan gementar. Takut-takut aku angkat wajah dan memandang wajah Mien. Aku nampak Mien memejamkan matanya dan mengetap kuat rahangnya. Liur diteguk kasar.
"Mi-mi-Mien, sa-ya m-mint-tak maa-af..." Tergagap-gagap suara aku memohon maaf. Mungkin kalau bukan sebab aku yang sembur air tadi, aku dah gelak sampai terjatuh kerusi melihat wajah Mien yang basah. Tapi disebabkan aku yang buatkan wajahnya begitu, aku simpankan saja niat untuk ketawa itu.
Risau muka aku pula dapat habuannya kembali!
Mien mengambil tisu yang baru dengan kasar dan mengelap mukanya yang basah. Matanya tajam menikam wajahku. Disebabkan perasaan gerun dengan tatapan mata itu, aku tundukkan wajahku kembali.
"Apa benda ni?" Ha? Apa maksud dia? Aku angkat wajahku dan memandang Mien. Pandangan matanya kini beralih pada yang lain, bukan padaku. Dalam diam, aku melepaskan nafas lega.
"Semua buat keputusan bodoh ni belakang Mien? Tanpa tanya Mien dulu?" Suaranya tidak tinggi, namun jelas di pendengaranku. Tegas dan dingin. Tanda dia memang tidak berkenan dengan idea itu.
"Mien, kami buat semua ni untuk kebaikan Mien..." Suara papa cuba menenangkan suasana yang terasa semakin tegang. Rasa bersalah mula menyelubungi diriku. Terasa seperti akulah punca kepada ketegangan ini.
"Kebaikan apa?!" Suaranya mula meninggi. Terdiam semua orang.
"Kebaikan apa yang Mien dapat kalau ada orang luar yang jaga Mien?!" Kepala aku tundukkan ke bawah. Perkataan 'orang luar' tu... sangat memedihkan hati aku.
"Kalau semua rasa Mien menyusahkan, tak payah nak jaga! Pandai-pandailah Mien hidup!" Serentak itu, Mien menolak kerusi rodanya untuk menaiki lif dan menuju ke biliknya.
Masih terasa ketegangan situasi itu.
"M-Mawar minta maaf..." Perlahan aku bersuara. Mata semua kini terarah ke arah aku.
YOU ARE READING
MIEN ESMERAY
RomantizmONGOING || SLOW UPDATE Mawar Esmeray. Dia hilang ingatan. Dia tak ingat apa-apa tentang dirinya. Dia mulakan hidup sebagai orang baru tanpa mengetahui hidupnya yang dulu. Dia terpaksa tinggal di rumah kawan ayahnya selama sebulan. Hidupnya berubah...