ME : 21

130 21 0
                                    

Tepat jam 7:45 pagi, aku sudah berangkat pergi menuju ke sekolah Hakeem. Acaranya bermula pada pukul 8:30, tapi aku buat keputusan untuk berangkat awal sedikit. Awal-awal aku dah cabut lari daripada rumah tumpangan aku tu. Selepas minta izin mama, aku menyalamnya dan terus melangkah pergi. Cepat sahaja langkah aku. Aku tak mahu terserempak dengan semua orang sebelum sarapan. Nanti macam-macam soalan mereka tanya.

Itu sebab kedua sebenarnya.

Sebab pertamanya, Mien. Entahlah, selepas kejadian di meja maka ketika bersarapan semalam, aku jadi segan pula untuk berjumpa dengannya. Memang semalam, aku hanya bertemu dengannya ketika di meja makan itu sahaja. Selepas itu, aku memang tidak melihat kelibatnya. Pada waktu malam semalam pun, aku menahan diri daripada menuju ke bilik Mien untuk berjumpa dengan Mia dan juga Mizal sebelum aku tidur. Sedih juga rasanya sementelah sudah menjadi rutin aku untuk berjumpa dengan mereka dan mengucup mereka sebekum aku kembali ke bilikku untuk tidur.

Tapi kalau dah jadi macam ni, tahan diri tu lah yang terbaik bagi aku.

Sampai sahaja di sekolah Hakeem, mata aku melilau memandang sekeliling. Kelihatan ramai orang mula memenuhi sekolah itu. Dalam masa yang sama, aku terfikir, bagaimanalah aku di sekolah dulu? Aku seorang yang baik ataupun... yang nakal? Alangkah bagusnya kalau aku dapat mengingati semua itu kembali.

"Kak Mawar!" Suara yang memanggil itu aku pandang dengan senyuman tipis. Siapa lagi kalau bukan si Hakeem. Walaupun wajahnya nampak mendatar bagaikan tiada perasaan, namun aku dapat melihat keterujaan dan kegembiraan di matanya apabila melihatku. 

"Awalnya kak Mawar datang. Baru pukul lapan. Ada 30 minit lagi, sebelum event mula." 

"Saja je. Kak Mawar nak tengok-tengok dulu. Lagipun ramai dah mula datang." Balasku bersahaja.

"Puan Mawar?" Suara wanita yang memanggilku membuatkan aku menoleh ke belakang untuk memandang empunya suara itu. Berkerut dahi aku melihat wajah yang tidak dikenali itu. Aku pandang sekilas tanda nama wanita itu. 'Nurul Farhah' . Dari gaya, nampak macam cikgu sekolah ini. Tapi, apa kena mengena dengan aku? Aku bekas pelajar sekolah ni ke? Dia ni cikgu aku? Tapi eh, nampak tua sikit je daripada aku. Haih, siapa sebenarnya dia ni?

"Puan Mawar kan?" Soalnya lagi untuk mendapatkan kepastian. Aku mengangguk perlahan. Rasa sakitlah juga hati aku bila dia panggil aku dengan gelaran 'Puan' tu. Aku muda lagi kot. Single pun ya. Mana datangnya anggapan 'Puan' tu? Sabar je lah.

"Iya, saya Mawar. Cik siapa ya?" Baikkan aku? Walaupun dia panggil aku dengan gelaran 'Puan', tapi aku panggil dia dengan gelarsan 'Cik'. Ayah pernah dekat aku dulu, 'Biar orang buat kita, jangan kita buat orang walaupun sakit manapun hati kita'. Sebagai anak yang baik lagi cantik, aku ikutlah cakap ayah tu. Kan?

"Puan Mawar tak ingat saya? Saya Farhah. Cikgu kepada Mariam, adik kepada Puan Mawar. Dua tahun lepas, saya ajar Mariam. Dan Puan Mawar juga ada datang sekolah ni sebagai wakil Mariam. Tahun ni pula saya mengajar Hakeem. Tak sangka Puan Mawar datang juga." Cerita guru wanita bernama Farhah ini membuatkan dahi aku berkerut seribu.

Apa. Dia. Cakap. Ni? Sumpah satu pun aku tak faham.

"Saya... pernah datang sekolah ni sebelum ni?" Aku pandang Hakeem sekilas, meminta penjelasan namun Hakeem hanya menundukkan kepalanya, merenung tanah.

"Puan Mawar tak ingat? Puan Mawar datang sini dengan lela–" Belum sempat Farhah menghabiskan kata-katanya, Hakeem memintas dengan pantas.

"Miss, Cikgu Yahaira panggil untuk tolong persiapan event."  Aku mendengus perlahan. Potong betullah cikgu nama Yahaira ni. Aku tengah mendengar, hish kacaulah!

MIEN ESMERAYWhere stories live. Discover now