ME : 25

148 23 4
                                    

AKU lihat baki wang pada mesin bank tersebut dengan senyuman nipis. Sudah mengagak semuanya berlaku. Namun tidak sedikit pun aku merasa menyesal. Andai dengan ini mampu menyelamatkan nyawa seseorang atas izin Tuhan, aku tidak peduli andai aku kehabisan wang sekalipun. Daripada beratus ribu ringgit di dalam akaun bank aku, kini hanya tinggal beberapa ribu sahaja. Tidak sampai tiga ribu ringgit sahaja yang tinggal.

Aku kembali melangkah menuju ke hospital yang berada bersebelahan dengan bank. Tempat pertama yang aku tuju ialah surau. Sebelum aku melihat seseorang, ada baiknya aku menenangkan hati aku. Aku menunaikan solat sunat dhuha bagi menenangkan hati yang bergelora. Usai menunaikan solat sunat dua rakaat, aku duduk berteleku di atas sejadah sambil meraup wajahku. Perlahan-lahan cecair hangat mula membasahi pipiku.

Fikiranku menerawang ketika hari aku ke hospital ini setelah mendapat panggilan kecemasan daripada umi berkaitan Cahaya.

"Macam mana dengan Cahaya doktor?" Tanpa membuang masa, terus sahaja aku menyoal doktor bernama Mizan itu. Aku lihat doktor itu menarik nafas panjang sebelum membuka bicaranya. "Begini Puan, setelah saya memeriksa keadaan Cahaya , saya mendapati bahawa Cahaya menghidap Respiratory Syncytial Virus (RSV)..." Doktor Mizan berhenti seketika sebelum menyambung.

"Penyakit RSV ini disebabkan virus yang menjangkiti saluran pernafasan bawah (lower respiratory tract). Ia menyebabkan peradaan paru-paru..." Umi sudah menekup mulutnya akibat terkejut. Aku memegang tangannya dengan erat di bawah meja. Aku harus kuat untuk umi. Aku tidak boleh lemah di hadapannya. Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum menyoal. "Macam mana... Cahaya boleh terkena jangkitan ni?"

"Kebiasaannya, kanak-kanak yang berisiko tinggi adalah kanak-kanak yang dilahirkan pra-matang, bayi yang mengalami kecederaan 'barotrauma', memerlukan bantuan pernafasan melalui ventilator atau memerlukan bantuan oksigen melebihi 28 hari. Bayi-bayi yang mengalami masalah jantung kongenital juga menghadapi risiko komplikasi akibat jangkitan RSV. Jangkitan RSV sendiri boleh menyebabkan kerosakan pada paru-paru dan seterusnya menyebabkan 'bronchiolitis obliterans' di mana pesakit memerlukan bantuan oksigen secara beterusan." Aku mendengar suara umi mengucap panjang. Mata aku memandang doktor Mizan dengan wajah tak percaya.

MIEN ESMERAYWhere stories live. Discover now