ME : 06

173 27 1
                                    

DHIA sedang memilih buku yang sesuai untuk dibaca. Kerana bosan duduk di rumah, Dhia membuat keputusan untuk pergi ke perpustakaan awam ini untuk mencari buku. Fokus Dhia terganggu apabila telefonnya berbunyi tanda ada notifikasi masuk. Pantas saja Dhia mengeluarkan telefon pintarnya dan membuka mesej itu.

MY MAMA ❤️

- Mawar ada dekat rumah sekarang. Balik nanti, buat macam biasa. Ikut apa yang abang ngah kata semalam.

Tersenyum lebar Dhia membaca mesej itu. Akhirnya dapat juga dia berjumpa dengan Mawar!

Laju saja tangannya mencari nombor seseorang. Panggilan bersambung.

"Abang ngah! Mawar dah ada dekat rumah sekarang! Jom kita balik sama-sama abang ngah! Dhia tak sabar nak tengok Mawar! Jom! Jom" Ujar Dhia dengan teruja.

"Dhia dekat mana ni?"

"Dhia dekat perpustakaan, tempat biasa. Abang ngah datang jemput Dhia boleh? Dhia naik grab je tadi." Dhia tersengih sedikit. Dia tahu apa yang abang ngah nya akan balas.

"Yang mengada naik grab tu kenapa?" Dhia menjauhkan sedikit telinganya daripada telefon apabila suara abangnya semakin meninggi.

"Hehe, saja. Jangan lupa tau abang ngah jemput Dhia. Dhia tunggu!" Terus saja panggilan dimatikan. Tak sanggup nak dengar abang ngah membebel lagi. Boleh cair tahi telinga dia.

Senyuman lebar Dhia masih lagi tak hilang daripada bibirnya. Matanya melihat gambar yang terpapar pada skrin telefonnya.

Rindu sungguh dia pada waktu itu. Andai waktu boleh diputarkan kembali, Dhia tak akan buat perkara itu lagi. Dia menyesal. Kerana dirinya, Mawar merana, abangnya terseksa.

"Dhia minta maaf Mawar. Dhia harap sangat Mawar boleh terima Dhia macam dulu." Senyuman Dhia mula memudar.

"Maafkan Dhia..."

DHIA sedang dalam perjalanan pulang bersama abang ngah nya. Dan semestinya pelbagai 'nasihat' yang abang ngah berikan padanya. Kalau tadi dia dapat lari, sekarang tidak lagi. Nak tak nak, dia terpaksa mendengar saja. Kalau tak, memang dia akan jalan kaki balik rumah nanti.

"Dhia ingatkan apa abang ngah cakap semalam?" Dhia mengangguk.

"Tapi kan abang ngah, sampai bila kita nak buat macam tu? Kalau tiba-tiba Mawar dapat tahu, tak ke kecik hati dia?"

"Kita buat macam ni bukan saja-saja. Abang ngah pun risau sebenarnya. Along lagi. Haih, serabut kepala angah fikir." Lelaki itu mengeluh perlahan.

"Abang ngah rasa plan kita ni boleh berjaya tak?" Soal Dhia.

"Heh, tolonglah. Ini Malik Daniel lah. Jarang tak berjaya. Dhia tunggu je la." Ujar Daniel dengan suara penuh bangga. Dhia mencebik mendengar abangnya itu.

"Dhia harap semuanya okay..."

         * ... 🖤🌙 MIEN EMERAY 🌙🖤 ... *

SUASANA sunyi. Tiada siapapun yang bersuara. Mungkin kalau aku teguk air liur aku pun boleh kedengaran. Menggigil badan aku dibuatnya kerana lelaki di hadapan aku ini memandang aku tajam. Aku cuba menganalisis wajahnya untuk melihat dengan lebih jelas, namun hampa.

Wajah itu penuh dengan jambang. Rambutnya pula memanjang. Hanya matanya saja yang jelas memandangku. Walaupun mata lelaki itu tajam, tapi matanya tampak kuyu.

Kenapa nampak macam sedang bersedih?

Aku berdehem untuk menghilangkan suasana sunyi. Tak boleh jadi ni. Aku kena buat sesuatu.

"Hai encik! Nama encik siapa?" Suara penuh teruja aku berikan kepadanya. Tapi reaksinya kosong. Menyesal pula aku rasa buat perangai macam ni. Tapi... mungkinkah sikapnya itu kerana keadaannya sekarang.

Selalu kan orang yang duduk di atas roda ni sakit, jadi dia tak mahu orang tengok dia dengan pandangan kasihan sebab seolah-olah sedang menghina dia. Kira tak salah kan apa aku buat? Aku cuma nak gembirakan dia je.

