ME : 02

157 20 0
                                    

SEMUA orang sibuk dengan hal masing-masing. Ada yang sedang membaca, ada yang sedang bermain, ada yang sedang menangis. Macam-macam ragam ada di sini.

Di sinilah aku. Mengisi masa lapang semasa hari minggu.

Di teratak impian.

Tempat di mana anak-anak yang kehilangan ibu bapa mereka tinggal. Ada yang ditinggalkan oleh ibu mereka, ada yang dihantar ke sini kerana bapanya tidak mahu menjaga, setiap anak-anak di sini mempunyai kisah mereka yang sendiri.

Tempat ini bagai rumah kedua aku. Di sinilah aku berasa tenang dah gembira. Tempat ini jugalah satu-satunya tempat yang ayah benarkan aku pergi tanpa perlu bersoal jawab dengannya. Lagipun, ayah jarang ada di rumah. Jadi, di sinilah aku datang untuk hilangkan kesunyian. Kata ayah, teratak ini tempat tinggal ibu dulu.

Ya, ibu anak yatim piatu. Ibu kepada ibu aku, yang juga merupakan nenek aku, meninggal dunia semasa melahirkan ibu. Atuk pula mengalami serangan jantung yang turut membawanya pergi. Atuk dan nenek kedua-duanya anak tunggal. Ibu pun sama. Jadi, di sinilah tempat ibu dihantar.

Kadang, aku terfikir bagaimana hidup ibu sepanjang itu. Mungkin nasib ibu berubah kerana berjumpa dengan ayah? Aku tak tahu.

"Kak Mawar!" Ceria suara itu memanggil aku.  Aku tersenyum melihat langkah kecil kanak-kanak lelaki itu.

"Jehan." Aku mengangkat kanak-kanak berumur 5 tahun itu dan diletakkan pada riba aku. Badan itu didengarkan sedikit supaya dapat melihat mukaku.

"Kak, umi kata kak tidur sini, betul ke?" Bersinar-sinar mata aku menyoal sambil memandang aku. Wajahnya penuh berharap. Aku mengusap kepalanya dengan penuh kasih sayang.

"Ya, kak Mawar tidur sini." Terus Jehan menjerit teruja.

"Dah lama kak tak tidur sini." Aku tersenyum hambar. Bagaimana untuk aku tidur di sini? Aku tidak mahu kanak-kanak ini semua melihat aku menangis setiap awal pagi kerana terjaga daripada mimpi yang menyakitkan aku.

"Jehan rindu kak Mawar?"

"Rindu sangat-sangat. Jehan buat semua yang akak minta. Jehan jaga semua orang dekat sini. Jehan jadi good boy dekat sini. Jehan tak susahkan umi pun. Jehan selalu tolong umi. Jadi, umi pun tak pernah marah Jehan." Ucapan polos Jehan buatkan aku ketap bibir dengan kuat. Andai saja ibu Jehan mendengar kata-kata Jehan ini, masih lagikah wanita itu ingin membuang Jehan?

Wanita yang bergelar umi di teratak ini pernah bercerita bahawa Jehan ditinggalkan oleh ibunya ketika masih berumur 5 bulan kerana ibu Jehan tidak mahu menjaganya dengan alasan Jehan akan menyusahkan dirinya. Dengan wajah yang angkuh, ibu Jehan memberikan Jehan pada umi, dah terus melangkah pergi. Di manakah rasa tanggungjawab wanita itu? Tidak ada sekelumit rasa bersalah kah kerana meninggalkan Jehan?

Andai wanita itu tahu, Jehan tak pernah menyusahkan sesiapa di sini. Apabila jatuh, Jehan bangkit sendiri, tanpa tangisan seperti kanak-kanak lain. Jehan seorang yang kuat bagi kanak-kanak berumur 5 tahun. Semuanya Jehan akan cuba lakukan sendiri. Apa lagi yang wanita itu harapkan?

"Jehan memang good boy... kak Mawar bangga dengan Jehan. Kak Mawar sayang Jehan sangat-sangat."Aku memeluk tubuh Jehan untuk menghalang dirinya daripada melihat mataku yang mula berkaca.

Doa aku cuma satu.

Semoga ibu Jehan sedar kesilapannya dan datang menemui Jehan suatu hari nanti.

       * ... 🖤🌙  MIEN EMERAY  🌙🖤 ... *

MALAM semakin larut. Jam menunjukkan pukul 11:30 malam. Anak-anak di sini sudah pastinya sudah dibuai mimpi. Aku saja yang masih berjaga. Entah kenapa mata aku segar saja malam ini. Mungkin kerana aku sudah lama tidak tidur di sini, jadi terasa kelainan itu.

