AKU tak sepatutnya masuk ke dalam bilik itu. Tak, aku tak sepatutnya datang ke sini. Kenapalah aku bertindak luar kawalan tadi. Kenapa aku pergi sentuh muka dia? Berkali-kali aku memarahi diri sendiri.
Apalah yang lelaki tu fikir pasal aku.
Mesti dia fikir aku ni perempuan gatal.
Nasi sudah menjadi bubur, Mawar. Yang lepas tu biarkan lepas.
Tapi, aku malu! Sudahlah aku akan duduk di sini selama sebulan. Memang sah sah lah aku akan jumpa dia lagi esok! Mana aku nak letak muka aku yang cantik ni?
Ah, pedulilah. Sekarang, tibalah masa yang aku nantikan sejak tadi.
Main dengan the twins tu!
Makin cepat langkah aku ke sofa di mana mereka ditempatkan. Mata mereka berdua segar, baguslah mereka dah bangun. Aku tak sabar nak gomol mereka.
Sampai saja di sofa itu, aku duduk menghadap mereka yang sedang bermain. Yang si budak lelakinya main Ultraman, dan yang si budak perempuannya main anak patung beruang. Kira normal lah tu kan? Kalau terbalik tu, err... No comment.
"Erm hi...?" Aku lambai kan tangan di hadapan mereka.
Mata kedua-duanya memandang aku. Aku turut memandang mereka dengan senyuman lebar pada bibir aku. Dah macam lawan mata pula aku dengan mereka ni. Tiba-tiba aku nampak bibir budak lelaki ni mencebik. Alamak, gaya-gaya nak menangis ni. Sebelum dia menangis, aku angkat dia dulu dan dudukkannya di atas riba aku. Aku usap lembut belakangnya supaya dia tak takut dengan aku. Nasib baiklah dia tak jadi menangis.
Aku pandang pula si budak perempuan. Tenang saja dia. Bibirnya turut tersenyum memandang aku. Baguslah. Dia tak takut dengan aku. Sekali tengok, aku teringat cerita anime yang aku pernah tengok. Gaya mereka berdua ni sama macam Kazuma dan Takuma dalam cerita Gakuen Babysitter. Memang sebijik! Yang seorang si terpaling kuat menangis, seorang lagi si paling tenang.
Tenang saja budak lelaki itu, aku dudukkannya kembali di sebelah kembar perempuannya itu. Aku mencari kelibat mama. Aku nak tahu nama mereka ni. Kalau tak, susah aku nak berbual dengan mereka walaupun aku yakin dan pasti mereka tak akan membalas.
"Dah bagi barangnya Mawar?" Panjang umur mama. Baru nak seru, sudah mari sendiri. Yang tak berkenan tu bila dia tanya pasal benda tu. Aku baru je nak padam memori memalukan itu dalam otak aku. kenapa harus diungkit? Why mama? Why?
"Oh, er, dah." Hanya itu saja yang aku balas. Tak sanggup aku nak bercerita lebih-lebih. Aku bermain dengan anak patung beruang perempuan itu.
"Mien ada cakap apa-apa?" Terlepas anak patung itu daripada tangan aku setelah aku mendengar nama itu. Berdesing telinga aku.
"M-Mien?" Aku inginkan kepastian.
"Anak mama yang Mawar jumpa tadi tu Mien lah. Mika Damien." Balas mama.
"I-f Mi-en is t-oo long, j-u-st ca-ll me sa-y-ang."
Aku pegang telinga aku setelah itu. Sudah kali ketiga suara yang sama aku dengar. Suaranya masih kabur pada pendengaran aku. Apa kena mengena suara itu dengan aku sebenarnya?
"Mawar kenapa sayang?" Mama kelihatan risau melihat aku. Aku hanya menggeleng perlahan.
"Tak ada apalah. Telinga Mawar berdesing tadi." Yang selebihnya, mama tak perlu tahu.
"Oh ya, mama. Mawar nak tanya. Siapa nama dorang ni?" Maksud aku ialah budak lelaki dan perempuan itu.
"Yang perempuan ni, cucu sulung mama. Namanya Damia Erisya. Yang si adiknya pula, namanya Daris Ermizal." Fuh, nama masing-masing. Boleh tahan.
Tapi kenapa aku rasa aku pernah dengar nama ni ek? Ke, kat buku mana-mana aku pernah nampak?
Aku mengusap rambut Mia. Aku pilih nak panggil dia Mia. Mungkin sebab huruf 'M' . Nama aku kan 'M' juga. Mawar. Jadi yang lelakinya, aku nak panggil dia Mizal.