Harapnya lah.

"Nama saya Mawar Esmeray binti Erwan. Encik kenal ayah saya? Ayah saya minta saya hantar buah tangan dekat anak kawan dia. Saya rasa encik lah tu. Nah, ni barangnya." Aku menghulurkan barang itu kepadanya. Tapi hampa, huluran aku tak bersambut. Sudahnya aku letakkan saja barang itu pada atas meja berdekatan.

Macam tu je aku direject!

Mata lelaki itu kekal memandang aku. Haih, apa lagi aku nak buat ni. Kebetulan aku ternampak sebuah kerusi kayu berdekatan dengannya. Entah apa yang tak kena dengan aku, aku tarik kerusi itu, dan dibawa kehadapannya. Kini aku dan dia duduk berdepan. Aku nampak dia tak selesa, tapi aku terasa ingin berbual dengannya.

Mungkin dia perlukan kata-kata semangat daripada pakar motivasi seperti aku kan? Tak salah aku mencuba.

"Encik boleh bercakap kan?" Manalah tahu sebenarnya dia bisu. Memang patutlah dia tak jawab kalau dia bisu. Tetapi, lelaki itu pilih untuk mengabaikan aku. Dia menggerakkan kerusi roda itu dan bergerak ke tepi katil untuk mencapai botol air kosong di atas rak tu. Entah dimana silapnya, botol itu jatuh. 

Nasib baik botol plastik.

Laju saja aku meluru ke arahnya dan mengangkat botol tu.

"Saya tolong encik minum ya?" Pelawa ku dengan lembut. Aku buka penutup botol itu dan menyuakan muncung botol itu kepadanya. Lelaki itu hanya memandangku dengan pandangan yang kosong.

"Minumlah." Aku senyum lembut kepadanya. Aku tak boleh berkasar dengan dia memandangkan dia tak sihat. Jadi, kelembutan adalah cara yang terbaik.

Lambat-lambat dia mendekatkan bibirnya pada muncung botol itu. Lelaki itu minum dengan aku yang memegang botol itu. Aku ambil peluang itu untuk melihat wajahnya dengan lebih dekat.

Keningnya yang lebat. Bulu matanya yang panjang melentik. Anak matanya yang berwarna coklat gelap. Nampak menarik pada mata aku. Aku perhati lagi mata itu.

Satu imbasan wajah singgah di mindaku. Tak semua, tapi bahagian mata seseorang terbayang di fikiran aku. Kepala aku terasa berdenyut. Aku menarik botol itu daripada nya tanpa menunggu balasan. Aku memegang kepala aku yang terasa berdenyut. Bayangan itu masih tidak hilang. Sakit kepala masih lagi menyerang aku tanpa belas kasihan.

Sedang aku berlawan dengan sakit itu, aku merasakan ada tangan yang memegang tangan kananku. Seolah-olah membantu aku untuk menghilangkan sakit itu. Aku genggam tangannya dengan kuat. Bibir aku ketap dengan kuat.

"Sakitnya..." Aku masih lagi tidak melepaskan tangan aku. Tangan hangat itu seolah-olah membawa pergi kesakitan aku. Sakit kepala aku perlahan-lahan menghilang.

Aku membuka mata yang terpejam sejak tadi. Aku pandang tangan aku yang menggenggam tangan milik lelaki itu. Aku pandang pula wajahnya yang memang sedang setia memandang aku. Mata itu terbias seribu perasaan yang aku tak dapat tafsir. Mata itu sekarang penuh dengan perasaan, tak seperti awal tadi, yang hanya kosong.

Aku tatap mata itu sedalam-dalamnya. Cuma mencari rahsia di sebalik mata itu.

Tanpa sedar, tanganku perlahan-lahan menyentuh wajahnya. Rasa sakit mencengkam dada aku.

Perasaan apa ini?

Aku tersedar apabila tangan aku ditolak kasar oleh lelaki itu. Terus sahaja aku berdiri tegak menjauhinya.

"Sa-saya m-minta maaf encik..." Takut-takut aku bersuara.

"Keluar."  Suara dingin itu benar-benar memberi kesan kepada aku. Aku terus melangkah keluar tanpa menoleh lagi.

Macam mana aku nak tinggal di sini selama sebulan semasa ketiadaan ayah dengan sikap lelaki ini yang jelas menunjukkan dia tak suka pada kehadiran aku?

                                             to be continued...

HAPPY READING ❤️

CAN I GET A VOTE? 👉👈

p/s : after this, maybe akan update once a week. looking for a support.

you know what the easiest thing to do? click the vote button ⭐

MIEN ESMERAYWhere stories live. Discover now