Baru sahaja aku ingin menutup mata, kedengaran bunyi pintu seperti diketuk. Disebabkan bilik aku paling dekat dengan pintu masuk, jadi aku dapat mendengar dengan jelas. Aku bangkit daripada perbaringanku. Tudung aku capai.Tiba-tiba rasa meremang bulu roma aku. Mana taknya, tengah malam macam ni pintu diketuk. Aku beranikan diri untuk menuju ke arah pintu. Langkah aku perlahan saja. Sempat aku mencapai kayu di tepi sofa. Dengan lafaz bismillah, aku membuka pintu itu.

Kosong. Tiada sesiapa. Aku memandang sekeliling. Sepi. Langsung tiada orang. Aku salah dengar ke?

Sebaik saja aku ingin menutup pintu, mata aku memandang ke lantai. Hampir terhenti jantung aku apabila melihat sebuah kotak bersaiz sederhana di hadapan pintu teratak ini.

Tak, bukan.

Bukan kotaknya, tapi isi kotak itu.

Seorang bayi kecil yang sedang nyenyak dibuai mimpi!

Aku melutut memegang kotak itu. Tepi kotak itu aku genggam kuat. Siapa lagi yang tergamak membuang anak mereka sendiri?! Rasa marah menerjah dalam diri aku.

Dengan perlahan-lahan, aku mengangkat kotak itu masuk ke dalam teratak. Pintu aku tutup dengan perlahan, tidak mahu ada yang terjaga.

Apa patut aku buat? Hendak beritahu umi? Aku tak sanggup mengejutkannya.

Aku membuat keputusan untuk membawanya ke bilik yang aku duduki. Tudung aku cabut daripada kepalaku. Lena saja bayi itu. Langsung tak menyedari apa yang berlaku tatkala ini. Air mata aku mula bertakung. Pada mulanya, hanya setitik yang jatuh dari tubir mata aku, lama-lama menjadi semakin lebat. Aku memegang dada aku yang terasa sakit.

Kenapa aku terasa sangat sakit?

Kerana bayi itu ditinggalkan kah? Mungkin.

Atau kerana aku tahu rasa sakit ditinggalkan? Aku tak pasti.

Tapi bukan.

Rasa sakit yang mencengkam ini kerana aku rasa sakit kerana terasa sesuatu kehilangan yang amat besar. Lebih daripada sebelum ini. Aku rasa rindu yang teramat pada sesuatu. Tapi apa?

Aku melihat sekeping fail yang diselit di tepi bayi itu. Aku menariknya isinya keluar. Sebuah dokumen?

SIJIL KELAHIRAN

Aku menekup mulutku. Tak rasa bersalahkah orang itu buat begini pada anaknya sendiri? Seolah-olah ingin membuang terus bayi ini daripada hidupnya. Aku meneliti kertas itu.

CAHAYA QASEH

Nama yang sedap, namun kenapa ditinggalkan juga. Bayi ini akan menjadi cahaya untuk mereka. Aku yakin. Aku pandang pula tarikh lahirnya.

3 MAC 2021

Sekarang bulan 8. Maknanya, bayi ini baru berusia 2 tahun? Usia yang sepatutnya dicurahkan kasih sayang, tapi ini yang diberikan? Kejam. Kecil sahaja badannya. Sekali lihat, memang kelihatan seperti baru beberapa bulan.

Aku meletakkan sijil itu di rak sebelah katil sebelum perhatian aku beralih pada Cahaya. Ya, aku pilih untuk panggil dia cahaya. Dia cahaya yang akan menerangkan hidup kami di sini.

Aku tak pernah angkat seorang bayi yang yang kecil seperti ini. Jadi aku agak takut untuk memegangnya. Tapi aku tak sanggup melihat bayi itu kekal di dalam kotak tersebut. Aku beranikan diri untuk mengangkatnya keluar daripada kotak itu.

Aneh. Aku tak rasa kekok. Rasa seperti ini bukan sesuatu yang baru bagi aku. Aku pernah dukung seorang bayi ke sebelum ini?

"Th-they a-are o-ou-r lo-l-love's p-pro-of."

Aku memegang kepala aku yang berdenyut kuat. Aku meletakkan bayi itu di bahagian katil sebelah aku. Aku mencengkam kuat rambut aku. Suara itu...

Suara itu kedengaran tak jelas pada pendengaran aku. Bagaikan pita rosak yang memainkan isinya. Makin menggila aku dibuatnya kerana sakit itu tidak beransur pulih, malah kepala aku menjadi semakin sakit. Dada aku terasa sempit.

"Sa-sakit..." Rintihku perlahan.

Dahi aku berpeluh-peluh.

Dan akhirnya pandangan aku mula gelap.

                                                to be continued...

HAPPY READING ❤️

CAN I GET A VOTE ? 👉👈







MIEN ESMERAYWhere stories live. Discover now