ME : 15

137 23 2
                                    

SINARAN matahari yang menerobos daripada jendela menganggu lenaku. Mataku dipaksa untuk terbuka perlahan-lahan. Aku menggosok mataku untuk menghilangkan kekaburan. Aku perhatikan keadaan sekeliling. Lipatan di dahi wujud tiba-tiba.

Eh? Aku dekat mana ni?

Aku duduk daripada perbaringan dan melihat keadaan sekeliling. Macam familiar tempat ni. Aku memerah otak untuk berfikir. Dan apabila sel-sel otak aku mula berhubung, mata aku terbuntang. Aku lihat jam di dinding.

Pukul 8:09 pagi!

Cepat-cepat aku turunkan kaki daripada katil. Entah mana silapnya. Aku jatuh meniarap ke depan. Siku aku terhentak pada lantai. Aku pandang ke bawah untuk melihat apa yang menghalang laluan aku itu.

Aku terpijak telekung sendiri!

Dengan telekungnya tak dibuka, tidur pula dekat sini, nah kan dah kena sebiji. Aku cuba ingat kembali macam mana aku boleh tertidur.

Lepas solat subuh tadi, aku rasa mengantuk sangat. Jadi aku cadang nak baring kejap. Lepas tu terus kayuh basikal balik pergi rumah mama. Tanpa aku sedar, aku tertidur. Dan hari sudah siang.

Tanpa melengahkan masa lagi, aku bangkit dan menuju ke tandas untuk mencuci wajahku. Mesti muka aku nampak sememeh. Dengan tak mandinya. Alang-alang tu aku mandi sekali je la. Bukannya baju aku tiada di sini.

Selepas aku bersiap, jam aku kerling lagi buat kali yang entah keberapa. Pukul 8:33 pagi. Aku mengeluh perlahan. Aku yakin yang lain di rumah itu sudah bangun. Mungkin juga mereka menyedari ketiadaan aku.

Rasa takut lah pula nak balik sana. Tu lah kau Mawar, masa keluar tak fikir panjang. Tapi... aku keluar demi kebaikan aku sendiri. Bukannya saja saja. Aku bukan nak lari daripada rumah tu. Aku cuma nak keluar sekejap.

Aku cuma...

Nak bertenang sekejap saja.

Keluar saja daripada pintu rumah, aku menoleh kembali. Baru beberapa hari aku tinggalkan rumah ni, aku terasa rindu. Selalu akan ada ayah yang menyambut aku dengan senyuman terhias di bibirnya. Tidak dapat aku bayangkan kalau ayah tiada dalam hidup aku. Senyuman aku tarik sedikit.

Sabarlah Mawar, pejam celik pejam celik, ayah sudah pulang.

Aku pandang lama basikal di hadapan aku ini. Macam tak percaya aku mengayuh basikal ni selama 25 minit. Sebelum ni, 10 minit pun tak sampai. Dah tu, entah basikal siapa aku rembat. Buatnya empunya basikal ni mencari, kan dah menyusahkan hidupnya.

Tapi aku malas nak kayuh!

Aku menaiki basikal itu. Dengan lafaz bismillah, aku mula mengayuh menuju ke rumah mama.

       * ... 🖤🌙 MIEN EMERAY 🌙🖤 ... *

KEPALA Dhia dan Daniel menunduk sedari tadi. Takut untuk mengangkat muka dan menatap wajah singa mamanya.

"Takkan tak ada seorang pun nampak Mawar keluar?" Habis sahaja sarapan, Dhia dan Daniel disoal siasat oleh mama mereka

Dengan takut-takut, mereka berdua menggeleng.

"Ta-tadi pagi Dhia na-nak aj-ajak Mawar solat sekali, t-tapi dia tak ada dal-am bilik." Tergagap-gagap Dhia menjawab.

"Niel tanya Pak Mat. Pak Mat kata tak nampak pun Mawar keluar." Daniel menjelaskan pula.

Puan Yati mengeluh kasar.

"Ya Allah, mana Mawar pergi ni?" Gumamnya sendiri.

"Niel ada cakap apa-apa ke dekat Mawar sampai Mawar keluar?" Bengang Daniel dibuatnya apabila dirinya dituduh begitu.

MIEN ESMERAYWhere stories live. Discover now