PANDANGAN aku disapa dengan figura seseorang lelaki. Lelaki itu membelakangi aku. Aku memerhatikan keadaan sekeliling.
Asing. Aku tak tahu aku berada di mana. Yang aku tahu, aku berada di tepi jalan raya, bersama orang ramai yang sedang lalu lalang. Di hadapan aku terdapat seseorang wanita. Wajah kedua-duanya kabur pada penglihatan aku. Aku cuba menggosok mataku, tapi hampa. Wajah mereka tetap tidak jelas.
Mereka seperti bertikam lidah. Nampak serius saja gayanya. Aku cuba menghampiri mereka. Namun tiba-tiba wanita itu berlari, dan lelaki itu mengejar.
Pinn!
Di depan mata aku sendiri, aku melihat wanita itu dilanggar, wajahnya berlumuran dengan darah. Kepalanya terhentak kuat pada jalan raya. Lelaki yang cuba mengejar wanita itu, turut dilanggar oleh kereta bertentangan. Kedua-duanya parah. Mereka kemalangan pada masa yang sama, tetapi dengan kereta yang berbeza.
Aku ingin membantu, tetapi kakiku seakan-akan digam. Aku tak mampu bergerak. Air mata aku mengalir lesu pada pipi aku. Kenapa aku menangis?
"Sayang!"
Mata aku terbuka luas. Dadaku berombak laju. Hanya siling putih menyapa pemandangan aku. Aku cuba menarik tangan aku, namun terasa seperti diikat. Aku membawa pandangan mataku pada tangan aku.
Air drip aku pandang seketika.
Baru sahaja aku ingin bangkit, pintu dibuka daripada luar.
Ayah.
"Mawar! Alhamdulillah Mawar dah sedar." Berkali-kali ayah meraup mukanya tanda syukur.
"Mawar ada rasa sakit dekat mana-mana ke?" Aku tak menjawab soalan ayah, hanya air mata aku yang mengalir. Aku tak tahu kenapa, air mata keluar dengan sendirinya, tanpa aku pinta.
"Kenapa ni Mawar?" Ayah memegang tanganku dengan wajah yang risau.
"Ma-Mawar tak tahu..." Aku masih lagi tak berhenti menangis.
"Cuba cerita dengan ayah, apa yang jadi. Ayah terkejut dapat call pagi tadi Mawar tiba-tiba tak sedarkan diri."
Ayah cuba menenangkan aku. Aku cuba mengingat kembali peristiwa yang berlaku sebelum aku tidak sedarkan diri."Malam tadi... ada orang hantar baby yang baru 2 tahun depan teratak... dalam kotak..." Aku mulakan cerita.
"Astagfirullahaladzim... Apa jadi lepas tu?"
"Lepas tu, Mawar bawa dia masuk bilik. Mawar cuba dukung dia, nak keluarkan dia daripada kotak... tapi..." Aku ketap bibir dengan kuat.
"Tapi?"
"Mawar rasa something waktu pegang Cahaya..." Aku luahkan apa yang aku rasa.
"Cahaya?"
"Nama baby tu..."
"Mawar rasa apa?" Ayah mengelus lembut kepala aku, cuba menenangkan aku yang masih tidak berhenti menangis.
"Mawar rasa sakit sangat... Mawar rasa macam kehilangan sesuatu... Mawar rasa rindu pada sesuatu... tapi Mawar tak tahu apa dia..." Aku menangis lagi. Sakitnya masih belum hilang.
Badan ayah mengeras mendengarnya.
"Mawar... ada ingat sesuatu?" Ayah menyoal dengan perlahan. Aku cuma mampu menggeleng lemah. Aku memandang wajah ayah yang tampak gusar.
"Ayah tahu sesuatu ke?" Ujiku. Ayah bukan seseorang yang macam ni. Ayah seorang yang tenang, tapi kenapa ayah nampak risau?
Ayah menggeleng. Riak wajahnya cuba dikawal sehabis baik.
YOU ARE READING
MIEN ESMERAY
RomanceONGOING || SLOW UPDATE Mawar Esmeray. Dia hilang ingatan. Dia tak ingat apa-apa tentang dirinya. Dia mulakan hidup sebagai orang baru tanpa mengetahui hidupnya yang dulu. Dia terpaksa tinggal di rumah kawan ayahnya selama sebulan. Hidupnya berubah...