ME : 19

118 19 0
                                    

AKU termenung jauh merenung siling putih yang kosong. Sekosong-kosong perasaan aku sekarang. Air mata yang mengalir sedari tadi langsung tidak aku hiraukan. Semuanya seperti mimpi.

Kalau semua mimpi, tolong kejutkan aku.

Mimpi ini... sangat menyakitkan. Aku tak mampu nak terima mimpi ini. Tolonglah...
Berita ni terlalu berat untuk aku.

"Mawar..." Suara lembut mama aku endahkan. Aku diam tanpa membalas apa-apa. Aku hanya ingin bersendirian sahaja saat ini. Aku tak perlukan sesiapa.

Terasa sisi katil aku diduduki olehnya. Tangannya lembut mengusap rambutku. Namun aku masih kekal statik di tempat ku.

"Mawar, makan jom sayang? Mama ada bawa kan bubur untuk Mawar." Aku menggeleng.

"Mawar tak lapar."

"Mawar jangan macam ni sayang... Mawar kena terima semuanya dengan hati yang terbuka Mawar..." Ucap mama dengan lembut. Aku tergelak sinis dengan air mata yang semakin lebat mengalir.

"Terima? Terima yang ayah dah tinggalkan Mawar selama-lamanya?" Soalku dengan suara yang bergetar. Berita pemergian ayah masih lagi mengejutkan aku. Ayah pergi secara tiba-tiba. Baru 2 hari lepas aku berbual dengannya di telefon. Ayah kedengaran baik-baik sahaja. Masih jelas di ingatan aku perbualan aku dengannya.

"Ayah! Rindunya Mawar dekat ayah. Macam dah lama sangat Mawar tak jumpa ayah tau." Padahal baru seminggu lebih ayah menunaikan umrah. Tapi ye lah, aku tak pernah berpisah dengan ayah lama-lama apatah lagi jauh-jauh begini. Mana aku tak rindu?

"Ayah pun rindu sangat dengan Mawar. Mawar sihat? Macam mana dekat sana okay?" Ayah menyoal dengan nada prihatin.

"Alhamdulillah Mawar sihat. Dekat sini okay je. Semua orang layan Mawar baik sangat, dah macam anak sendiri." Aku gelak perlahan.

"Ayah sihat?" Soalku pula.

"Alhamdulillah sihat. Tapi biasalah dah tua-tua ni, penat sikit." Aku mengangguk walaupun aku tahu ayah tidak melihat.

"Mawar... ayah nak cakap sikit." Suara ayah kedengaran serius.

"Ayah nak cakap apa?"

"Walaupun apa yang terjadi lepas ni, Mawar kena kuat tau? Demi ayah. Terima semuanya dengan berlapang dada tau sayang? Mawar jangan menangis ya? Ayah tak ada untuk kesat air mata Mawar lagi..." Sayu saja suaranya mengungkapkan kata-kata itu. Bibirku melengkung ke bawah. Tanda-tanda hampir menangis.

"Ayah..." Suaraku mula bergetar.

"Kenapa ayah cakap macam tu? Ay-Ayah nak tinggalkan Mawar ke..." Kedengaran ayah ketawa perlahan.

"Mawar... ayah cuma cakap je... Ayah tak selamanya dengan Mawar... sebab tu kalau boleh... ayah berharap sangat Mawar ingat semuanya semula... Setiap hari ayah doakan Mawar supaya memori Mawar kembali..." Mulalah air mata aku berlumba-lumba nak keluar dengan ucapan ayah ni.

"Penting ke untuk Mawar ingat semuanya kembali?" Soalku tersedu sedan.

"Sangat penting sayang. Ayah nak Mawar tahu yang kegembiraan dunia dan akhirat Mawar ada pada memori tu sendiri..." Sungguh aku tak faham. Apa maksud ayah? Penting sangat ke perkara itu?

"Dan lagi satu... boleh Mawar janji sesuatu dengan ayah?" Suara ayah berubah menjadi penuh berharap.

"Apa dia ayah?"

MIEN ESMERAYWhere stories live. Discover now