ME : 11

132 22 1
                                    

AKU bagaikan hilang arah tuju. Aku tak tahu kemana tempat yang patut aku pergi. Baru pukul 11 pagi. Selalunya waktu kerja aku tamat pukul 5:30 petang. Tapi sekarang? Aku tak lagi bekerja. Aku ada masa terluang yang sangat banyak.

Nak pulang ke rumah mama? Aku pasti mesti mama pelik melihat aku di rumah. Walaupun aku ingin saja balik, dan bermain dengan Mia dan Mizal. Aku yakin mereka sudah bangun sekarang. Tapi tak mengapalah, aku tak mahu mama tahu aku diberhentikan kerja.

Yang menganggu fikiran aku sekarang ialah Teratak Impian. Selalunya aku akan memasukkan sebahagian wang daripada gaji aku ke dalam bank milik teratak tanpa pengetahuan umi. Jadi sekarang, macam mana aku nak masukkan wang kalau aku sendiri pun tidak bekerja.

Aku tak mahu pakai duit ayah. Aku nak duit hasil daripada titik peluh aku sendiri. Aku ingin merasa bagaimana susahnya untuk mendapatkan wang dengan hasil tangan sendiri. Aku berjaya merasakan perasaan itu. Tapi hanya sementara. Mungkin rezeki aku ada di tempat lain.

Yakin dengan perancangan Allah, Mawar.

Aku memandu keretaku ke Teratak. Mungkin ini tempat yang sesuai untuk aku sekarang. Kalau ikut perancangan, sepatutnya esok, hari Sabtu aku akan datang ke teratak. Tapi, sudah alang-alang aku pun tiada tempat untuk dituju, aku buat keputusan untuk ke Teratak.

Aku pun sangat rindukan mereka.

Berhenti sahaja kereta aku di hadapan Teratak, telefon aku berbunyi. Laju saja aku mengeluarkan telefon pintar aku daripada beg tanganku.

AYAH ✨

Senyuman automatik terukir di bibir aku. Panggilan tersebut aku angkat tanpa membuang masa.

"Ayah!" Sapaku penuh keterujaan.

"Assalamualaikum Mawar." Aku senyum perlahan. Silap aku.

"Ops, sorry ayah. Waalaikumussalam."

"Mawar sihat?" Baru sehari ayah pergi, ayah sudah bertanya pasal keadaan aku. Bagaimanalah aku tak rindu ayah.

"Alhamdulillah Mawar sihat je. Ayah dekat sana okay?" Soalku pula.

"Ayah pun sihat. Mawar macam mana dekat rumah kawan ayah?"

"Biasa je. Maybe sebab baru sehari kot. Jadi awkward sikit la." Jujurku. Air mata aku mula bertakung. Semakin aku dengar suara ayah, semakin bertambah rinduku padanya. Macam mana aku nak beritahu ayah yang aku telah diberhentikan? Aku tak sanggup nak biar ayah tahu. Buat masa sekarang, biarlah aku rahsiakan dulu. Belum masanya lagi untuk aku jujur.

"Baguslah kalau Mawar baik-baik je dekat sana. Janji dengan ayah, jaga diri Mawar dekat sana ya? Ayah nak Mawar tahu, ayah sayang Mawar sangat-sangat." Lembutnya suara ayah buatkan air mata aku mengalir perlahan.

"Mawar pun sayang ayah sangat-sangat."

"Ayah tak boleh lama ni, panjang umur kita borak lagi ya Mawar? Assalamualaikum." Terasa berat hati aku untuk menamatkan panggilan telefon.

"Waalaikumussalam." Panggilan dimatikan. Nafas aku hela perlahan. Aku membuka pintu kereta. Aneh rasanya untuk pergi ke sini pada hari bukan minggu.

"Assalamualaikum!" Aku memberi salam sebelum melangkah masuk. Teratak ni kan dah macam rumah kedua aku. Tak salah pun kalau aku main redah je. Macam tak biasa.

"Kak Mawar!" Spontan aku menoleh apabila nama aku diseru. Senyuman lebar terukir di bibirnya dan juga bibir aku.

"Yaya." Aku menundukkan badan sedikit untuk mendukung Yaya.

"Rindunya Yaya dekat kak Mawar!" Badan aku dipeluk seeratnya.

"Kak Mawar lagi rindu Yaya tau. Mana yang lain? Umi?" Soalku.

"Umi tengah mandikan Cahaya sebab tadi Cahaya muntah." Petah sahaja Yaya bersuara.

"Cahaya muntah?" Yaya mengangguk.

