WAJAH kedua-duanya pucat lesi. Kalau aku toreh, pasti tak berdarah wajah itu. Aku yakin mereka berdua ni ada dalam memori aku.
Jangan berangan dapat tipu aku.
"A-apa maksud Mawar?" Mama menyoal ku.
"Korang kan yang Mawar langgar waktu jamuan hari jadi kawan kepada kawan Mawar tu kan? Mawar ingat lagi. Mawar langgar encik dekat dalam dewan tu. Mawar langgar awak waktu keluar tandas tu kan?" Ujar ku dengan lengkap. Kedua-dua melepaskan nafas kelegaan. Lah, dia orang fikir apa tadi?
"Abang ngah dengan Dhia pernah jumpa dengan Mawar sebelum ni?" Kalau didengar semula, nada suara mama itu seperti terselit nya tanda amaran. Ke perasaan aku je? Aku lihat kedua-dua macam lepas tercekik cicak.
"Oh- ha itu- itu, tak sengaja terserempak je mama..." Tergagap-gagap Dhia menjelaskan. Daniel memberikan isyarat mata kepada mamanya.
' We'll talk about this later. "
"Eh, dah pukul 6:30 dah lah. Mawar kena balik dulu ni." Aku bangun untuk pulang.
"Ala, alang-alang esok nak tidur sini, tidurlah sekali hari ni." Dhia sudah memaut lengan aku. Serba salah aku nak menolak.
"Mana boleh Dhia. Uncle Erwan kan nak pergi umrah esok. Mawar mesti lah spend masa dengan ayah dia, kan Mawar?" Tu dia, hero aku dah sampai! Beribu terima kasih aku ucapkan dalam diam. Dhia sudah memuncungkan bibirnya.
"Iyalah. Mawar jangan lupa tau esok. Tidur sini. Dhia nak tidur dengan Mawar." Dhia tersengih lebar memandang aku.
"Mawar balik dulu ya." Aku menghampiri mama dan menyalamnya. Sempat tubuh itu memaut tubuhku. Sebelum aku pulang, aku mendekati si kembar itu kembali.
"Bye twins! Esok Mawar datang lagi tau, siap tidur sini. Nanti kita main lagi tau?" Aku cium pipi si kembar itu. Mizal sudah tersengih-sengih menampakkan gusinya, Mia pula kosong tanpa reaksi.
Sama je macam bapak kau yang dekat atas tu!
Kepulangan aku dihantar oleh mama, Dhia dan Daniel.
Sebaik saja pintu ditutup...
"Now both of you, explain!" Dhia dan Daniel meneguk air liur mereka. Amaran sudah sampai!
"HA itu lah abang ngah. Dhia suruh bagitahu dari haritu lagi, tapi abang ngah degil. Ha tengok, tak pasal-pasal dengan telinga Dhia sekali kena piat dengan mama." Dhia menggosok-gosok telinganya yang dipulas oleh mama. Terus saja mereka lari tak cukup tanah naik ke atas selepas itu.
Semua salah abang ngah!
"Apa salah abang ngah pula? Bukan abang ngah je yang jumpa dia. Dhia pun jumpa dia kan?" Daniel membidas.
"Abang ngah yang suruh jangan cakap dengan mama dengan papa dengan along. Dah tu, tak akan salah Dhia pula? Dhia ikut je." Dhia membalas balik.
"Ish la dia ni kan!" Terus sahaja Daniel menerpa ke arah adiknya itu dan mengkusutkan rambut Dhia. Dhia apa lagi, membalas dengan menarik rambut Daniel.
"Sakitlah Dhia!"
"Abang ngah yang start dulu!"
Perperangan itu terus berlaku sehinggalah ada suara yang menegur mereka.
"Kenapa ni?"
Terhenti segala perbuatan mereka. Dhia pandang Daniel, Daniel pandang Dhia.
Lagi satu bala sudah mari.
* ... 🖤🌙 MIEN EMERAY 🌙🖤 ... *
BERAT sungguh hati aku untuk melepaskan ayah pergi. Aku tak pernah berpisah dengan ayah walaupun sehari. Inikan pula sebulan. Mana tak sedih? Siapa nak manjakan aku lepas ni?
Ayah je yang tahu betapa teruknya aku menangis semalam. Macam-macam cara ayah guna untuk pujuk aku. Nasiblah berjaya.