Triple M!
"Berapa umur dorang ni?"
"Tahun ni 2 tahun." 2 tahun? Sudah 2 tahun juga aku kemalangan dan hilang ingatan. Mungkin ke aku tidak mengenali mereka kerana mereka lahir sama tahun dengan kemalangan aku? Mungkin mama dan yang lain aku pernah jumpa, tapi tak ingat. Tapi si kembar ni...
"Mia dan Mizal anak kepada anak umi yang mana?" Langsung aku tak nampak batang hidung yang lain dekat sini kecuali mama.
Dan juga... lelaki tu.
Selebihnya tiada. Ayah kata mereka 3 beradik. Mana lagi 2?
"Mia dan Mizal ni anak kepada anak sulung mama." Ohh–
"Yang Mawar jumpa dekat atas tadi." Nak tersedak air liur aku dengar. Mamat itu ayah kepada si kembar ni. Seriuslah? Maknanya dia dah kahwinlah?
Mampuslah kau Mawar kalau bini dia tahu kau selamba badak pegang muka dia. Habislah kau kena ganyang pakai jentolak.
"Oh, dia dah kahwin ke?" Aku cuma menutup kegugupan aku. Mama cuma mengangguk.
"Mana isteri dia?" Terkaku mama mendengar soalan aku itu.
"Isteri dia–" Belum sempat mama menghabiskan bicara, perbualan kami diganggu dengan bunyi orang memberi salam daripada luar.
"Mama, I'm home!" Dari kejauhan aku dapat mendengar keterujaan suara itu. Anak dia yang lain ke? Hinggalah dia muncul di hadapan aku. Barulah aku dapat melihat wajahnya dengan jelas.
Bukan seorang, tapi dua. Seorang lelaki, seorang perempuan. Yang aku dengar tadi, suara perempuan tu la kan? Tak akan suara lelaki itu pula.
Eh, tapi kejap! Aku macam pernah nampak muka mereka berdua ni.
"Mawar! Lamanya kita tak jumpa! Tanpa apa-apa isyarat, aku dipeluk kuat oleh wanita itu. Aku tak tahu nak balas apa. Sudahnya aku kekal statik di tempat aku.
"Dhia, let her go. Tak boleh bernafas Mawar tu." Lelaki yang datang bersama Dhia itu menegurnya.
"Abang ngah jealous kan sebenarnya? Tak ada siapa nak peluk abang ngah. Bluekk!" Dhia menjelir lidahnya kepada lelaki yang bergelar abang ngah itu. Ha sudah, bergaduh pula depan aku. Kini, lengan aku pula dipaut oleh Dhia.
"Mawar tinggal sini kan esok? Kan?" Penuh teruja Dhia menyoal. Aku mengangguk dengan kekok. Mungkin mereka dah lama kenal aku. Tapi aku tak ingat mereka. Wajarlah aku jadi kekok sekarang ni.
"Kita... pernah jumpa ke sebelum ni?" Soalku. Aku yakin aku memang pernah jumpa mereka sebelum ni. Cuma aku tak pasti di mana. Terus mati senyuman di bibir Dhia.
"Ap-apa maksud Mawar?" Suara Dhia mula berubah. Tak seceria tadi. Lebih kepada serius nadanya. Aku alihkan pula pandangan aku kepada lelaki yang sedari tadi hanya memerhatikan kami.
"Saya pernah jumpa encik juga kan?" Suasana tiba-tiba jadi sepi. Hanya kedengaran suara Mia dan Mizal membebel sesama sendiri.
"Mawar rasa kita pernah berjumpa ke?" Balas lelaki itu pula. Aih, aku tanya dia, dia tanya aku balik.
Dan dan aku teringat sesuatu.
"Now, I remember." Aku memandang mereka bersilih ganti. Wajah mereka tampak pucat. Muka mama pun nampak tergamam.
"Mawar memang pernah jumpa awak berdua."
to be continued...
HAPPY READING ❤️
CAN I GET A VOTE? 👉👈
; rajin nak update hari ni 👀
click the vote button ⭐ !
thank you!
YOU ARE READING
MIEN ESMERAY
RomansONGOING || SLOW UPDATE Mawar Esmeray. Dia hilang ingatan. Dia tak ingat apa-apa tentang dirinya. Dia mulakan hidup sebagai orang baru tanpa mengetahui hidupnya yang dulu. Dia terpaksa tinggal di rumah kawan ayahnya selama sebulan. Hidupnya berubah...