"Cahaya demam. Sejak pagi semalam. Cahaya asyik menangis je kak Mawar. Makan pun tak nak. Dia asyik muntah kan balik je." Ceritanya. Patutlah aku asyik terfikirkan Cahaya. Demam rupanya.

"Eh, Yaya tak pergi tadika ke?" Baru aku perasan, hari ni hari Jumaat. Patutnya Yaya dah pergi tadika dengan Jehan. Belum pukul 12:30 tengah hari lagi. Apa yang dia buat dekat sini waktu ni?

Yaya tersengih sehingga menampakkan giginya.

"Tak, Yaya tak gi tadika. Pagi tadi Yaya sakit perut, lepastu tertinggal van. Umi pun tak boleh nak hantar sebab Cahaya asyik menangis." Alahai, kesiannya Yaya.

"Yaya buat apa je dari tadi?"

"Yaya tolong umi lipat baju kak Mawar! Ye lah, Uwais, kak Tisha dengan Jehan sekolah, Yaya pun tak boleh main." Adunya.

"Kenapa tak main dengan abang Hakeem? Sekolah Abang Hakeem kan tak buka hari ni?" Hakeem ni juga antara adik aku di Teratak ini. Umurnya baru 17 tahun. Dia saja yang sekolah menengah di sini. Ada 9 orang semuanya termasuk aku. Bermula daripada aku, Umar, Mariam, Hakeem, Tisha, Uwais, Jehan, Yaya dan yang terakhir ialah Cahaya.

"Hm taknaklah. Abang Hakeem tu mana nak main dengan Yaya. Asyik baca buku je. Tak best langsung." Bibirnya dicebikkan.

Tergelak aku mendengarnya. Memang pun. Hakeem tu spesis satu dalam sejuta. Ulat buku. Nak pula tahun ni dia SPM. Memang buku sajalah kawan dia. Hakeem sememangnya murid cemerlang di sekolahnya. Fahamlah aku bila dia tak boleh meluangkan masa dengan yang lain di sini. 

"Takpe. Hari ni Yaya main dengan kak Mawar okay? Kak Mawar sampai petang dekat sini." Terus membesar mata Yaya.

"Betul ke kak Mawar?" Aku mengangguk.

"Esok pun kak Mawar datang sini lagi tau. Jadi kita main dengan yang lain sampai puas!" Ujarku.

"Yeay!"

"Mawar?" Suara umi yang menyebut nama aku. Kelihatan umi sedang mendukung Cahaya yang masih lagi berbalut tuala berwarna putih. Comel!

"Umi!" Aku melangkah merapatinya. Tangan aku menguis pipi Cahaya.

"Assalamualaikum Cahaya, kak Mawar datang ni..." Aku memegang jarinya yang kecil. Terasa sedikit hangat jarinya. Namun tak disangka, Cahaya tersenyum melihat aku.

"Bila Mawar sampai?"

"Baru je tadi. Yaya kata umi tengah mandikan Cahaya, jadi Mawar mainlah dengan Yaya kejap." Ujarku.

"Cahaya pun demam ni." Aku mengangguk.

"Kak Mawar, Yaya nak turun." Aku menurunkan Yaya. Entah kemana langkahnya pun aku tak tahu. Laju je dia lesap.

"Biar Mawar je la pakaikan Cahaya baju. Umi rehatlah. Yaya kata Cahaya asyik menangis je. Kesian umi penat." Aku mengambil Cahaya daripada dukungan umi.

"Mawar tak kerja ke?" Terkedu aku mendengarnya.

"Err, tak. Mawar ambik cuti hari ni. Alang-alang esok cuti, Mawar cuti terus hari ni." Aku cuba berdalih. Aku tak mahu umi susah hati. Syukurlah umi langsung tak menyoal apa-apa.

"Pergilah pakaikan Cahaya baju. Umi nak masak kejap."

"Nak Mawar tolong?" Tawarku.

"Takpe. Mawar tengok-tengokkan Yaya dengan Cahaya. Yang lain pun dah nak balik dah tu." Aku mengangguk sahaja.

"Jom Cahaya. Kita pakai baju!" Dan aku pun melangkah menuju ke bilik di mana pakaiannya terletak.

Di sini, masalah aku seolah-olah dibawa pergi. Dan aku berharap ianya tak akan kembali.

                                               to be continued...

HAPPY READING ❤️

CAN I GET A VOTE? 👉👈

; kalau tak tekan vote button, taknak update 😤

* hehe gurau .

MIEN ESMERAYWhere stories live. Discover now