MASA berlalu dengan sangat pantas. Sedar tak sedar, angka jarum jam sudah menginjak pada pukul 6:45 petang. Memang hampir seharian masa aku diluangkan di Teratak ini. Tapi aku gembira. Adik-adik di sini semua menyenangkan hati aku.
Ingin sahaja aku menetap di sini, tapi apa pula kata mama dan yang lain? Aku bukan tidak sudi untuk tidur di sana, cumanya aku belum biasa. Jadi, mahu tak mahu, aku terpaksa pulang.
"Okay semua, dah lewat ni. Kak Mawar kena balik." Jelas kedengaran bunyi rungutan mereka.
"Kak Mawar tidur je lah sini." Jehan bersuara. Yang lain mengangguk laju tanda bersetuju.
"Betul tu kak Mawar!" Uwais menyampuk.
"Kak Mawar tak boleh tidur sini. Tapi tak apa, esok kak Mawar datang lagi tau. Kak Mawar datang awal sikit. Jadi, kita ada masa lebih nak main." Barulah mereka teruja.
"Janji tau kak?" Jehan menghulurkan jari kelingkingnya yang kecil. Aku sambungkan jari kelingking aku padanya. Sudahnya, yang lain pun datang untuk berjanji. Jari masing-masing sudahlah kecil.
Berat sungguh hati aku untuk pulang.
Aku melangkah ke arah umi untuk bersalam dengannya sebelum aku pulang.
"Mawar balik dulu ya umi? Esok Mawar datang lagi." Umi mengangguk.
Masuk sahaja dalam kereta, aku pandang lagi Teratak ini. Teratak ini bagaikan nyawa yang terlalu berharga bagi aku. Tanpanya, aku seolah-olah mati.
Aku hidupkan enjin dan bergerak pulang.
Ke rumah tumpangan aku.
* ... 🖤🌙 MIEN EMERAY 🌙🖤... *
PERLAHAN saja langkah aku setelah memasuki rumah ini. Aku tak mahu balik ke sini. Tapi pilihan apa yang aku ada? Ayah sudah mengarahkan aku untuk duduk di sini selama pemergiannya. Aku terpaksa mengikut.
"Mawar!" Teruja suara Dhia memanggilku. Aku memaksa diri untuk tersenyum.
"Lambatnya Mawar balik. Bukan habis kerja pukul 5 petang ke?" Aku mengeluh perlahan. Kenapa aku rasa macam hidup aku semakin dikawal ya?
"Mawar ada hal tadi." Ringkas saja jawapan aku. Aku pun tak tahu kenapa. Mood aku hari ini tak berapa elok. Aku dibuang kerja, terpaksa menginap di sini, dan sekarang, Dhia pula yang seakan-akan menambah perasaan negatif yang membuak-buak sejak pagi tadi.
"Mawar naik atas dulu. Penat." Bunyinya kedengaran biadap. Tapi jujur, aku memang penat. Bukan fizikalku, tapi mentalku.
Terus sahaja aku melangkah naik ke bilik yang aku duduki tanpa menoleh lagi. Dhia yang perasan akan perubahan Mawar, mula mengerutkan dahinya.
"Pelik. Selalu Mawar bukan macam ni..." Bicaranya sendiri.
"Dah kenapa Dhia cakap sorang-sorang ni?" Suara Daniel mengejutkan Dhia. Terhenjut bahunya apabila disergah begitu. Dhia mengusap perlahan dadanya.
"Haishlah abang ngah ni! Terkejut Dhia!" Tangannya memukul bahu Daniel.
"Dhia tu ha! Dah macam orang gila cakap sorang-sorang dekat sini."
"Abang ngah ni, Dhia cakap sorang-sorang tadi sebab Dhia pelik tau." Ujarnya.
"Pelik sebab?" Daniel menjungkitkan kening kanannya ke atas.
"Mawar tu..." Dhia memuncungkan bibirnya tanda tidak puas hati.
"Kenapa dengan Mawar?"
"Mawar nampak lain lah." Daniel berpeluk tubuh mendengarnya.
YOU ARE READING
MIEN ESMERAY
RomanceONGOING || SLOW UPDATE Mawar Esmeray. Dia hilang ingatan. Dia tak ingat apa-apa tentang dirinya. Dia mulakan hidup sebagai orang baru tanpa mengetahui hidupnya yang dulu. Dia terpaksa tinggal di rumah kawan ayahnya selama sebulan. Hidupnya berubah...