"Mawar ingat pesan ayah. Duduk sana tu elok-elok sikit. Jangan tunjuk perangai tak elok tu pada mereka." Sempat lagi ayah memerli aku dalam pada menasihati aku. Aku mencebik.
"Mana ada! Mawar baik tau!" Aku bangga diri di di hadapan ayah. Ayah hanya tersenyum. Tangannya mengusap kepala aku yang berbalut tudung bawal berwarna hitam. Sungguhlah aku rasa nak menangis lagi. Kalau tak dikenangkan sekarang kami di lapangan terbang, dah lama aku banjir dekat sini.
Terus saja aku peluk ayah dengan erat.
"Jaga diri Mawar baik-baik. Ayah nak Mawar tahu, ayah sayangkan Mawar sangat-sangat." Tolonglah bertahan air mata.
"Mawar pun sayang ayah sangat-sangat." Aku kuatkan pelukan. Aku ingin pelukan ini kekal selama-lamanya.
"Ayah jangan risau pasal Mawar. Mawar pandai jaga diri. Ayah jaga diri tau dekat sana. Jangan nakal-nakal. Jangan cari ibu baru untuk Mawar dekat sana." Sempat lagi aku bergurau dengan ayah.
"Tak adanya. Entah-entah Mawar yang bawa suami jumpa ayah nanti." Aih, kena balik.
"Ish, mana ada! Ayah ni!"
"Mana tau nanti Mawar try anak kawan ayah tu..." Makin menjadi-jadi ayah mengusik aku.
"Ayah!" Membulat mata aku. Anak kawan ayah yang nombor berapa ya tu? Yang adiknya ke... yang abang? Tapi yang abangnya tu kan dah berkahwin. Tapi kalau dengan adiknya pun, aku tak inginlah!
Tak nak aku berkeluarga dengan bapak si kembar tu. A big no!
"Elok-elok kau dekat sana Erwan." Suara garau yang lain itu menyedarkan aku bahawa bukan hanya aku dan ayah yang ada di situ. Keluarga kawan ayah, iaitu Dafi, juga suami kepada mama, mama dan juga Dhia turut menghantar ayah ke lapangan terbang ini. Hanya mereka bertiga. Tiada pula bayang si kembar dan 2 orang lelaki yang lain itu.
"Minta tolong jagakan Mawar ya, Dafi, Yati." Ayah meminta bantuan mereka untuk menjaga aku. Lihatlah betapa pentingnya aku kepada ayah sehingga aku yang tua bangka ni pun minta tolong orang yang jaga.
Ayah menghampiri Encik Dafi dan memeluknya. Aku melihat Encik Dafi menepuk-nepuk belakang ayah beberapa kali. Aku juga perasan bibir ayah bergerak-gerak membisikkan sesuatu kepada Encik Dafi. Mulalah rasa ingin tahu aku tu datang. Tapi, macam tak elok pula menyibuk orang tua bercakap.
Jadi, aku simpankan saja niat aku tu.
AKHIRNYA penerbangan ayah berlepas. Kini tinggallah aku bersama papa, mama dan juga Dhia. Sedaya upaya aku tahan air mata daripada menitik. Aku tak nak ayah rasa berat hati kalau aku menangis.
Sabarlah Mawar, sebulan je.
"Mawar dah pack barang kan?" Mama menyoal ku. Aku mengangguk.
"Dhia nanti tolong Mawar bawa barang-barang dia okay? Papa hantar mama balik dulu." Dhia cuma mengangguk.
"Jom Mawar. Kita pergi rumah Mawar dulu, ambik barang semua. Lepas tu kita terus gerak pergi rumah papa. Tak sabarnya nak duduk dengan Mawar!" Dhia menggoyangkan lengan aku tanda dia sangat teruja. Tak silap aku, mama kata umur Dhia ni muda setahun je daripada aku.
Tapi perangai dia dah boleh sama sama naik dengan si kembar tu aku rasa.
Maka bermulalah sebulan aku di 'rumah baru' aku itu.
to be continued...
HAPPY READING ❤️
CAN I GET A VOTE? 👉👈
; click the vote button ⭐ ! thank you 🌻
YOU ARE READING
MIEN ESMERAY
RomanceONGOING || SLOW UPDATE Mawar Esmeray. Dia hilang ingatan. Dia tak ingat apa-apa tentang dirinya. Dia mulakan hidup sebagai orang baru tanpa mengetahui hidupnya yang dulu. Dia terpaksa tinggal di rumah kawan ayahnya selama sebulan. Hidupnya berubah...